You are on page 1of 17

KPD3026:

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

KUMPULAN:
AT32A

NAMA PENSYARAH:
DR RAMLI BIN SAADON

TUGASAN:

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

NAMA MUHAMMAD AFIQ BIN ZAHARI

NO MATRIK D20171078636
“MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR KELAS 2 NILAM DENGAN MENGGUNAKAN

AKTIVITI TRUE MATCH DIGITAL BAGI TAJUK WARISAN KERAJAAN KEDAH,

KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS.”

Oleh:
Muhammad Afiq Bin Zahari,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok,
16300 Bachok Kelantan.

Abstrak
Saya menjalankan kajian ini bertujuan mencari jalan penyelesaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 2 Nilam di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan. Pandangan pelajar tentang
subjek Sejarah ialah membosankan dan mereka sering mengeluh jika ingin
mempelajari subjek ini. Saya telah menjalankan tinjauan awal melalui kerja
pelajar, markah peperiksaan pertengahan tahun, soal selidik dan juga pemerhatian
terhadap perilaku pelajar itu sendiri ketika mempelajari subjek Sejarah. Hasil
daripada tinjauan yang dilakukan, didapati bahawa pelajar kurang memberi minat
terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain daripada itu, mereka juga kurang
memahami pengajaran yang diberikan oleh guru. Untuk mengatasi masalah ini,
guru telah menggunakan kaedah permainan di dalam pengajaran iaitu True
Match Digital yang merupakan salah satu aktiviti PAK-21. Saya menggunakan
aktiviti ini untuk melihat fahaman pelajar apabila mereka mampu menjawab
soalan yang dikemukakan oleh guru ketika aktiviti True Match Digital ini
dijalankan. Seramai 22 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam tempoh 3 minggu di mana
aktiviti ini dijalankan pada hari Selasa dan Khamis kerana jadual kelas 2 Nilam
untuk subjek sejarah adalah pada hari tersebut. Keputusan daripada pemerhatian
dan soal selidik yang telah digunakan oleh guru dalam kaedah pengumpulan data
telah menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar
serta menambah minat pelajar terhadap subjek sejarah yang sekian lama dianggap
bosan. Kaedah ini harus sesuai digunakan bagi mata pelajaran Sejarah khususnya
yang melibatkan kefahaman pelajar.
1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran sebelum menjalankan kajian ini saya
sering mendengar mengeluh disebabkan oleh mata pelajaran Sejarah yang mereka anggap
sebagai matapelajaran yang bosan. Selain daripada itu, pelajar saya juga menunjukkan sikap
kurang minat terhadap subjek sejarah ini di mana mereka sering mengantuk dan menyatakan
kebosanan mereka kepada saya. Hal ini kerana, saya hanya mengajar seperti biasa iaitu dengan
memberi penerangan dan kurang melakukan aktiviti. Kaedah pengajaran yang saya gunakan
sebelum ini juga menjadi faktor kepada pelajar di mana mereka mudah menjadi bosan dan
kurang faham terhadap pengajaran yang saya berikan kerana mereka tidak menumpukan
perhatian serta tidak mendengar apa yang saya katakan di hadapan kelas. Dari sinilah saya
merancang satu aktiviti yang dapat dilaksanakan di dalam kelas ketika proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menarik minat pelajar serta meningkatkan kefahaman mereka berkenaan
topik yang saya ajarkan. Sepanjang kajian ini, saya telah mendapati bahawa pentingnya kajian
tindakan dimana ianya dapat meningkatkan amalan-amalan profesional seorang guru khususnya
menguji diri dan mengembangkan idea baru untuk diamalkan dan diaplikasikan di dalam
pekerjaan. Dalam erti kata lain, Kajian Tindakan ini dapat membantu guru meningkatkan prestasi
pengajaran di dalam kelas.

2.0 Isu keprihatinan / fokus kajian


Kajian ini dijalankan bagi memberi fokus kepada pelajar untuk menjawab soalan yang
diberikan dengan baik. Hal ini kerana, sebelum aktiviti True Match Digital dijalankan, pelajar
tidak mampu menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan baik kerana kurangnya
kefahaman mereka terhadap pengajaran yang diberikan oleh guru. Selain daripada itu, pelajar
juga tidak dapat mengenal pasti kata kunci yang mampu membolehkan mereka menjawab soalan
yang diberikan oleh guru dengan berkesan dan tepat. Ini kerana, mereka tidak dapat
membezakan antara isi penting pengajaran dengan huraian isi pengajaran. Oleh sebab itu,
pelajar menghadapi banyak masalah di dalam mata pelajaran Sejarah khususnya ketika
menjawab soalan tidak kira soalan ujian atau soalan peperiksaan.

1
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran
yang diberikan oleh guru di dalam mata pelajaran Sejarah sekaligus dapat meningkatkan minat
pelajar terhadap subjek ini di mana mata pelajaran Sejarah sering dianggap sebuah mata
pelajaran yang bosan dan tidak menarik dalam kalangan pelajar khususnya 2 Nilam Sekolah
Menengah Kebangsaan Bachok.

3.2 Objektif Khusus


Terdapat dua objektif khusus dalam kajian ini iaitu:
1. Meningkatkan Kefahaman pelajar tentang warisan kerajaan Negeri Kedah,
Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan menggunakan aktiviti True Match
Digital.
2. Membantu pelajar dalam membuat perbezaan antara isi atau fakta pengajaran
dengan huraian pengajaran.

4.0 Kumpulan Sasaran


Sasaran kajian ini terdiri daripada 22 orang pelajar daripada kelas 2 Nilam di mana kelas
ini merupakan kelas yang pertama daripada 5 kelas yang ada di dalam tingkatan 2. Saya
mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ini ke atas semua pelajar kelas tingkatan 2
Nilam supaya semua pelajar daripada kelas 2 Nilam ini mendapat manfaat daripada aktiviti True
Match Digital yang dapat meningkatkan kefahaman mereka serta menarik minat mereka
terhadap subjek Sejarah ini.

2
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Jadual 1: Kaedah Pengumpulan Data

Langkah Cara Kumpulan Tujuan


Penilaian Sasaran

Langkah 1 Pemerhatian 30 orang pelajar 2N Mengenal pasti masalah yang dihadapi


oleh pelajar ketika proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan

Langkah 2 Soalan lisan 30 orang pelajar 2N Menyoal 3 soalan secara rawak kepada
semua pelajar 2N terhadap kefahaman
mereka berkenaan subjek Sejarah dan
kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru mereka yang sebelum ini.
(Lampiran 1)

Langkah 3 Soal Selidik 30 orang pelajar 2N Menilai masalah sebenar yang


dihadapi oleh pelajar serta pandangan
mereka terhadap teknik pengajaran
guru di dalam subjek sejarah untuk
diperbaiki oleh guru. (Lampiran 2)

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah

Langkah Cara Kumpulan Masalah yang telah dikenalpasti


Penilaian Sasaran

Langkah 1 Pemerhatian 30 orang pelajar 2N Pelajar menunjukkan perilaku kurang


berminat terhadap mata pelajaran
Sejarah di mana ketika guru mengajar

3
pelajar melakukan kerja lain seperti
bersembang serta tidak memberi fokus
yang diberikan oleh guru.

Langkah 2 Soalan lisan 30 orang pelajar 2N Jawapan yang diberikan oleh pelajar
ialah mereka kebanyakannya tidak
faham terhadap subjek yang diajarkan
oleh guru di dalam mata pelajaran
Sejarah di mana teknik pengajaran
yang digunakan oleh guru tidak
menarik dan membosankan. Selain
daripada itu, kaedah yang sering
digunakan oleh guru sejarah kelas
tersebut yang asal ialah kaedah Chalk
and Talk yang menyebabkan pelajar
mudah berasa bosan dan menunjukkan
minat yang kurang terhadap subjek
sejarah. Selanjutnya, kerajaan juga
memberi respon bahawa mereka tidak
mengetahui PAK-21 dan ini
menunjukkan mereka tidak peka
terhadap perkembangan pendidikan
yang sepatutnya diberikan oleh pihak
sekolah.

Langkah 3 Soal Selidik 30 orang pelajar 2N Pelajar kurang berminat dengan mata
pelajaran Sejarah serta mereka sukar
untuk mengingati fakta yang terdapat
di dalam buku teks dan juga tidak
dapat membezakan isi dengan huraian
pengajaran.

4
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Tinjauan awal yang dilakukan oleh menunjukkan bahawa pelajar kurang berminat dan
juga kurang faham terhadap pengajaran yang diberikan oleh guru iaitu di dalam topik warisan
kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Perlis. Hal ini disebabkan oleh teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru tidak dapat menarik minat pelajar serta tidak dapat
memberi kefahaman kepada pelajar tentang topik pengajaran yang diberikan. Oleh itu, saya
bertanggungjawab untuk menjalankan amanah saya sebagai seorang bagi membimbing pelajar
saya supaya dapat memahami subjek sejarah yang diajarkan dengan sebaiknya serta sekaligus
dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek sejarah ini yang sering dianggap sebagai
subjek yang bosan. Bagi menjalankan tugasan ini, saya telah menggunakan kaedah yang
dipanggil True Match Digital.

1. Bagi menggunakan kaedah ini dalam pengajaran, saya telah menyediakan beberapa
soalan mengikut tahap kesukaran berkenaan dengan topik pengajaran iaitu Warisan
Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis.
2. Pelajar akan menjawab soalan dengan memadankan jawapan yang betul dengan soalan
yang telah disediakan True Match Digital.
3. Guru akan mengandaikan bahawa pelajar telah memahami pengajaran yang diberikan
oleh guru jika jawapan yang dijawab oleh pelajar betul dan tepat.
4. Aktiviti yang bersifat permainan ini juga dapat menarik dan meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah yang sering dikatakan sebagai mata pelajaran yang
membosankan.
5. Langkah pelaksanaan aktiviti ini dapat dilihat seperti jadual 3 di bawah

Jadual 3: Perlaksanaan Aktiviti True Match

Langkah 1 Guru membahagikan pelajar lima kumpulan dalam group whatsapp

Langkah 2 Setiap kumpulan diberikan satu link yang mengandungi jawapan


yang betul dan salah untuk dipilih oleh pelajar sebelum
menyesuaikannya di dalam ruang jawapan yang disediakan

5
Langkah 3 Soalan yang diberikan berkaitan dengan topik pengajaran dia itu
warisan Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan
Perlis serta guru akan menyemak jawapan dengan pelajar setelah
aktiviti ini selesai dijalankan.

Langkah 4 Guru akan mengandaikan bahawa pelajar telah memahami


pengajaran yang diberikan apabila mereka menjawab soalan yang
diberikan dengan betul dan tepat.

5.4 Pelaksanaan Aktiviti


Guru menjalankan pengajaran seperti biasa. Setelah memberi penerangan berkenaan
dengan tajuk pengajaran secara ringkas serta padat, guru memulakan aktiviti True Match Digital
di mana pelajar akan dibahagikan kepada lima kumpulan supaya mereka dapat melakukan
perbincangan di dalam kumpulan sebelum menjawab soalan dan memadankan jawapan yang
betul. Sebelum memulakan aktiviti, saya meminta pelajar untuk mengimbas kembali penerangan
yang telah diberikan serta memudahkan mereka untuk menjawab soalan dengan berkesan. Selain
daripada itu, saya juga membenarkan mereka untuk merujuk buku teks bagi menjawab soalan
supaya dapat mengatasi masalah mereka berkenaan dengan kesukaran mereka untuk
membezakan isi atau fakta dengan huraian fakta. Jawapan yang diberikan oleh pelajar dapat
membuktikan bahawa mereka telah memahami pengajaran yang diberikan oleh guru berkenaan
dengan tajuk atau topik pengajaran. Selanjutnya, aktiviti ini amat berkesan bagi menarik minat
pelajar terhadap subjek sejarah serta membuktikan kepada mereka bahawa subjek sejarah
tidaklah bosan seperti yang mereka sangkakan disebabkan oleh aktiviti ini yang bersifat
permainan.

Pemerhatian

Tarikh: 20/05/2021

Tempat: 2 Nilam

6
Hari: Khamis

Masa: 7.40am - 8.40am

Peristiwa:
Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, pelajar tidak sabar untuk melakukan
aktiviti True Match Digital serta mereka telah mempunyai kumpulan kerana telah bersedia
untuk melakukan aktiviti True Match Digital ini walaupun sesi pengajaran dan pembelajaran
belum dimulakan. Ketika menjalankan aktiviti, dan mereka dapat menjawab soalan yang
diberikan oleh guru dengan baik dan tempat di mana ini menunjukkan fahaman mereka
terhadap pengajaran yang diberikan oleh guru. Selain daripada itu, aktiviti ini juga mampu
meningkatkan kerjasama pelajar di dalam kumpulan di mana pelajar melakukan perbincangan
siapa mereka sebelum jawab soalan yang diberikan oleh guru ketika aktiviti True Match
Digital ini dijalankan. Akan tetapi, aktiviti ini mengambil masa yang agak lama kerana
perbincangan yang dilakukan oleh pelajar juga agak lama disebabkan oleh kerisauan mereka
terhadap soalan yang mungkin salah dijawab. Walaupun aktiviti ini, mengambil masa yang
agak lama, namun pelajar mampu menjawab soalan dengan tepat. Setelah aktiviti selesai
dijalankan, guru meminta pelajar untuk membuat rumusan dan kesimpulan berkaitan dengan
topik yang telah diajarkan dengan bantuan aktiviti True Match Digital ini. Apabila pelajar telah
memberi rumusan dan kesimpulan, guru memberi kesimpulan secara keseluruhan tentang tajuk
pengajaran yang telah diberikan

Refleksi
Sepanjang pelaksanaan aktiviti True Match Digital ini, pelajar menunjukkan minat dan
kesungguhan mereka untuk belajar mata pelajaran Sejarah dan perkara ini sangat berbeza
sebelum aktiviti ini dilaksanakan. Selain daripada itu, pelajar mula menunjukkan kefahaman
mereka berkenaan dengan topik pengajaran memberi mereka dapat menjawab soalan dengan
tepat. Dengan pelaksanaan aktiviti ini juga, pelajar mula memberanikan diri untuk memberi
rumusan tentang pengajaran yang telah diberikan oleh guru.

7
6.5 Refleksi Kajian

6.5.1 Penilaian Pencapaian Murid


Disebabkan oleh aktiviti True Match Digital ini dijalankan di dalam kumpulan, guru
mengandaikan bahawa setiap pelajar dapat menjawab soalan dengan betul jika kumpulan mereka
dapat menjawab dengan betul kerana mereka melakukan perbincangan sebelum menjawab
soalan yang diberikan oleh guru ketika menjalankan aktiviti True Match Digital.

Jadual 4: True Match Digital pertama kali dilakukan

Bilangan jawapan yang betul Bilangan Pelajar

6 0

5 6

4 6

3 6

2 12

1 0

Jadual 5: True Match Digital setelah 5 kali dijalankan

Bilangan jawapan yang betul Bilangan Pelajar

6 24

5 6

4 0

3 0

8
2 0

1 0

Berdasarkan Jadual 4 dan 5 serta pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati
bahawa berlaku banyak perubahan yang boleh dikatakan sebagai perubahan yang amat drastik
kepada pelajar di mana pelajar telah berjaya menjawab soalan dengan baik ketika aktiviti True
Match Digital dijalankan. Hal ini juga menunjukkan bahawa pelajar dapat meningkatkan
pemahaman mereka berkenaan dengan topik yang diajarkan oleh guru. Peningkatan yang
ditunjukkan oleh pelajar ini juga membuktikan bahawa aktiviti True Match Digital yang
dijalankan dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar serta dapat
menunjukkan bahawa aktiviti ini sesuai dan berkesan digunakan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran.

Jadual 6: analisis soal selidik

Bil Komponen Skala

1 2 3

1 Aktiviti True Match Digital dapat meningkatkan kefahaman saya tentang 0 2 28


tajuk yang diajar oleh guru

2 Saya dapat membezakan fakta dan huraian dengan lebih baik 0 3 27

3 Saya dapat mencari kata kunci dengan baik untuk menjawab soalan 0 3 27

4 Saya mampu menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan baik 0 2 28

5 Saya tidak cepat bosan apabila melakukan aktiviti True Match Digital 0 1 29

9
6 Saya dapat meningkatkan fokus ketika belajar dengan aktiviti True Match 0 4 26
Digital

7 Aktiviti True Match Digital sesuai digunakan ketika sesi PDPR 0 2 28

8 Saya ingin guru menggunakan True Match Digital pada sesi PDPR yang 0 1 29
akan datang

Jadual 6 menunjukkan borang soal selidik yang digunakan oleh guru untuk dijawab oleh
pelajar kelas 2 Nilam berkenaan penggunaan aktiviti True Match Digital. Borang soal selidik ini
mengandungi lapan aspek atau komponen bagi mendapatkan maklumat serta pandangan pelajar
terhadap kegunaan aktiviti True Match Digital yang dijalankan dalam proses pengajaran dan
pemikirannya. Kebanyakan pelajar menjawab aktiviti ini sesuai dijalankan proses pengajaran dan
pembelajaran ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang topik yang diajarkan serta
membuatkan pelajar tidak mudah bosan ketika guru mengajar. Selain daripada itu, penggunaan
aktiviti True Match Digital ini juga mampu membantu pelajar dalam memberikan fakta dan
huraian fakta tentang topik yang diajarkan serta dapat meningkatkan fokus mereka ketika guru
mengajar.
Hasil daripada soal selidik ini juga dapat membuktikan bahawa pelajar mula meminati
subjek sejarah jika teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dapat menarik minat mereka
sertu mengikis tanggapan negatif terhadap subjek ini yang dikatakan susah dan bosan.
Selanjutnya, aktiviti ini mampu membantu pelajar untuk mencari kata kunci bagi memudahkan
mereka untuk menjawab soalan dengan berkesan dan tepat. Oleh itu, pelajar tingkatan 2 Nilam
berpendapat bahawa aktiviti True Match Digital sesuai dijalankan jika sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan mereka menginginkan aktiviti seperti ini dijalankan pada sesi pengajaran
yang akan datang.

10
7.0 Refleksi proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhan
Sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman
terutamanya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran serta ketika melakukan aktiviti True
Match Digital ini. Saya juga dapat melihat perubahan yang besar kepada pelajar tingkatan 2
Nilam setelah kajian ini dijalankan. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan ialah:

1. Perubahan sikap pelajar


Pelajar mula menunjukkan minat pada subjek sejarah di mana pada sebelum ini mereka
kelihatan amat bosan dan tidak menunjukkan minat untuk belajar subjek sejarah serta pelajar
juga mampu memberi fokus ketika guru mengajar.
2. Perubahan pembelajaran pelajar
Pelajar juga mampu menjawab soalan dengan baik. Pelajar mendahulunya tidak mampu
membezakan antara fakta dengan huraian fakta telah mampu membezakan kedua-dua perkara
tersebut. Selain daripada itu, pelajar juga kerap melakukan perbincangan di dalam kumpulan
supaya dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi walaupun tanpa kehadiran guru.

8.0 Cadangan Kajian


Bagi cadangan kajian, saya akan mengekalkan kaedah yang saya gunakan untuk
meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan dengan topik dalam subjek Sejarah kerana kaedah
ini terbukti sesuai dan berkesan digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Selain daripada itu, kaedah ini dapat membantu pelajar menjawab soalan dengan berkesan tidak
kira ujian atau peperiksaan. Namun demikian, saya perlu membuat penambahbaikan terhadap
kaedah yang saya gunakan seperti menggunakan aplikasi Kahoot dan sebagainya supaya dapat
memanfaatkan kesemua pelajar yang berada di dalam kelas tanpa meninggalkan seorang pun
pelajar yang tidak mencapai tahap yang diingini di dalam pelajaran.

11
Bibiliografi

Mohamad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan, Penerbitan Universiti Teknologi


Malaysia, 1999.
Irwan Fariza, Shakila Dahalan, Teori Sistem Ekologi Manusia Dan Model Aspirasi Pelajar
Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Mata Pelajaran
Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018.
https://www.researchgate.net/publication/336988601_TEORI_SISTEM_EKOLOGI_MA
NUSIA_DAN_MODEL_ASPIRASI_PELAJAR_DALAM_MENINGKATKAN_KEMAHIRA
N_BERFIKIR_ARAS_TINGGI_KBAT_DALAM_MATA_PELAJARAN_SEJARAH
Laili Farhana, Md Ibharim, Athirah Hanis, Aplikasi Kahoot Sebagai Alat Pengujian Terhadap
Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2018.
https://www.researchgate.net/publication/329999664_APLIKASI_KAHOOT_SEBAGAI_
ALAT_PENGUJIAN_TERHADAP_PENCAPAIAN_MURID_DALAM_MATA_PELAJARA
N_SEJARAH
Mohan Rathakrishnan, Balan Rathakrishnan, Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan
Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah
Tingkatan Empat, Universiti Urata Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, 2005.
https://www.researchgate.net/publication/41822852_KESAN_PENGGUNAAN_PETA_
KONSEP_DAN_PEMBELAJARAN_KOPERATIF_TERHADAP_PRESTASI_PELAJAR_
DALAM_MATA_PELAJARAN_SEJARAH_TINGKATAN_EMPAT
Lampiran 1

Soalan yang diajukan kepada pelajar


1. Apakah pandangan anda terhadap subjek Sejarah?
2. Bagaimanakah guru anda mengajar anda subjek Sejarah sebelum ini?
3. Adakah anda peka terhadap PAK-21

Lampiran 2

Soal Selidik
1. Adakah subjek Sejarah membosankan?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
2. Adakah anda pernah melakukan aktiviti selain pembentangan ketika belajar di dalam
kelas?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
3. Jika ada nyatakan aktiviti tersebut dan apakah yang anda rasa ketika melakukan aktiviti
tersebut?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
4. Apakah pandangan anda terhadap pengajaran yang diberikan oleh guru anda sebelum
ini?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
5. Adakah anda sukar untuk memahami subjek Sejarah? Mengapa?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
Lampiran 3

Contoh soalan yang digunakan ketika aktiviti True Match Digital

1. Gelaran Raja digunakan di ………………………..


2. Penguasa di peringkat mukim ialah ………………………
3. Seruan Daulat Tuanku semasa pertabalan pemerintah diketuai oleh ……………..
4. Majlis yang disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dikebumikan ialah
5. Karya yang mencatatkan sejarah Istana Kedah dan pentadbiran Perlis ialah
….....................
6. Seni ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri ialah ………………………..
Lampiran 4

Soal selidik

Bil Komponen Skala

1 2 3

1 Aktiviti True Match Digital dapat meningkatkan kefahaman saya tentang


tajuk yang diajar oleh guru

2 Saya dapat membezakan fakta dan huraian dengan lebih baik

3 Saya dapat mencari kata kunci dengan baik untuk menjawab soalan

4 Saya mampu menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan baik

5 Saya tidak cepat bosan apabila melakukan aktiviti True Match Digital

6 Saya dapat meningkatkan fokus ketika belajar dengan aktiviti True Match
Digital

7 Aktiviti True Match Digital sesuai digunakan ketika sesi PDPR

8 Saya ingin guru menggunakan True Match Digital pada sesi PDPR yang
akan datang

You might also like