You are on page 1of 1

Jadikan ayat tunggal di bawah kepada ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung

yang diberikan. Kemudian bina perenggan yang terdiri daripada ayat majmuk
berkenaan dengan betul.

1a Telefon bimbit sangat penting.


kerana
1a Telefon bimbit mempunyai banyak kebaikan.

2b Telefon bimbit ialah barangan mewah.


tetapi
2b Mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

3c Bentuknya lebih kecil.


dan
3c Senang dibawa ke mana-mana.

4d Orang dewasa tidak ketinggalan menggunakan


telefon bimbit.
dan
4d Orang muda tidak ketinggalan menggunakan
telefon bimbit

5e Penggunaan telefon ini banyak memberi faedah


kepada pelajar
dan
5e Penggunaan telefon ini banyak member faedah
kepada masyarakat.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit banyak mempengaruhi gaya hidup seharian kita. Kini, telefon bimbit
mempunyai banyak kebaikan.

Antara kebaikan telefon bimbit adalah dapat dijadikan medium untuk kita berkomunikasi
dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Telefon bimbit juga dapat digunakan semasa kita
mengalami kecemasan seperti kemalangan.

Selain itu, telefon bimbit juga juga dapat menjadi alat untuk kita mendapatkan maklumat
dengan cepat daripada Internet. Bahkan telefon bimbit turut menjadi alat untuk kita
berhibur . Kita dapat mendengar lagu dan menonton video pada bila-bila masa.

Di samping itu, telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai kamera untuk mengambil
pelbagai gambar. Gambar-gambar ini pula dapat disimpan di dalam komputer dan
dicetak.

Dengan menggunakan telefon bimbit, kita dapat melakukan banyak perkara dengan
mudah dalam kehidupan kita pada setiap hari.

Diubasuai daripada sumber www.jomria.com/2015/03kebaikan-telefon-bimbit.html

You might also like