You are on page 1of 4

24/07/2022 - 25/07/2022

Dr. Nor Junainah binti Mohd Isa


2 months ago

CloseForum 1
Kenalpasti gaya pembelajaran anda. Sejauhmanakah gaya pembelajaran ini
dapat meningkatkan motivasi belajar anda?
23/05/2022 - 18/06/2022

Ts. Dr. Mohd Ridhuan bin Mohd Jamil


22 days ago

OpenForum 4
Jika anda seorang guru cemerlang, Bagaimanakah anda boleh memainkan peranan penting dalam
menangani mana-mana satu isu pendidikan di sekolah anda

Sebagai seorang guru yang cemerlang, cara saya memainkan peranan penting dalam menangani mana-
mana satu isu pendidikan di sekolah adalah sebagai contoh isu bahasa pengantar di sekolah yang mana
pengggunaan bahasa Malaysia sangat kurang digunakan di sekolah jenis kebangsaan samada rendah dan
menengah. Ianya menyebabkan penggunaan bahasa Malaysia sangat kurang dan menjarakkan rasa cinta
terhadap bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan jiwa bangsa, runtuh bahasa maka musnahlah bangsa.

Jadi, peranan saya bagi isu di sini adalah perlu berusaha memupuk kesedaran dan minat murid terhadap
subjek bahasa Malaysia di sekolah. iaitu dengan melalui kepelbagaian strategi, kaedah dan teknik p&p di
dalam bilik darjah. Guru yang berkesan ialah guru yang kreatif dan inovatif dalam p&pnya. Elemen-
elemen menyeronokkan dan berkonsepkan didik hibur boleh diserap dan diperkenalkan di dalam bilik
darjah. Saya juga boleh mempelbagaikan aktiviti p&p dengan aktiviti-aktiviti seperti nyanyian,
persembahan, lakonan, kuiz dan sebagainya dengan bertemakan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pertuturan dan bahasa tulisan, supaya proses p&p lebih menarik dan menyeronokkan. Pendekatan p&p
yang sebegini menyediakan suasana bilik darjah yang lebih ceria dan menarik. Ini secara tidak langsung
dapat menarik minat murid untuk belajar serta menggalakkan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat
dan pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Di samping itu, tanpa sedar murid kelamaan akan
mudah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama di sekolah.

Selain itu, dengan adanya teknologi yang makin pesat kini, saya akan menggunakan media pembelajaran
dengan mengajak murid belajar dengan menggunakan bahan teknologi seperti komputer di sekolah.
Perkembangan teknologi maklumat begitu dinamik termasuk juga di dalam bidang pendidikan. Sebagai
seorang pendidik, saya perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Sedar atau tidak kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara
kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi
maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan p&p yang bersifat
interaktif serta menghiburkan. Oleh itu, saya perlulah memahirkan diri mereka dengan kemahiran
teknologi ICT serta dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang terkini yang meliputi bidang teknologi
maklumat dan komunikasi agar  objektif dan matlamat p&p mereka dapat dicapai. Tambahan pula,
semasa mengajar berdasarkan teknologi, saya akan membuat satu web dengan bertemakan bahasa
Malaysia dengan menghasilkan pelbagai aktiviti menarik di dalam web tersebut agar menarik minat
murid-murid.

Akhir kata, saya juga akan berusaha dan mengajak para guru yang lain untuk menganjurkan dan
menggalakkan murid melibatkan diri dalam program bacaan terutamanya di dalam bahasa Malaysia.
Program atau aktiviti sebegini bukan sahaja mampu meluaskan pengetahuan murid-murid malah dapat
juga mendedahkan mereka kepada elemen-elemen sastera dan seterusnya meningkatkan kemahiran
berbahasa antara mereka.
24/04/2022 - 30/06/2022

Profesor Madya Dr. Nordin bin Mamat


2 months ago

OpenFORUM 2 Jelaskan bagaimana stratifikasi moden ditetapkan? Nyatakan iindikator-


indikatornya
Stratifikasi Moden iaitu moden bermaksud dari masa sekarang, yang berkaitan dengan masa kini, yang
terbaru, cara (kaedah) baru, muktahir. Sebagai contoh iaitu penggunaan ICT dan teknologi maklumat,
SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah), SMM (Sistem Maklumat Murid) dan lain-lain yang boleh
memudahkan lagi P&P pada masa kini. Bagaimana stratifikasi moden ditetapkan adalah dengan
berdasarkan kelas yang telah ditetapkan seperti rajah di bawah.

KELAS ATAS

KELAS MENENGAH

KELAS PEKERJA

KELAS BAWAH

Untuk kelas atas selalunya terdiri daripada Orang kaya dan ahli-ahli korporat yang biasanya mendapat
kekayaan yang diwarisi ataupun usaha gigih mereka. Mereka kebanyakkan mempunyai pendidikan tinggi
dan berprofesional. Selain itu mereka juga mempunya gaji yang tinggi , rumah mewah dan berkereta
besar. Contohnya seperti peguam, doktor, akauntan, ahli perniagaan, profesor, arkitek, hakim, jurutera
dan pengurus sebuah syarikat.

Manakala kelas menengah pula terdiri daripada golongan profesional dan pentadbir yang berkelulusan
tinggi tetapi tidak dianggap sebagai profesional. Contohnya seperti guru besar, pensyarah Universiti,
ketua jabatan, pegawai daerah dan sebagainya.

Kelas pekerja digelar pekerja kolar biru yang bermaksud kerja, pekerja, dan sebagainya yang berkaitan
dengan pelaksanaan tugas-tugas yang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal seperti kerja-kerja
kilang dan sebagainya. Contohnya seperti pekerja beruniform, buruh binaaan, tukang paip, pekerja
kilang dan pemandu kenderaan.
Kelas Bawah pula terdiri daripada golongan yang berkelulusan amat rendah atau tidak mempunyai
pendidikan formal langsung. Contohnya seperti petani, nelayan, penjaja kecil dan sebagainya. Auletta
(1982) membahagikan kelas bawahan kepada 4 kategori iaitu golongan miskin yang pasif
(mengharapkan derma kebajikan), golongan hostile (penjenayah jalanan), golongan hustlers
(memperoleh pendapatan secara haram tetapi tidak ganas) dan golongan taraumatik (pemabuk, orang
tidak berumah).

Oleh itu antara indikatornya adalah pada zaman moden ini sistem pendidikan lebih banyak
menggunakan bahan-bahan dan alatan yang canggih serta penggunaan ICT yang luas. Berbanding
dengan zaman dahulu yang hanya menggunakan kaedah kaedah berpusatkan guru “Chalk & Talk” (guru
mengajar murid hanya menerima sahaja.

Selain itu, daripada itu juga banyak sekolah, IPTA dan IPTS semakin banyak dibina. Contohnya pelajar
daripada keluarga berada akan memasuki sekolah yang berkualiti, mempunyai guru yang baik dan
bermotivasi. Jadual anjal dan masa fleksibel serta orientasi pelbagai bahan dan masyarakat juga banyak
diadakan dalam sistem pendidikan.

Manakala dari segi ekonomi pula startifikasi moden memberi ketidaksamaan pendapatan seperti guru-
yang mempunyai ijazah mendapat gaji pokok RM2,300.00 dan ke atas. Dari segi teknologi pula banyak
menggunakan mesin fotostat atau mesin pencetak dan juga mencetak kertas peperiksaan.

Kesimpulannya, ketidaksamaan sosial berlaku di mana-mana sahaja. Fenomena susun lapis dalam
masyarakat adalah sesuatu yang bersifat universal iaitu boleh dilihat dalam mana-mana masyarakat.
Seperti juga stratifikasi moden, yang banyak memberi kesan dalam dunia terutamanya dalam sistem
pendidikan.

You might also like