You are on page 1of 2

Punca-punca Jerebu

Setiap tahum, Malaysia tiada kesudahan dilanda jerebu. Huraikan punca-punca


jerebu.

Jerebu ialah suatu kawasan apabila terdapatnya debu,asap, habuk, abu serta
gas dan pepejal yang terapung-apung di atsmofera berhampiran dengan Bumi.
Habuk halus ini menghalang cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan
manusia menjadi terhad. Jerebu kebiasaannya berlaku di kawasan yang
mempunyai penduduk yang padat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya
masalah jerebu di negara kita. Bak kata pepatah, kalau tidak ada angin, masakan
pokok bergoyang.

Antara punca berlakunya ialah terbentuk asap kotor berpunca daripada


kilang dan kenderaan bermotor. Bahan-bahan tersebut dan menyerap haba daripada
sinaran matahari. Seterusnya, menyebabkan suhu Bumi meningkat. Bertambahnya
kenderaan bermotor di jalan raya menambah burukkan lagi kualiti udara di negara
kita. Hal ini menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara semakin teruk.

Selain itu, fenomena jerebu menjadi bertambah teruk apabila aktiviti


perindustrian dijalankan tanpa pengawasan yang rapi oleh pihak yang
bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan pihak kontraktor menebanglebih banyak
pokok daripada had yang telah ditetapkan. Pembakaran secara terbuka dan
pembakaran api fosil yang merupakan salah satu punca-puncanya kerana ia
membebaskan gas nitrogen yang agak tinggi dan berbahaya kepada manusia.

Seterusnya, jerebu lazimnya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam


tempoh masa yang lama dan tiada angin bertiup. Angin yang bertiup akan
membawa sekali debu asap serta gas dan pepejal yabg terapung-apung di
atmosfera berhampiran dengan Bumi. Habuk yang terdapat di dalam udara yang
tercemar tadi, secara tidak langsung mengurangkan bacaan indeks.
Pada tahun 1990, 1994 dan 1997, Malaysia mengalami keadaan berjerebu
yang teruk. Contohnya, keadaan berjerebu ini berpunca daripada pembakaran
hutan di negara jiran, Indonesia yang memberi impak yang sangat besar kepada
negara kita. Selain itu, ada petani yang membakar hutan untuk mempercepat proses
pembersihan tapak pertanian. Aktiviti pembakaran yang memakan masa berhari-
hari ini menyebabkan asap berkepul-kepul hingga memudaratkan alam sekitar.

Izharnya, tiada sakit yang tiada penawarnya, tiada kusut yang tiada lerainya.
Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memainkan peranan
masing-masing dalam mengekalkan kualiti udara di negara kita untuk menjamin
kesajteraan rakyat. Janganlah kita menunding jari dan menyalahkan pihak yang
lain apabila nasi sudah menjadi bubur.

You might also like