You are on page 1of 4

Karangan Bahagian A

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah


memelihara dan memulihara khazanah hutan. Huraikan pendapat anda
tentang langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara khazanah
hutan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

ANALISIS
__
SOALAN
Langkah-langkah memelihara dan memulihara Tugasan: Usaha-
khazanah hutan usaha untuk
memelihara dan
Mewujudkan kawasan Menguatkuasakan memulihara
hutan simpanan undang-undang khazanah hutan.

Penanaman Hutan akan kekal Kata kunci:

semula pokok dan bertambah Usaha-usaha


(memelihara dan

Contoh: Masyarakat Contoh: Contoh:


Hutan akan
kekal dan Hutan tidak akan Mengenak Gotong-
Simpan berani an denda royong
selamat tanam pokok
Sekayu merosakkan dan
hutan penjara
________________________________________________________________________________

Pada masa ini isu berkaitan khazanah hutan sering diperkatakan oleh
pelbagai pihak sama ada di media cetak atau media elektronik. Semua pihak
mampu bersama-sama berganding bahu untuk mendepani isu ini kerana
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih demi menaikkan imej negara
tercinta. Persoalannya, apakah usaha memelihara dan memulihara khazanah
hutan di negara kita? Sebenarnya terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil
dalam usaha memelihara dan memulihara khazanah hutan. (68 pp)

Salah satu inisiatif melestarikan khazanah hutan ialah mewujudkan


kawasan hutan simpan di negara ini. Hal ini demikian kerana dengan
mewujudkan kawasan hutan simpan hutan akan kekal dan selamat. Satu contoh
hutan simpan ialah Hutan Simpan Sekayu. Bayangkan jika kita tidak
mewujudkan kawasan hutan simpan, maka khazanah hutan akan hilang.
Berdasarkan penerangan tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa
mewujudkan kawasan hutan simpan merupakan salah satu usaha memelihara
dan memulihara khazanah hutan. (70 pp)

Selain mewujudkan kawasan hutan simpan di negara ini, usaha


memelihara dan memulihara khazanah hutan ialah menguatkuasakan
undang-undang berkaitan hutan. Hal ini demikian kerana dengan
menguatkuasakan undang-undang masyarakat akan takut merosakkan hutan.
Sebagai contoh kerajaan mengenakan denda dan penjara kepada pesalah. Cuba
kita bayangkan jika kita tidak menguatkuasakan undang-undang berkaitan
hutan, maka khazanah hutan akan pupus. Oleh itu jelaslah bahawa
menguatkuasakan undang-undang merupakan salah satu usaha memelihara dan
memulihara khazanah hutan. (68 pp)

Usaha memelihara dan memulihara khazanah hutan seterusnya ialah


penanaman semula pokok. Hal ini demikian kerana dengan penanaman semula
pokok, hutan akan kekal dan bertambah. Sebagai contoh, kita boleh menanam
pokok secara gotong-royong. Sekiranya kita menggantikan pokok yang rosak
atau sudah ditebang dengan menanam semula pokok, maka khazanah hutan
akan selamat. Ringkasnya, penanaman semula pokok dapat melestarikan
khazanah hutan di negara kita. (60 pp)

Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak usaha memelihara dan memulihara


khazanah hutan di negara kita. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu
menyokong usaha murni ini kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Tanpa langkah yang berkesan bererti kita gagal memelihara
dan memulihara khazanah hutan negara. Oleh itu, hasrat kerajaan menjadikan
Malaysia sebuah negara maju dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020
akan tercapai. (61 pp)

(327 patah perkataan)

CARA TERAKHIR IKHTIAR LULUS MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN


KAEDAH TAK JE SITU (LETAK SAHAJA DI SITU)
Mengolah kehendak soalan dan idea dengan sedikit pengetahuan pelajar.

__________________________________________________________________________________
Kata kunci : Usaha / Langkah

PERENGGAN PENDAHULUAN

Ayat 1 (Latar masa + Tema)

Pada masa ini,isu berkaitan SALIN TEMA sering diperkatakan oleh sebagai
pihak sama ada di media cetak atau media elektronik.

Ayat 2 (Saranan)
Semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu untuk mendepani
isu ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih demi
menaikkan imej diri / keluarga / masyarakat / negara tercinta.

Ayat 3 (Persoalan)

Persoalannya, apakah SALIN TUGASAN ?

Ayat 4 (Ayat Fokus / Tugasan)

Sebenarnya terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil dalam SALIN


TUGASAN.

PERENGGAN KEDUA IDEA / ISI PERTAMA

Ayat 1 (Tugasan + Idea / Isi Pertama)

Salah satu SALIN TUGASAN ialah SALIN ISI PERTAMA.

Ayat 2 (Huraian + Contoh : ASKBDB Apa? Siapa? Kenapa? Bila? Di mana? Dan
Bagaimana?

Hal ini demikian kerana dengan SALIN ISI PERTAMA + SALIN TEMA akan
terpelihara.

Ayat 3 (Ayat Bayangan)

Bayangkan jika kita tidak SALIN ISI PERTAMA, maka SALIN TEMA akan ..
(kesan negatif) .. atau ..
Bayangkan jika kita sering SALIN ISI PERTAMA, maka sudah pasti SALIN
TEMA akan .. (kesan positif)

Ayat 4 (Ayat Penegas)

Berdasarkan penerangan tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa


SALIN ISI PERTAMA merupakan salah satu SALIN TUGASAN.

You might also like