You are on page 1of 3

Nota Penulisan esei Pengajian Am 1( Bahagian C)

Arahan soalan :
1. JAWAB dua daripada tiga soalan yang dikemukakan
2. Kepanjangan esei adalah antara 300-350 patah perkataan.
Tema soalan esei Pengajian Am 1merangkumi 6 bidang iaitu;
1. Pertahanan
2. Sosial dan budaya
3. Ekonomi
4. Politik
5. Sains dan teknologi
6. Integrasi dan perpaduan
Ciri sebuah esei Pengajian Am:
1. Mengandungi tiga bahagian iaitu Intro / pendahuluan, 5 idea dan penutup.
2. Tujuh perenggan (1 Intro, 5 perenggan idea dan 1 penutup)
3. Setiap soalan mempunyai satu kehendak atau dua kehendak soalan.
4. Setiap esei memperuntukkan 25 markah.
5. Peruntukan masa menjawab yang sesuai adalah 35 minit.
Teknik menulis Intro (Introduction)
1. Tulis tentang isu soalan dengan ringkas.
2. Tulis sekurang-kurangnya dua ayat yang lengkap tentang isu atau kehendak
soalan.
3. Elakkan menulis perkataan idea pada perenggan pertama.
4. Jumlah patah perkataan 20 -30 patah perkataan sahaja.
Contoh :

Ciri-ciri penulisan ayat idea:


1. Satu ayat yang lengkap yang mengandungi isu soalan, kehendak soalan dan
idea yang tepat.
2. Kedudukan ayat pada baris pertama setiap perenggan
3. Elakkan menulis contoh-contoh dalam ayat idea
4. Jangan menulis ayat idea yang terlalu panjang atau berbelit-belit.
Contoh 1: [1+4]
Soalan: Selain daripada menguruskan pentadbiran negara, kerajaan juga
mempunyai tanggungjawab yang lain. Bincangkan .
Contoh ayat idea;
i. Tanggungjawab kerajaan adalah menguruskan pentadbiran negara.
ii. Tanggungjawab kerajaan yang lain adalah melaksanakan
pembangunan negara
Contoh 2: [2+3/3+2]
Soalan: Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasakan
pertahanan negara bagi memastikan kedaulatan negara kita terpelihara,
namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Ulaskan.
Contoh ayat idea;
i. Usaha dilakukan untuk memperkasakan pertahanan negara bagi
memastikan kedaulatan negara kita terpelihara adalah memantapkan
semangat patriotik.

ii. Halangan untuk merealisasikan hasrat memperkasakan pertahanan


negara adalah

Contoh 3:
Soalan: Teknologi hijau penting untuk diberi penekanan dalam pembangunan
negara dan pelbagai langkah dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia sebuah
negara yang mengamalkan teknologi tersebut. Huraikan.
Contoh ayat idea;
i Teknologi hijau penting
ii Langkah

Teknik menghurai idea:


1. Huraian hendaklah menerangkan tentang idea yang diberikan
2. Kata tanya (“ mengapakah” atau “bagaimanakah”) digunakan sebagai
panduan untuk menjelaskan idea.
3. Tulis dua atau tiga ayat huraian yang berkaitan dengan idea
4. Panjang ayat / patah perkataan yang digunakan antara 50 hingga 60 patah
perkataan.
Contoh 1:
Ayat Idea: Kepentingan teknologi hijau boleh menjadi sumber tenaga alternatif.
 Huraian : ( mengapakah sumber tenaga alternatif penting?)

i- Kos penjanaan lebih murah dan selamat.


ii- sumber berasaskan alam semulajadi
iii- tenaga yang mesra alam
Contoh 2:
Ayat Idea : Langkah yang dilaksanakan untuk menyatupadukan rakyat adalah
melalui pendidikan.
Huraian: ( bagaimanakah pendidikan boleh menyatupadukan rakyat?)
1. melaksanakan kokurikulum
2. Menggunakan kurikulum yang sama
3. Mengadakan sukatan pelajaran yang dapat menyemai semangat
patriotisme

Perenggan akhir / perenggan penutup


1. Tulis ayat cadangan atau pendapat anda tentang isu /kehendak soalan.
2. Guna perkataan; Kesimpulan/ Konklusi dll.
3. Tulis sekurang-kurangnya dua ayat.
4. Perlu untuk markah FORMAT esei.
Contoh kesimpulan;
 Secara kesimpulannya, pelbagai faktor yang menghalang kepada
perpaduan kaum di negara ini. Sebagai warganegara kita hendaklah
sentiasa menjaga hubungan yang baik antara satu sama lain.

You might also like