Komunikasi Krisis Pemangkin Solidariti Hadapi COVID

You might also like

You are on page 1of 4

Komunikasi krisis pemangkin solidariti hadapi COVID-19Sejak awal ada suara dalam

kalangan masyarakat meminta supaya tindakan segera diambil untuk membendung COVID-
19, termasuk melakukan kawalan pergerakan. Kesedaran seperti ini timbul kerana
mencontohi langkah pengawalan dianggap berkesan di negara yang lebih awal menerima
kesan wabak itu yang disampaikan dalam kalangan warganegara melalui teknologi
komunikasi baharu khususnya internet.Pemerintah ternyata peka dengan pandangan umum
dan mengambil langkah segera membendung wabak ini melalui langkah kawalan pergerakan.
Maklumat dan prosedur disampaikan dengan begitu baik.Kaedah komunikasi krisis diamalkan
pemerintah dipuji rakyat, terutama terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) yang dibantu
media. Ketua Pengarah KKM bertindak sebagai wakil tunggal dalam menyampaikan sebarang
maklumat mengenai COVID-19. Satu praktis bertepatan dengan konsep asas komunikasi
krisis, iaitu 'pengurusan ialah fungsi komunikasi.'Suatu lebih menarik berkaitan situasi ini ialah
komunikasi memainkan peranan penting dalam menzahirkan kesepaduan rakyat Malaysia
ketika menghadapi krisis COVID-19. Kita harus sedar anggota masyarakat mempunyai
pelbagai latar belakang pengetahuan. Mereka mempunyai alat komunikasi baharu yang
mudah untuk menyebarkan mesej, maklumat atau pandangan.Zaman komunikasi oleh massa
ini, bukan seperti dahulu yang dipelopori media sahaja seperti akhbar, radio dan televisyen.
Kini, setiap warga boleh menjadi pemberita atau penyiar tanpa profesion seakan-akan
seorang wartawan sebenar di syarikat media. Mereka akan menyiar atau menghubungkan
sesuatu maklumat tidak kira fakta itu benar atau salah.Kalau dahulu akhbar atau institusi
penyiaran boleh membentuk pendapat umum, tetapi kini individu berpengaruh juga boleh
membentuk pendapat umum sendiri, sama ada melalui blog, YouTube, Facebook atau
Twitter.Media baharu, terutama media sosial sering dipersalahkan kerana mewujudkan
pelbagai maklumat dan melahirkan netizen yang menyeleweng seperti scammer, penyebar
berita palsu, pencetus kontroversi dan pembiak konflik.Dalam kes COVID-19, tanggapan ini
menjadi sebaliknya kerana jika ditinjau secara rambang, ramai warga mengkomunikasi
perkara yang lebih mendukung menghalang penularan wabak ini secara positif.Maka
manifestasi daripada pandemik ini seolah-olah ada semacam konsensus tersembunyi dalam
kalangan rakyat, termasuk pematuhan terhadap undang-undang.Sering kali perilaku
melanggar peraturan pergerakan akan dikecam netizen dalam media sosial. Penyebaran
sikap kesukarelaan juga begitu meluas, manakala petugas berkhidmat mengawal penularan
wabak ini seperti doktor, jururawat, polis, tentera dan bomba mendapat pujian.Syabas rakyat
Malaysia. Konflik atau krisis, sama ada dalam politik, organisasi dan masyarakat bukan
sesuatu tidak normal. COVID-19 ialah krisis tetapi dapat dihadapi melalui komunikasi
berkesan yang tampak lebih membawa kesepaduan berbanding ketegangan seperti dalam
politik.Contohnya, kes wakil rakyat Taiwan, Li Zheng Hao yang memberi gambaran negatif
terhadap Malaysia dalam menangani COVID-19 mendapat tindak balas hebat dari rakyat
tanpa mengira kaum. Ini menandakan tanpa mengira kaum, rakyat tidak dapat menerima jika
negara mereka diperlekehkan.Ini suatu yang agak unik dalam situasi politik Malaysia yang
sering dipanaskan melalui isu kaum. Bahkan menurut pemerhati luar, hala komunikasi lebih
membawa kepada kebersamaan meskipun negara turut menghadapi krisis politik runcing
pada awal penularan wabak ini.Ternyata ahli politik yang masih cuba menyemarakkan isu
politik menjadi tidak popular, berbanding langkah menghadapi COVID-19. Barangkali satu
hipotesis atau teori boleh dihasilkan daripada situasi ini, iaitu 'kebimbangan menjadikan
komunikasi sebagai pemangkin ke arah solidariti.'Komunikasi baharu berteraskan teknologi
seperti media sosial misalnya boleh menyebarkan fitnah, pembohongan dan hasutan yang
memberi kesan kepada perpecahan masyarakat seperti yang berlaku dalam arena politik.
Bagaimanapun, ia juga boleh memangkinkan kesepaduan atau solidariti masyarakat seperti
dalam menghadapi COVID-19. Ingatlah, komunikasi ialah alat seperti pisau tajam yang boleh
digunakan untuk manfaat, merosakkan atau memburukkan keadaan ketika krisis. Namun,
dalam kes COVID-19, ternyata ia memupuk solidariti walaupun secara tidak tampak.Penulis
ialah Pensyarah Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
(sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/694376/komunikasi-krisis-
pemangkin-solidariti-hadapi-covid-19 ).

1. Jelaskan DUA (2) saluran dalam komunikasi perundingan yang menjadi keutamaan
dalam membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19. (8 markah) *

2. Cadangkan EMPAT (4) tahap dalam menilai strategi dalam komunikasi


perundingan berserta contoh bagi setiap satu tahap yang dapat membantu untuk
memangkinkan kesepaduan atau solidariti masyarakat untuk menghadapi Covid-19.
(12 markah) *
Your answer

Submit
Soalan 1
Saluran pertama yang digunakan ialah mesyuarat formal yang melibatkan pertemuan bersemuka.
Tiada yang dapat disembunyikan dan semuanya adalah rasmi. Rekod mesyuarat juga dapat
disimpan dan mudah bagi mereka yang mempunyai kepentingan, terutama kumpulan sokongan
atau ketua untuk memantau. Media juga mudah untuk mengikuti perkembangan perundingan.
Dengan adanya mesyuarat formal ini ia dapat memberi penerangan terus ke akar umbi mengenai
langkah pencegahan Covid-19 supaya masyarakat lebih faham dan mendapatkan maklumat tepat.
Ini adalah salah satu mekanisme yang dilakukan bagi membendung masalah penyebaran berita
palsu terutamanya berkaitan pandemik Covid-19 hingga menimbulkan panik dan menggugat
ketenteraman awam.

Saluran kedua ialah teleconferencing kerana maklumat-maklumat perbincangan lebih mudah


direkodkan. media massa seperti media social rasmi KKMM digunakan untuk menyangkal isu
penyebaran berita palsu dengan penyebaran maklumat yang sahih mengenai kenyataan media,
liputan berita atau video daripada RTM dan Bernama.Dalam pada itu, kaedah paparan elektronik
atau “billboard” dan publisiti menerusi media bercetak dengan kempen pembudayaan norma
baru bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Soalan 2

empat tahap dalam menilai strategistrategi dan taktik-taktik dalam perundingan:

1. Membuat keputusan berdasarkan kepada keputusan yang

diharapkan atau berdasarkan kepada apa yang mampu

memberikan kita pulangan yang menguntungkan.

Contohnya: keputusan kes harian menentukan agar kerajaan dapat merancang strategi langkah
kawalan dan pencegahan

2. Membuat keputusan berdasarkan kepada sistem perundangan

atau sesuatu yang mengikut undang-undang.


Contohnya: keputusan kes harian dan susulan impak yang positif membolehkan kerajaan
memperkenalkan SOP kepada rakyat dengan perintah.

3. Membuat keputusan berdasarkan kepada strategi dan nilai

yang dipegang oleh organisasi.

Contoh : Kerajaan akan membuat keputusan berdasarkan laporan dari KKM

4. Membuat keputusan berdasarkan kepada keyakinan diri dan gerak hati kita sendiri

Contoh: Rakyat membuat keputusan untuk menerima suntikan vaksin demi mengawal penularan
penyakit covid 19

You might also like