You are on page 1of 3

PENULISAN ILMIAH BERKAITAN KEMAHIRAN SOSIAL

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI


ANAK

Komunikasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan proses


bimbingan kepada anak-anak. Penggunaan komunikasi yang tepat akan memberi kesan yang
positif terhadap perkembangan anak-anak. Anak-anak pada masa kini lebih gemar melihat
perlakuan atau perbuatan ibu bapa berbanding ucapan yang dilontarkan. Seharusnya sebagai ibu
bapa perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan bimbingan kepada
anak-anak dengan menggunakan komunikasi yang tepat. Komunikasi yang tepat bukan sekadar
menggunakan bahasa dan suara yang bersesuaian, malah ia memerlukan kombinasi bahasa badan
yang tidak mengelirukan. Walau bagaimana pun, komunikasi yang tidak efektif pula memberi
impak negatif sekaligus mencetuskan kucar-kacir dalam sesebuah keluarga.

Menurut Children and Youth Health (CYH), kemahiran sosial adalah kebolehan kanak-
kanak menjalinkan persahabatan, belajar bekerjasama, saling membantu, bersabar, empati,
mendengar dengan baik, melibatkan diri bersama rakan, komunikasi positif dan mendengar dan
mengikut arahan. Menurut Mustafa (dalam Noraini Mohamad, Safinah ismail, Nazneen Ismail,
2019), menjelaskan seseorang individu yang mahir berkomunikasi dengan individu lain mampu
mewujudkan suasana yang baik dalam membina hubungan baik sesama manusia.

Bagi membendung gejala ini, ibu bapa merupakan penggerak utama dalam membentuk
dan membimbing anak-anak seterusnya mewujudkan sesebuah keluarga. Ini kerana, ibu bapa
merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak. Manakala, jika komunikasi itu dikatakan
berjaya adalah apabila makna yang diterima oleh anak-anak adalah sama dengan makna yang
dikatakan oleh ibu bapa. Manakala menurut kajian Che Hasniza dan Fatimah (dalam Noraini
Mohamad, Safinah ismail, Nazneen Ismail, 2019) telah mendapati komunikasi dalam keluarga
merupakan satu institusi sosial dan dapat menjelaskan tahap perhubungan antara ahli keluarga.
Oleh itu, kajian-kajian ini telah menghuraikan bahawa bentuk komunikasi ini berperanan melalui
dari ibu bapa dalam membentuk komunikasi dengan anak-anak.

Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk komunikasi anak-anak ke
arah pembentukan jati diri anak-anak menjadi lebih baik. Merujuk Rusnani (dalam Noraini
Mohamad, Safinah ismail, Nazneen Ismail, 2019), menjelaskan ibu bapa adalah jawatan khusus
yang dilantik tanpa rasmi dalam sesebuah institusi keluarga. Jawatan yang dimaksudkan
merangkumi aspek amanah, tugas dan tanggungjawab sekali gus menjadikan ia sebagai jawatan
utama dalam sebahagian besar anggota keluarga. Arrasyid (dalam Noraini Mohamad, Safinah
ismail, Nazneen Ismail, 2019), telah menyenaraikan enam ciri dan peranan yang perlu ada dalam
diri ibu bapa untuk membentuk keluarga bahagia.
Antara ciri-ciri tersebut adalah ibu bapa berperanan sebagai pendidik, pendorong,
pengelola, perancang, inovator dan penilai dalam mendidik anak-anak. Tugas ibu bapa yang
bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah akhirnya mampu melahirkan anak-anak yang soleh
dan solehah. Merujuk kepada Al-Qarni, Saedah, Mohd. Fadzillah dan Muhammad Zakaria
(dalam Noraini Mohamad, Safinah ismail, Nazneen Ismail, 2019), pula telah menjelaskan ibu
bapa adalah model utama yang mencerminkan contoh teladan baik yang akhirnya akan menjadi
ikutan anak-anak dalam kehidupan seharian mereka. Kajian Mustafa (dalam Noraini Mohamad,
Safinah ismail, Nazneen Ismail, 2019), telah mendapati kegagalan ibu bapa dalam keluarga
menjadi punca utama yang menyumbang kepada keruntuhan moral, akhlak serta peribadi anak-
anak.

Bagi komunikasi anak-anak menjadi lebih baik, ibu bapa perlu menggunakan dengan
penggunaan nada suara dan bahasa yang lebih baik. Ini kerana menurut Samsuddin (dalam
Noraini Mohamad, Safinah ismail, Nazneen Ismail, 2019), menyatakan setiap individu
mempunyai kualiti suara masing-masing. Setiap individu mempunyai nada yang berbeza dan
kawalan nada sangat penting bagi anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu bapa menggunakan nada
bahasa yang kasar, anak-anak akan menjadi agresif dan mudah menangis serta mendapat tekanan
disebabkan penggunaan nada suara dan bahasa ibu bapa yang kasar. Ini kerana dari lahir anak-
anak bersifat lembut dan sensitif. Selain itu, penggunaan unsur puji-pujian amat digalakkan
untuk ibu bapa menggunakan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak suka akan pujian dan
pujian ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak dalam membesar. Pujian juga
merupakan satu energi positif yang dapat memberangsangkan fikiran anak-anak untuk lebih
berjaya dan lebih menghargai diri mereka sendiri. Antara contoh, ibu bapa yang menggunakan
perkataan comel anak bertuah, bagus dan pandai akan membentuk personaliti positif terhadap
anak-anak tersebut.

Ibu bapa juga perlu menggunakan humor dalam berkomunikasi serta memberikan
kebebasan menyuarakan pendapat kepada anak-anak. Ini adalah salah satu peranan penting ibu
bapa bagi anak-anak berkomunikasi secara baik dan selesa. Menurut Ross (dalam Noraini
Mohamad, Safinah ismail, Nazneen Ismail, 2019), telah menjelaskan humor ialah alat untuk
menarik perhatian orang lain sehingga menyebabkan individu tertawa dan tersenyum. Humor
boleh membuatkan individu lain lebih suka dan dekat dengan seseorang. Namun begitu, humor
tidak sesuai digunakan dalam keadaan sedih, serius mahupun melibatkan isu-isu sensitif. Justeru
dalam konteks keluarga, humor amat diperlukan bagi mengurangkan suasana tegang dalam
keluarga, namun begitu ia tidak boleh dilakukan setiap masa dan humor hanya boleh dilakukan
dengan melihat situasi dan keadaan yang sesuai.

Manakala ibu bapa juga digalakkan menyuruh anak-anak memberi kebebasan


menyuarakan pendapat agar anak-anak dapat bersuara secara tidak langsung. Ini kerana ia
memberi peluang kepada anak-anak dengan agar mereka ini wujud dan dihargai dengan
menyatakan pendapat mereka. Namun pendapat tersebut tidak semestinya diterima oleh ibu bapa
kerana ibu bapa perlu bijak berbincang dan bertanyakan rasional pendapat tersebut diutarakan.
Jika ia memberi kebaikan kepada semua, maka pendapat tersebut perlu diraikan, namun jika
pendapat tersebut tidak sesuai dan banyak memberi kesan yang tidak baik kepada keluarga, ibu
bapa perlu menolak dengan menyatakan alasan yang sesuai dan boleh diterima oleh anak-anak.

Secara kesimpulannya, sebagai ibu bapa sangat berperanan terhadap komunikasi anak-
anak dalam menyampaikan maklumat, membentuk jati diri anak-anak dan menghasilkan
kehidupan yang positif sekali gus menjadikan tujuan komunikasi akan lebih berkesan dan
berjaya. Selari dengan tujuan pendidikan anak-anak adalah untuk menghasilkan anak-anak yang
berjaya dari semua sudut yang melibatkan pembentukan akhlak dan kejayaan material. Justeru
sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak, perlu bagi mereka
mempelajari teknik komunikasi berkesan terhadap anak-anak supaya pendidikan dan bimbingan
yang diberikan mampu mencapai tujuannya yang sebenar.

RUJUKAN
Noraini Mohamad, Safinah Ismail, Nazneen Ismail. (2019). PERANAN KOMUNIKASI IBU BAPA TERHADAP
PROSES BIMBINGAN DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA ANAK-ANAK. e-Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, eISBN: 978-967-2122-71-5.

You might also like