You are on page 1of 3

Meningkatkan Bilangan Murid Tahun 6 SK Gumbang Dalam Memahami Konsep

Tajuk Tekanan Udara Dengan Menggunakan Kaedah Eksperimen dan Demontrasi.

CHARLES BAYANG ANAK ALBERT NYAWIN


SEKOLAH KEBANGSAAN GUMBANG
BAU , SARAWAK
Email : chalzaju17@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membantu murid-murid Tahun 6 yang telah dikenalpasti dalam menguasai konsep Tajuk
Tekanan Udara dengan menggunakan kaedah Eksperimen dan Demontrasi. Seramai 7 orang murid Tahun 6
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian secara langsung ketika
murid menjawab instrumen soalan berkaitan tajuk yang ingin diajar. Murid didapati kurang cekap dalam
menguasai fakta asas tajuk ini kerana mereka tidak dapat menjawab soalan yang ditanya dengan betul serta
mengambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini, guru
telah membuat satu inisiatif iaitu dengan menjalankan Kaedah Eksperimen dan Demontrasi. Kesimpulannya,
kaedah Eksprimen ini membuktikan bahawa tindakan inovatif yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah
tepat dan berkesan. Pada masa akan datang, saya akan mengaplikasikan kaedah ini ke dalam kemahiran
proses Sains iaitu dalam setiap tajuk yang diajar, kerana murid sangat seronok apabila berpeluang menjalankan
aktiviti “ hands on “ serta dapat mengalami sendiri pengalaman baru dalam mempelajari serta juga memahami
konsep Tajuk yang diajar.
1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Sains ialah satu mata pelajaran yang sangat mencabar dan sangat menarik bagi mereka yang
dapat menguasainya dengan baik. Penguasaan pelajar secara maksimum dalam proses pembelajaran perlu
dengan menggunakan kaedah dan peralatan yang baik. Pelaksanaan kaedah eksperimen adalah salah satu
kaedah yang digunakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Kamus Bahasa Melayu ,Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ,definisi Eksperimen merujuk kepada
ujian atau penyelidikan terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis ; percubaan pada
sesuatu yang baru dan berbeza; ( Kamus Dewan Edisi Keempat )

Pada tahun 2022 ini, saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sains kepada murid-murid
Tahun 6. Semasa menjalankan PdPc secara bersemuka, saya mendapati beberapa orang murid masih kurang
cekap menjawab soalan-soalan kemahiran Proses Sains seperti Inferens, Tujuan, Meramal dan Mengawal
pemboleh Ubah. Ketidakcekapan murid ini membuktikan bahawa mereka masih belum menguasai fakta asas
Sains. Menurut Gagne (1970), pembelajaran adalah sebagai satu cara pemprosesan data dan maklumat.
Proses pembelajaran bergerak daripada peringkat yang paling mudah menuju kepada peringkat yang rumit dan
kompleks. Kejayaan pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran yang telah di capai
pada aras yang rendah. Objektif pembelajaran akan dapat dicapai sekiranya pelajar telah menguasai
pembelajaran diperingkat yang lebih awal. Oleh itu, sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih
tinggi, guru perlu memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran yang baru.
Kegagalan murid menguasai fakta asas ini sebenarnya menjadi salah satu faktor yang menyebabkan murid
merasakan mata pelajaran Sains ini amat sukar dan kurang diminati.

2.0 REFLEKSI

Ketika mengadakan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka pada bulan April yang lepas, saya dapati
sebilangan murid Tahun 6 masih kurang memahami konsep dalam tajuk Sains.

Melalui semakan buku tulis murid, saya dapati beberapa orang murid Tahun 6 tidak dapat
menjawab soalan latihan di dengan baik walaupun jenis soalan yang dianggap mudah untuk difahami. Murid
juga didapati lambat mencongak soalan-soalan fakta asas yang ditanya oleh guru secara spontan. Keadaan ini

agak membimbangkan saya dan berpendapat bahawa saya perlu mengenalpasti punca kepada masalah ini dan
membuat tindakan intervensi dengan segera. Daripada pengamatan saya, terdapat beberapa faktor yang telah

dikenalpasti menjadi penyumbang kepada masalah ini. Faktor pertama adalah sikap murid itu sendiri yang
malas dan sambil lewa dalam memahami konsep Sains dan seolah-olah juga murid-murid ini tidak berminat
untuk mempelajari Mata Pelajaran Sains. Faktor kedua pula ialah kurangnya Alatan dan Bahan Sains di sekolah
sehingga ada guru sendiri yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli bahan untuk
menjalankan eksperimen. Menurut Dollard & Miller, Ahli Psikologi yang berasal daripada AS, perilaku manusia
terbentuk kerana faktor ‘kebiasaan’. Jika seseorang terbiasa bersikap rajin dan bersemangat maka ia akan
selalu rajin dan bersemangat, begitu juga sebaliknya. Apabila anda tergolong pemalas, jalan untuk
mengubahnya adalah dengan membiasakan diri untuk melawan sikap malas

You might also like