You are on page 1of 5

KRITIKAN JURNAL

1) Tajuk Jurnal : Halangan Masyarakat Dalam Sistem Penyampaian Program


Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Baling, Kedah
Oleh : Mahathir Yahaya, PhD, Azlinda Azman, PhD, Masarah Mohamad Yusof, PhD,
Farhana Kamarul Bahrin, PhD & Noremy Md Akhir, PhD
Tahun : Oktober 2020

1) Gambaran keseluruhan penulisan jurnal ini adalah lebih memfokuskan kepada halangan
masyarakat dalam sistem penyampaian program pendidikan yang telah dibuat kajian kes di
Baling, Kedah. Ini terjadi apabila sebarang program pendidikan tidak dapat di war-warkan
kepada masyarakat untuk mendapat maklumat yang baru. Oleh itu, kajian ini telah dibuat bagi
mengetahui punca kenapa masyarakat mendapat halangan dalam mendapatkan maklumat
daripada pihak sekolah. Antara salah satu punca halangan masyarakat dalam sistem penyampaian
program pendidikan seperti kemerosotan pendidikan di daerah diluhat berpunca daripada sistem
penyampaian yang tidak efektif. Ini kerana program-program bagi penambahbaikan prestasi
pelajar yang dijalankan di sekolah tidak mendapat penglibatan ibu bapa yang membuatkan
masyarakat kurang peka akan pendidikan di sekolah.

2) Penggunaan teori atau model dalam jurnal ini telah dikaji dengan menggunakan kaedah
kualitatif bagi meneroka masalah sistem penyampaian program pendidikan. Dengan
menggunakan rekabentuk kajian kes, sebuah sekolah di daerah Baling dipilih dalam menjalankan
kutipan data.

3) Penyampaian data kajian dalam jurnal ini menggunakan kajian di sekolah di daerah
Baling yang mempunyai rekod prestasi keputusan yang tercorot dalam daerah Baling. Responden
dipilih dengan mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu (10) ibu bapa yang mempunyai anak yang
bersekolah di lokasi yang dipilih. Pemilihan responden dibuat secara bertujuan dan
menggunakan teknik temubual mendalam bagi mendapatkan maklumat yang sebenar. Dalam
artikel ini, teknik temubual separa berstruktur telah digunakan. Manakala analisa kajian yang
digunakan menggunakan analisis bertema yang merupakan halangan bagi masyarakat Baling
dalam mendapatkan maklumat program yang dijalankan di sekolah. Antara permasalahan
tersebut ialah dari segi kos kewangan, masa yang terhad, sikap negatif masyarakat dan sumber
terhad dari pihak kerajaan untuk sekolah dan masyarakat.

4) Cadangan/implikasi/kepentingan kajian dalam jurnal ini adalah di mana punca terbesar


halangan masyarakat dalam sistem penyampaian pendidikan adalah disebabkan masalah
kewangan. Oleh itu, antara cadangan yang dibuat adalah khususnya masyarakat di Baling perlu
membuat pelbagai usaha bagi memperbaiki sistem penyampaian yang ada dengan menggunakan
apa yang disediakan oleh kerajaan ataupun meminta bantuan dari kerajaan supaya
menaiktarafkan pembangunan, internet mahupun insfraktruktur bagi penyampaian sistem
pendidikan itu sampai kepada semua lapisan masyarakat. Ini kerana, penglibatan komuniti
masyarakat dilihat sebagai satu usaha yang patut diketengahkan dalam menangani keciciran
maklumat program pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

2) Tajuk Jurnal : Peranan Sekolah dalam Pembentukan Perpaduan antara Kaum


dalam Kalangan Pelajar
Oleh : Nur Ayuni Nusaibah Husin & Amir Hasan Dawi
Tahun : 15 Oktober 2019

1) Gambaran keseluruhan penulisan jurnal ini adalah berkaitan tentang peranan sekolah
dalam pembentukan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar yang mana sedia maklum
ketahui bahawa masyarakat Malaysia terdiri kepada tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina
dan India yang terdapat di Semenanjung Malaysia serta etnik-etnik lain yang terdapat di Sabah
dan Sarawak seperti kaum Iban, Bidayuh, Kadazan, Bajau dan banyak lagi. Oleh sebab itu,
begitu penting peranan sekolah bagi membentukkan perpaduan masyarakat yang majmuk ini. Ini
kerana, sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai pusat menimba ilmu pengetahuan, malah
berfungsi sebagai senjata untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Oleh itu,
pendidikan merupakan pokok utama yang perlu difokuskan sebelum perbincangan mendalam
dilakukan mengenai perpaduan. Pendidikan bukanlah berfungsi dalam memenuhi keperluan
hidup semata-mata, malahan berperanan dalam mewujudkan penyatuan dalam kalangan
masyarakat. Manakala, istilah perpaduan merujuk kepada proses menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara secara menyeluruh berdasarkan ideologi negara bagi membentuk satu
identiti yang sama. Walaubagaimanapun, daripada hasil kajian ini telah membuktikan bahawa
masalah perpaduan masih lagi menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Oleh
itu antara objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap hubungan antara kaum di sekolah,
mengenal pasti isu hubungan antara kaum yang dihadapi oleh pihak sekolah dan melihat
langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan pelajar.

2) Penggunaan teori atau model dalam jurnal ini telah menggunakan dua teori sosiologi iaitu
Teori Fungsionalisme dan Teori Pilihan Rasional.Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian
kes digunakan dalam kajian ini. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada seorang
pentadbir, tiga orang guru dan 18 orang pelajar ditemu bual dalam kajian ini.

3) Penyampaian data kajian dalam jurnal ini dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan
reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini yang mengkaji tentang kejadian semasa
berdasarkan kepada kehidupan sebenar yang dilakukan secara menyeluruh. Selain itu, kaedah
mengumpul data yang digunakan adalah dengan temu bual yang merupakan instrumen yang
penting dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan teknik temu bual yang bersifat terbuka iaitu
protokol temu bual disediakan terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai petunjuk kepada
persoalan yang ingin dibangkitkan. Peserta temu bual terdiri daripada pengetua sekolah, guru-
guru dan pelajar-pelajar pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

4) Cadangan/implikasi/kepentingan kajian dalam jurnal ini adalah di mana pihak sekolah


melaksanakan program penggunaan akhbar yang berbagai bahasa pada setiap tahun bagi
memahirkan dan menarik minat pelajar yang berbagai kaum dalam penggunaan bahasa di
sekolah. Selain itu juga, mengadakan pertandingan yang berunsurkan lagu patriotik. Dan akhir
sekali pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan sekolah dengan mewajibkan semua pelajar
untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3) Tajuk Jurnal : Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk


Perpaduan Kaum di Sekolah
Oleh : Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang
& Adlina Ab Halim
Tahun : Julai 2018

1) Gambaran keseluruhan penulisan jurnal ini adalah berkaitan tentang sekolah merupakan
antara institusi yang sangat penting berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum melalui
proses sosialisasi yang melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya. Dalam konteks
ini, guru merupakan agen yang lebih utama dan berkuasa, sekali gus dapat memberi impak yang
lebih positif ke arah pembentukan perpaduan kaum di sekolah. Para guru terutamanya di
peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan
pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda
mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Walau bagaimanapun, beberapa
peristiwa yang telah berlaku memberi gambaran negatif terhadap peranan guru sebagai agen
penting dalam memupuk perpaduan. Ini kerana, ada juga guru yang mewujudkan provokasi
perkauman serta melakukan pengasingan pelajar mengikut kaum, latar belakang ekonomi dan
agama agar pelajarnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan
sebahagiannya juga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi dan membentuk
perpaduan kaum kepada pelajar. Sebagai seorang guru perlu memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak
boleh diabaikan. Selain itu, guru juga perlu memberikan kesedaran kepada pelajar tentang
peranan dan tanggungjawab mereka sebagai salah seorang anggota dalam masyarakat yang
berbilang kaum. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan guru sebagai agen
sosialisasi dalam membentuk perpaduan masyarakat yang berbilang kaum.

2) Penggunaan teori atau model dalam jurnal ini telah menggunakan kerangka teori kajian
tentang peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah
disesuaikan daripada idea Rush dan Althoff (1971) tentang personaliti individu dan mekanisme
proses sosialisasi dan juga Allport (1954) tentang teori hubungan antara kumpulan yang
diaplikasikan dalam kajian ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada peranan guru sebagai agen
sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Kajian ini tertumpu kepada guru yang
terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India yang berkhidmat di sekolah rendah daripada
Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah
Petaling.

3) Penyampaian data kajian dalam jurnal ini dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui
teknik perbincangan kumpulan berfokus FGD (Focus Group Discussion). Para informan dipilih
daripada guru sekolah rendah Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan Tamil (SJKT) yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Seramai enam
orang guru terlibat, iaitu seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK), tiga orang dari Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan dua orang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT). Sesi FGD telah dijalankan antara satu hingga dua jam. Satu set soalan berbentuk separa
struktur telah dirangka sebagai panduan dalam mengendalikan FGD.

4) Cadangan/implikasi/kepentingan kajian dalam jurnal ini adalah di mana guru berperanan


sebagai agen perpaduan di sekolah dengan cara melibatkan semua pelajar pelbagai kaum dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menyemaikan sikap saling menghormati dan
memahami kebudayaan kaum lain. Selain itu, penglibatan pelajar daripada pelbagai kaum dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran tentang ilmu perpaduan akan memberikan lebih ruang
kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dan seterusnya mewujudkan kesefahaman
antara satu sama lain. Tambahan pula, pendekatan guru dalam menggunakan unsur perpaduan
dan kepelbagaian kaum dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana
pendekatan tersebut secara tidak langsung akan memupuk pelajar supaya lebih peka kepada
unsur tersebut.

Rujukan

Mahathir Yahaya, PhD, Azlinda Azman, PhD, Masarah Mohamad Yusof, PhD, Farhana Kamarul Bahrin,
PhD & Noremy Md Akhir, PhD. (Oktober 2020). Halangan Masyarakat Dalam Sistem
Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Baling, Kedah. KHIDMAT SOSIAL, Journal
of Social Work and Social Service, Volume 1 Nomor 2, e-ISSN: 2721-6918.

Nur Ayuni Nusaibah Husin, Amir Hasan Dawi. (15 Oktober 2019). PERANAN SEKOLAH DALAM
PEMBENTUKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DALAM KALANGAN PELAJAR. JURNAL PENDIDKAN
BITARA UPSI, Vol. 12 (2019) / ISSN 1394 -7176 (18-28).
Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, Adlina Ab Halim. (Julai
2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah.
Akademika 88(2), 95-108.

You might also like