You are on page 1of 2

8.

0 LAPORAN AKHIR

Setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 selama empat


hari iaitu dari 10 Oktober sehingga 13 Oktober 2022 di Sekolah Kebangsaan Tok
Bali, Pasir Puteh, Kelantan, banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang
telah saya peroleh. Program PBS ini telah memberi pendedahan lanjut berkaitan
tanggungjawab dan skop tugas seorang guru di sekolah serta telah membuka mata
saya tentang cabaran, halangan dan kekangan serta tanggungjawab yang bakal
kami tempuhi suatu hari nanti.

Sepanjang seminggu saya menjalankan PBS di SK Tok Bali ini, terdapat


banyak pengalaman baru yang saya perolehi. Saya sangat berpuas hati kerana
telah ditempatkan di sekolah ini yang mana para guru dan murid serta keseluruhan
komunitinya adalah mudah mesra dan mudah untuk didekati. Secara umumnya,
sekolah ini sememangnya mempraktikkan amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
di sekolah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Dari aspek kurikulum dan kokurikulum, saya dapat lihat pihak pengurusan ini
telah menjalankan tugas mereka dengan baik dalam memperkembangkan aspek
JERIS. Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti bagi memastikan perkara ini
terlaksana dengan jayanya. Sebagai contoh, dalam aktiviti kokurikulum. Ramai
pelajar daripada sekolah ini yang menyertai pertandingan acara sukan sehingga ke
peringkat daerah dan ada juga mewakili sekolah di peringkat di negeri. Walaupun
dalam sibuk belajar, namun pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam memastikan
aktiviti kokurikulum dapat disediakan kepada para pelajar. Hasil tungkus lumus guru
membuahkan hasil yang lumayan apabila SK Tok Bali turut mendapat anugerah
sekolah yang cemerlang dalam kokurikulumnya walaupun sekolah tersebut
merupakan sekolah luar bandar dan jauh nak dibandingkan maju dengan sekolah-
sekolah yang lain. Hal ini jelas menunjukkan guru itu sendiri memainkan peranan
dalam amalan memperkembangkan JERIS dalam kalangan murid-murid.

Dalam aspek prasarana pula, saya melihat prasarana di SK Tok Bali ini masih
dalam keadaan baik dan boleh dipakai. Bangunan sekolah ini juga masih baharu
dan tidak kelihatam lama sama sekali. Dari segi persekitaran pua, tahap kebersihan
sekolah ini sangat memuaskan dan sekolah ini juga dipenuhi dengan tumbuh-
tumbuhan yang kehijauan dan berwarna-warni. Keberhasilan dalam menjaga
prasarana dan persekitaran ini merupakan hasil kerjasama pihak sekolah dan para
ibu bapa. Hasil temu bual, komuniti PIBG di sekolah ini sering menjalankan gotong-
royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Jadi, tidak mustahil kawasan sekolah
SK Tok Bali ini sangat cantik dan indah jika dipandang.

Penglibatan saya secara langsung dan tidak langsung memberi banyak


pengalaman. Saya merasai sendiri bagaimana susahnya untuk mengawal dan
memberi arahan kepada murid-murid yang rata-ratanya hanya memahami aras
bahasa yang rendah dan sangat suka bermain pada bukan waktunya. Dengan ini,
saya menggunakan pendekatan bercerita kepada mereka. Mereka akan tekun
mendengar dan mudah menerima arahan. Setiap aktiviti juga dapat dilaksanakan
dengan sempurna menerusi cara ini. Tambahan juga, dengan bimbingan mentor,
saya dapat belajar cara untuk mengawal kelas dengan efektif.

Dalam PBS ini juga, saya mengetahui bahawa tugas guru itu sebenarnya
bukanlah mudah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar, namun mereka jugalah
yang mengurus, merekod dan menilai segala maklumat berkaitan sekolah dan
murid-murid. Oleh itu, profesion guru ini tidak harus dipandang ringan. Hanya orang
yang berada di tempat itu akan merasainya. Namun begitu, dalam kesibukan itu,
seorang guru memperoleh kepuasannya yang tersendiri apabila melihat kejayaan
anak-didiknya. Keadaan sedemikianlah yang menunjukkan betapa istimewanya
kerjaya sebagai seorang guru.

Sebagai konklusinya, PBS sememangnya menjanjikan pelbagai pengalaman


yang sangat berharga. Saya sebagai pelatih haruslah menggunakannya dengan
sebaiknya dengan menimba ilmu dengan para guru di skeolah yang telah banyak
pengalaman dalam bidang ini. Tanpa PBS ini, saya tidak akan dapat merasai
pengalaman masuk ke kelas mengikut sudut pandangan seorang guru dan
berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar. Dengan pengalaman kali pertama ini,
saya berharap agar dapat melaksanakan PBS yang akan datang dengan lebih baik
lagi. Tegasnya, PBS ini merupakan pengalaman yang sangat baik dan berguna bagi
saya sebelum melangkah keluar sebagai seorang pendidik yang berkualiti pada
masa akan datang.

You might also like