You are on page 1of 54

1.

0 ABSTRAK
Tugasan ditempat kerja adalah langkah permulaan untuk mencegah sebarang
kemalangan, kejadian nyaris atau penyakit pekerjaan yang disebabkan aktiviti harian dan juga
persekitaran tempat kerja. Sejarah telah membuktikan bahawa kewujudan pelbagai undang-
undang dan pihak berkuasa untuk mengawal selia keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak
akan menjamin 100% kejayaan dalam mengurangkan kemalangan dan penyakit pekerjaan di
tempat kerja. Walaupun undang-undang preskriptif diperlukan untuk perlaksanaan perkiraan
keselamatan dan kesihatan yang spesifik, namun itu tidak akan berjaya membentuk sikap dan
budaya kerja selamat, sekiranya tiada anjakan paradigma yang mahukan tempat dan suasana
kerja yang selamat dan sihat melalui prinsip peraturan kendiri, kerjasama dan perundingan.
Oleh itu objektif utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah untuk
memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan dari risiko keselamatan atau
kesihatan yang wujud di tempat kerja. Tugasan ditempat kerja ini bermula dari pengenalan
syarikat, aktiviti, proses kerja dan persekitaran, hazard kemudian dikenalpasti melalui
pemeriksaan tempat kerja, senarai semak dan temubual pekerja serta pemantauan-
pemantauan lain.

Melalui pendekatan ini dapatlah dikenalpasti bahawa hazard keselamatan yang paling
kritikal ialah hazard bekerja di tempat tinggi bagi pemasangan peralatan di tempat tinggi serta
objek atau peralatan jatuh. Bagi hazard kesihatan yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah
melakukan kerja-kerja yang mengeluarkan bunyi bising seperti penggunaan alat pemotong
elektrik serta berkerja dipersekitaran yang mengeluarkan bunyi bising berpanjangan sekaligus
boleh mengakibatkan kerosakan sistem pendengaran akibat dari bunyi bising yang terhasil.
Risiko hazard ditaksir dan dinilaikan berdasar “Semi-Quantitative Risk Assessment” .Turutan
keutamaan hazard adalah mengikut matrik keutamaannya manakala langkah kawalan
dicadangkan berdasarkan “Hierachy of Control”. Semoga laporan ini menjadi panduan
kepada pengurusan syarikat dalam mencapai objektif untuk menjadikan MIE Industrial Sdn
Bhd antara syarikat yang selamat dan sihat untuk bekerja.

1
2.0 PENGENALAN

2.1 PENGENALAN SYARIKAT

MIE Industrial Sdn Bhd adalah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan yang

banyak terlibat dalam kerja-kerja pemasangan elektrikal dan instrumen di dalam industri

minyak dan gas.Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1993.Bertitik tolak dari itu, MIE

Industrial Sdn Bhd terus mengukir nama dengan pesat di dalam industri minyak dan gas

tempatan, berikutan dengan pembangunanyang pesat di dalam industri tersebut. Ibu pejabat

terkini MIE Industrial Sdn Bhd yang beralamat di WISMA MIE, No 2, Jalan Industri PBP

2, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor. Dan mempunyai

satu cawangan di Johor beralamat di 52, Jalan Molek 2, Taman Molek, 81100 Johor

Bahru, Johor Darul Takzim. Projek yang terkini bagi MIE Industrial Sdn Bhd ialah

menyiapkan kerja-kerja pemasangan peralatan „electrical & instrument‟ di Terminal Gas

Terengganu (TGAST) yang bertempat di Kerteh, Terengganu. Kerja-kerja pemasangan

peralatan elektrikal dan instrumen di tapak binaan yang baru ini, bermula dari pertengahan

bulan Oktober 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2016.

2
Rajah 2.1: Lokasi kerja Projek Terminal Gas Terengganu (TGAST)

3
2.2 DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Adalah menjadi satu dasar untuk MIE Industrial yang beroperasi menyediakan perkhidmatan
penyelenggaraan elektrik dan peralatan dalam bidang minyak dan gas, petrokimia dan
industri am dengan sedemikian cara bagi mengelakkan kecederaan kemalangan dan
pencemaran alam sekitar. Matlamat kami juga adalah untuk mengelakkan kerosakan pada
peralatan yang boleh menyebabkan kerugian.

Pihak pengurusan bertanggungjawab dan komited untuk:-

1. Mematuhi undang-undang yang berkaitan dan syarat-syarat lain.

2. Mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi memastikan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan serta persekitaran

3. Memastikan penambahbaikan berterusan dilakukan pada Sistem Pengurusan


OSHE dan prestasinya.

4. Memberikan latihan dan kesedaran dalam OSHE kepada semua pekerja dan
pihak-pihak berkepentingan.

5. Mengurus dan mengawal semua hazard di tempat kerja yang berkaitan dengan
tugas-tugas penyelenggaraan elektrik dan peralatan.

6. Mengambil langkah-langkah proaktif kearah pemuliharaan persekitaran.

4
2.3 CARTA ORGANISASI

Bagi projek Terminal Gas Terengganu yang baru dibina ini, yang terletak di Kerteh,

Terengganu, MIE Industrial diketuai oleh seorang Pengurus Projek yang dibantu oleh 2 orang

Pengurus Pembinaan dan Jurutera Projek. Dibawahnya terdapat beberapa divisyen seperti

pengurusan, Bahagian Jaminan dan Kawalan Kualiti, PenyeliaTapak, Bahagian Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan dan Bahagian Kawalan Bahan (Material Controller) serta dibantu

oleh divisyen yang lain. Untuk projek ini syarikat memperuntukkan seramai 273 pekerja

„direct‟ dan sub-kontraktor sebanyak 59 pekerja pada sesuatu masa untuk menjamin

perjalanan projek pemasangan peralatan „electrical & instrument‟ berjalan dengan lancar

tanpa mengalami masalah.

5
CARTA ORGANISASI PROJEK TERMINAL GAS TERENGGANU
MIE INDUSTRIAL SDN. BHD

Project Manager
Ezura Irfan

Administrative Quantity Surveyor


Azwa Mohd Ariff

SHO QA/QC Manager Electrical C. Manager Instrument C. Manager


Suhaimi Redzuan Zamzuri Robert

Lead SSS QA/QC Inspector Engineer Engineer


Amir Aizat Lan Lit Onn Aminuddin Faiz Fauzi
Hasif Amirul Asyraf Faiz Yatim
Zikri Zhafri
SSS Faisal
Akmal Alkahuri Assist. Engineer Assist. Engineer
Raja Anuar Afiq M. Khairuddin Fadli
Amir Hafiz Hafizan
Zulhaelmi Ahmad Irfan
Electrical & Instrument Supervisor

MIE Industrial Workers

Rajah 2.3: Carta organisasi Projek Terminal Gas Terengganu

6
2.4 AKTIVITI DAN PROSES KERJA

Aktiviti dan proses kerja bagi MIE bergantung kepada projek. Bagi tugasan ini, aktiviti dan

proses kerja yang dijalankan adalah untuk pembinaan loji yang baru untuk pemprosesan gas

dan MIE telah diamanahkan untuk menyiapkan kerja-kerja elektrikal dan instrumentasi di

tapak projek berkenaan. Projek kini dikenali dengan „Terengganu Gas Teminal Project‟ yang

yang terletak di Kerteh, Terengganu. Pelanggan bagi projek ini ialah Petronas Carigali Sdn

Bhd (PCSB), manakala kontraktor utama adalah Samsung Engineering Co Ltd. MIE

Industrial selaku sub-contraktor telah diberi tugas bagi kerja-kerja pemasangan alat-alat

elektrikal dan instrumen. Pelbagai aktiviti rutin dijalankan bagi menyiapkan kerja-kerja

pemasangan tersebut antaranya kerja-kerja mengangkat, pemasangan „cable tray‟,

pemasangan lampu, penarikan kabel, kerja-kerja mengimpal dan mencanai, kerja-kerja

memasang dan memotong serta kerja-kerja lain sepeti ujian kebocoran kabel (megger test)

dan ujian-ujian lain.

Prosesnya adalah sepertiberikut:

 Kerja-kerja pengorekkan, penarikan dan penanaman kabel elektrik dan

instrument (Rujuk Lampiran A.i).

 Pemasangan alat elektrik seperti „Transfomer‟, „Switch Gear‟, „Panel‟ dan lampu

(Rujuk Lampiran B. i,ii).

 Pemasangan alat-alat instrument seperti CCTV, „siren‟, „gauge‟ dan sebagainya

(Rujuk Lampiran C,i).

 Pemasangan „Cable Support‟&„Cable Tray‟ (Rujuk Lampiran D, i, ii).

 Kerja-kerja penyambungan kabel (Rujuk Lampiran E,i).

 Kerja-kerja pengujian dan pentauliahan

7
2.5 PERSEKITARAN KERJA

Keseluruhan kerja-kerja dilakukan ditapak projek. Tapak projek ini merupakan tapak yang

baru dibuka dan masih dalam pembinaan (construction). Disebabkan itu, terdapat pelbagai

hazard dan risiko yang wujud kepada pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung mahupun

tidak langsung didalam tapak projek berkenaan. Berikutan kerja yang di lakukan secara

serentak oleh beberapa sub-kontraktor yang lain seperti kerja-kerja mekanikal, kerja-kerja

awam dan pemasangan perancah menyebabkan hazard yang terdapat di tapak bina adalah

lebih tinggi. Selain daripada itu keadaan cuaca yang agak panas dan keadaan persekitaran

yang berdebu (berhabuk) serta bekerja dikawasan yang mengeluarkan bunyi yang tiggi yang

boleh membawa kesan yang buruk dari segi kesihatan pada pekerja itu sendiri.

Antara kerja-kerja yang berisiko tinggi di dalam tapak projek tersebut termasuklah:

 Aktiviti mengangkat.

 Bekerja ditempat tinggi.

 Kekemasan ditempat kerja.

 Penggunaan peralatan yang tidak selamat dan tidak sesuai dengan tugas yang

dijalankan.

 Pengurusan kabel yang tidak selamat.

 Perdedahan kepada cahaya yang tinggi yang dikeluarkan oleh aktiviti kimpalan.

 Terdedah kepada bunyi yang bising.

 Ergonomik.

8
3.0 OBJEKTIF

Objektif kajian atau tugasan tempat kerja ini ialah:

a) Mengenalpasti beberapa hazard yang lazimnya berlaku atau terhasil semasa aktiviti di

tapak pembinaan dan pekerja yang terdedah kepada hazard tersebut.

b) Menyenaraikan dan merekodkan hazard yang telah dikenalpasti serta pekerja yang

terdedah kepada hazard tersebut.

c) Menilai dan mentafsir semua hazard bagi menentukan tahap keseriusan risiko dan

keutamaannya.

d) Mencadangkan tindakan dan kawalan yang perlu diambil untuk menghapus atau

meminimakan hazard kepada pekerja yang terdedah secara langsung atau tidak

langsung kepada hazard tersebut berdasarkan Hirarki Pengawalan.

e) Mengkaji semula secara berterusan, keberkesanan tindakan dan langkah kawalan yang

telah dilaksanakan di tempat kerja.

9
4.0 KAEDAH

4.1 MENGENALPASTI HAZARD

Hazard ialah sesuatu sumber yang berpontensi mengakibatkan kemudaratan kepada

keselamatan, kesihatan, harta benda dan pekerjaan. Pendaftaran hazard perlu dilakukan untuk

menyenaraikan semua hazard yang terdapat di tempat kerja. Adalah menjadi praktis yang

sesuai bagi mengetahuai hazard yang separa tinggi dan keatas perlu didaftarkan supaya

hazard tersebut dapat dinilai dan dikawal sehingga ianya berada di paras minimum dan boleh

diterima seperti yang dipraktikkan.

Hazard juga boleh terjadi dan dikategorikan dalam beberapa faktor seperti sesuatu

aktiviti, kejadian yang berlaku, suatu perkiraan, fenomena, keadaan, sesuatu proses dan

sesuatu peristiwa. Sebelum hazard boleh diuruskan ianya mestilah dikenalpasti terlebih

dahulu. Semakin awal hazard dikenalpasti, semakin mudah untuk menguruskannya. Tidak

semua hazard wujud dengan sangat jelas dan mudah untuk dikenalpasti contohnya seperti

pendedahan kepada bunyi bising, bahan kimia dan sumber radiasi. Terdapat beberapa kaedah

yang telah digunakan dalam mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan bagi tujuan

tugasan tempat kerja ini seperti yang diterangkan di bawah.

 Pemeriksaan dan pemerhatian tempat kerja.

 Penilaian dokumen.

 Temubual dengan pekerja.

10
4.1.1 Pemeriksaan dan Pemerhatian Tempat Kerja

Melalui kaedah ini, keadaan sebenar yang berlaku di tempat kerja dapat dipantau dan

diteliti terutama sekali berkaitan proses dan cara kerja. Untuk projek ini, pemeriksaan dan

pemerhatian dijalankan setiap hari ketika pekerja melakukan tugasan harian mereka dan

menjalankan aktiviti „Walkabout‟ bersama pihak pengurusan dari semua pihak kontraktor

yang terlibat di dalam projek ini dilakukan dua kali dalam seminggu, ini bertujuan untuk

mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang masalah yang dihadapi dan cara yang betul atau

yang sesuai untuk pekerja melakukan tugasan tersebut (Rujuk Lampiran F.i). Semasa

melakukan pemeriksaan dan pemerhatian di tempat kerja secara berjadual yang

didokumenkan melalui senarai semak, banyak hazard yang telah dikenalpasti adalah

berpunca dari faktor-faktor seperti di bawah dan laporan disediakan berdasarkan pemantauan

yang telah dijalankan. Selain itu amalan yang seharusnya di lakukan setiap pekerja yang

terlibat dalam di tapak bina ini ialah menyenarai hazard yang terdapat di tapak bina dengan

cara mengisi borang „Unsafe Act, Unsafe Condition‟ (UAUC) dan borang „Behaviour

Observation Tools‟ (BOT) serta kemudiannya dihantar ke Bahagian Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan untuk dianalisa (Rujuk Lampiran G,i,ii).

i. Keadaan tidak selamat (Unsafe Condition) yang melibatkan kerosakan atau

ketidaksempurnaan pada mesin dan jentera, tiada pengadang keselamatan, tidak membuat

pemeriksaan secara berkala untuk semua jenis peralatan elektrik, jentera dan peralatan yang

digunakan, contohnya tiada „colour coding‟, „stickersafe for use‟ dan „daily checklis‟,

pengalihudaraan yang tidak sempurna, kekemasan tempat kerja, susunan dan penyimpanan

komponen yang telah dipotong, serta susunan peralatan kerja.

11
ii. Perbuatan tidak selamat (Unsafe Act) seperti melibatkan perlanggaran prosedur kerja

yang telah ditetapkan, tidak peka dan berlegar-legar di persekitaran yang bahaya, selain dari

itu tidak mencangkuk abah-abah (Double Lanyard) ketika melakukan kerja ditempat tinggi

(Not 100% Tie Off) dan tidak menggunakan peralatan (Lanyard) yang digunakan untuk kerja

di tempat tinggi (Rujuk Lampiran H.i). Ketika aktiviti-aktiviti mengangkat dijalankan

beban berlebihan yang tidak mampu ditampung oleh kren boleh membawa kesan yang buruk

jika tidak mematuhi prosedur mengangkat dan tidak memakai peralatan keselamatan yang

telah ditetapkan untuk setiap proses kerja yang dijalankan di dalam tapak bina.

4.1.2 Penilaian dokumen

Kaedah ini dilaksanakan melalui penilaian ke atas dokumen yang berkaitan seperti

rekod kemalangan dan kesihatan pekerja yang dapat memberi input tentang insiden yang

pernah dialami pekerja, mekanisme dan agen kecederaan, kos yang ditanggung oleh

organisasi dan nilai pampasan. Statistik ini dianalisis untuk memberi input tentang kewujudan

hazard tertentu di tempat kerja (Rujuk Lampiran I.i).

Penilaian dokumen juga dilakukan daripada senarai semak (checklist) yang telah

disediakan untuk mengenalpasti hazard secara menyeluruh yang merangkumi aspek

pengoperasian dan penyelenggaraan mesin, pengendalian bahan, dan keadaan persekitaran

kebersihan, kekemasan serta susun atur. Selain daripada itu, maklumat daripada bahan-

bahan penerbitan seperti akta-akta, peraturan, kod amalan dan statistik juga membantu

dalam mengenalpasti hazard di tempat kerja.

12
4.1.3 Temubual dengan pekerja

Kaedah ketiga yang telah digunakan untuk mengenalpasti hazard di tempat kerja ialah

temubual dengan pekerja. Soalan temubual dirangka bagi mendapatken reaksi pekerja tentang

pengetahuan mereka, pengalaman dan bagaimana mereka melakukan proses kerja serta tahap

kesedaran mereka tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta hazard yang

ada di sekeliling mereka. Daripada temubual ini juga, kesukaran mereka dalam

mengaplikasikan aspek keselamatan dan kesihatan ketika mereka menjalankan proses kerja

juga dapat dikenalpasti yang mungkin menjadi penyebab kepada hazard yang telah atau

mungkin berlaku.

4.2 KAEDAH PENAKSIRAN RISIKO

I. Penaksiran risiko atau menilai risiko antara langkah di dalam falsafah pengurusan

risiko.

II. Ia bertujuan untuk menentukan magnitud sesuatu risiko dan seterusnya membolehkan

risiko ini disusun mengikut tahap kekritikalannya. Secara dasarnya ia melibatkan dua

faktor terpenting iaitu :

 Kebarangkalian sesuatu kemalangan atau kecederaan itu akan berlaku.

 Keterukan kesan daripada hazard yang boleh menyebabkan sesuatu.

kemalangan atau kecederaan itu berlaku.

III. Definisi risiko ialah kombinasi kebarangkalian berlakunya kejadian berbahaya dalam

suatu jangkamasa atau situasi tertentu dan kesan keterukan samada kecederaan atau

penyakit kesihatan disebabkan hazard tersebut. Secara ringkasnya,

Risiko = Kebarangkalian (Probability) x Keterukan (Severity)

13
IV. Kebarangkalian sesuatu risiko ditentukan berdasarkan kekerapan sesuatu hazard itu

berlaku. Nilai kebarangkalian terjadinya sesuatu hazard adalah ditentukan seperti

dalam jadual 4.2.1

Nilai/
Kebarangkalian
Maksud
(Probability) Kadar

 Insiden yang sama pernah berlaku sebelum ini atau

kejadian nyaris yang berkemungkinan berlaku

semula. 5

Sangat Tinggi  Insiden berkemungkinan akan berlaku semula dalam

berbagai keadaan dan berulangkali semasa kilang

beroperasi atau telah berlaku lebih sekali dalam

setahun.

 Insiden tidak semestinya pernah berlaku

walaubagaimanapun faktor tambahan boleh

menyebabkannya berlaku.

 Insiden disyaki akan berlaku serta digambarkan pada 4

Tinggi senario yang boleh dipercayai. Insiden

berkemungkinan berlaku dalam banyak keadaan

semasa kilang beroperasi atau mungkin berlaku pada

suatu masa sekali dalam setahun.

14
 Insiden boleh berlaku jika dan hanya jika terdapat

faktor tambahan.
Sederhana
 Insiden mungkin berlaku sekali sepanjang tempoh 3

kilang beroperasi dan mungkin berlaku pada suatu

masa sekali dalam 5 tahun.

 Insiden memerlukan kombinasi banyak faktor

Rendah tambahan dan boleh berlaku tetapi memerlukan 2

banyak kegagalan sistem dan kawalan.

 Insiden sukar dipercayai boleh berlaku dan belum

Sangat Rendah pernah berlaku atau diketahui berlaku dalam 1

industri.

 Kemungkinan sangat rendah untuk berlaku

sepanjang tempoh kilang beroperasi.

Jadual 4.2.1: Nilai Kebarangkalian Hazard

15
V. Manakala keterukan sesuatu risiko ditentukan berdasarkan kesan hazard ke atas

keselamatan dan kesihatan pekerja. Jadual 4.2.2 menunjukkan jadual keterukan akibat hazard.

Keterukan
Maksud Nilai/Kadar
(Severity)

Sangat Tinggi Kematian, kecacatan sepenuhnya atau penyakit


5
kesihatan yang major dan tidak berbalik. Kerosakan

teruk kilang, peralatan atau kerugian > RM 100,000.00

Kecacatan separuh, penyakit kesihatan yang minor dan

Tinggi tidak berbalik. Kerosakan teruk kilang, peralatan atau 4

kerugian di antara RM 50,000.00-100,000.00

Kecederaan atau penyakit menghalang pekerja

Sederhana melakukan kerja (LTI) biasanya selama 4 hari 3

maksimum. Kerosakan kilang, peralatan di antara RM

25,000.00-50,000.00

Rawatan cemas, penyakit kesihatan minor (akut) dan

berbalik termasuk kes penghadang semasa kerja.


Rendah 2
Kerosakan pada peralatan menyebabkan keperluan

pembaikan segera di antara RM 10,000.00-25,000.00

Tiada kecederaan atau kesan sangat minima terhadap


Sangat Rendah 1
kesihatan. Kerosakan kecil pada peralatan <RM

10,000.00

Jadual 4.2.2: Keterukan Akibat Hazard

16
VI. Seterusnya, tahap kritikal sesuatu risiko ditentukan berdasarkan nilai magnitudnya

melalu jadual 4.2.3 dan jadual 4.2.4 atau pun jadual kualitatif penilaian :

KEBARANGKALIAN

KETERUKAN 1 2 3 4 5

5 5 10 15 20 25

4 4 8 12 16 20

3 3 6 9 12 15

2 2 4 6 8 10

1 1 2 3 4 5

Jadual 4.2.3: Matrik Risiko

RENDAH

SEDERHANA

TINGGI

Jadual4.2.4: Julat Risiko

17
Magnitud Tahap Risiko Kesan

 Risiko tidak boleh diterima.

 Langkah kawalan dan aktiviti perlu diperjelaskan


Tinggi
semula dan diletakkan untuk mengurangkan risiko
15-25
(H) dalam satu jangkamasa yang ditetapkan.

 Tindakan susulan perlulah didokumenkan dalam

borang penaksiran risiko termasuk tarikh siap.

 Risiko boleh diterima sekiranya ia telah dikurangkan

serendah yang praktik

 Aktiviti hanya boleh diteruskan dengan kebenaran

majikan selepas konsultasi daripada pakar.

Sederhana
 Kawalan sedia ada sudah mencukupi.
5-12
(M)
 Pemerhatian berterusan seperti pemeriksaan harian,

penyeliaan dan penguatkuasaan diperlukan untuk

memastikan perlaksanaan langkah kawalan.

 Tindakan susulan perlulah didokumenkan dalam

borang penaksiran risiko termasuk tarikh siap.

 Risiko terkawal melalui prosedur rutin.


Rendah
1-4
 Tiada langkah pengurangan risiko tambahan
(L)
diperlukan.

Jadual 4.2.5: Kualitatif Penilaian Risiko

18
5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN
5.1 Penyenaraian Hazard Yang Dikenalpasti

BIL HAZARD JENIS HAZARD

Kren kedudukan yang tidak stabil berikutan

permukaan yang lembut dan tidak rata serta Keselamatan


1
mengangkat beban yang berlebihan dan beban L3 X S5
terjatuh ketika kerja-kerja mengangkat.

Bekerja di tempat tinggi bagi memasang „cable


Keselamatan
2 tray‟, penarikan kabel dan pemasangan lampu
L4 X S5
dan objek atau peralatan jatuh dari tempat tinggi

Keselamatan
Tersandung atau terjatuh akibat susun atur tempat
3
kerja yang tidak diselenggara dengan baik. L2 X S2

Penggunaan mesin canai tanpa pengadang


Keselamatan
4 keselamatan atau salah penggunaan mata canai
L3 X S3
untuk kerja memotong ataupun mencanai.

Terkena kejutan elektrik akibat pengurusan kabel


Keselamatan
5 elektrik yang tidak teratur atau penggunaan kabel
L3 X S5
yang rosak.

Pendedahan secara langsung dengan cahaya


Kesihatan
6 berintensiti tinggi dari proses kimpalan ketika
L2 X S3
kerja penyambungan „cable tray‟.

19
Pendedahan kepada bunyi bising ketika kerja
Kesihatan
7 mencanai dan berkerja di persekitaran yang
L4 X S4
bising.

Membuat kerja dalam keadaan anggota badan


Kesihatan
8 tidak selesa dan terlalu lama bagi kerja-kerja
L3 X S4
mencanai, penarikan kabel pada sudut.

Jadual 5.1.1: Jadual Penyenaraian Hazad

20
5.2 KEUTAMAAN HAZAD

Berikut adalah jadual yang menunjukkann keutamaan hazad berdasarkan tahap anggaran

risiko.

BIL HAZARD RISIKO KEUTAMAAN

Pertembungan

Kedudukan kren yang tidak stabil dengan pekerja,

berikutan permukaan yang lembut dan boleh

1 tidak rata serta mengangkat beban yang menyebabkan Tinggi (15)

berlebihan dan beban terjatuh ketika kecederaan serius,

kerja-kerja mengangkat. merosakkan harta

benda.

Bekerja di tempat tinggi bagi memasang

cable tray, penarikan kabel dan Kecederaan


2 Tinggi (20)
pemasangan lampu dan objek atau kekal/ kematian.

peralatan jatuh dari tempat tinggi

Tersandung atau terjatuh akibat susun


Kecederaan
3 atur tempat kerja yang tidak diselenggara Rendah (4)
anggota badan.
dengan baik.

Penggunaan mesin canai tanpa

pengadang keselamatan atau salah Cedera parah,


4 Sederhana (9)
penggunaan mata canai untuk kerja kecaatan kekal.

memotong ataupun mencanai.

21
Terkena kejutan elektrik akibat

pengurusan kabel elektrik yang tidak Kematian, cedera


5 Tinggi (15)
teratur atau penggunaan kabel yang parah.

rosak.

Pendedahan secara langsung dengan

cahaya berintensiti tinggi dari proses Kerosakan pada


6 Sederhana (6)
kimpalan ketika kerja penyambungan mata. „Arc eye‟,

„cable tray‟

Pendedahan kepada bunyi bising ketika


Hilang atau rosak
7 kerja mencanai dan berkerja di Tinggi (16)
pendengaran.
persekitaran yang bising.

Membuat kerja dalam keadaan anggota Ergonomik, sakit

badan tidak selesa dan terlalu lama bagi belakang dan


8 Sederhana (12)
kerja-kerja mencanai, penarikan kabel sengal anggota

pada sesuatu sudut. badan.

Jadual 5.2.1: Jadual Keutamaan Hazad

22
5.3 SUSUNAN HAZARD BERDASARKAN RISIKO YANG DIPEROLEHI

Berdasarkan Jadual 5.2.1, hazard yang berisiko tinggi berdasarkan Matrik Keutamaan Risiko

dapat dikenal pasti. Berikut disenaraikan hazard mengikut turutan yang paling utama.

1. Bekerja di tempat tinggi bagi memasang „cable tray‟, penarikan kabel dan

pemasangan lampu dan objek atau peralatan jatuh dari tempat tinggi

2. Pendedahan kepada bunyi bising ketika kerja mencanai dan berkerja di persekitaran

yang bising.

3. Kren kedudukan yang tidak stabil berikutan permukaan yang lembut dan tidak rata

serta mengangkat beban yang berlebihan dan beban terjatuh ketika kerja-kerja

mengangkat.

4. Terkena kejutan elektrik akibat pengurusan kabel elektrik yang tidak teratur atau

penggunaan kabel elektrik yang rosak.

5 Membuat kerja dalam keadaan anggota badan tidak selesa dan terlalu lama bagi

kerja-kerja mencanai, penarikan kabel pada sudut.

6 Penggunaan mesin canai tanpa pengadang keselamatan atau salah penggunaan mata

untuk kerja memotong ataupun mencanai.

7 Pendedahan secara langsung dengan cahaya berintensiti tinggi dari proses kimpalan

ketika kerja penyambungan „cable tray‟.

8 Tersandung atau terjatuh akibat susun atur tempat kerja yang tidak diselenggara

dengan baik.

23
5.4 ANGGARAN RISIKO HAZARD YANG PALING KRITIKAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN DITEMPAT KERJA

Jenis Anggaran
Hazard Risiko S L
Hazard Risiko

Bekerja ditempat

tinggi bagi
Kematian, cedera
pemasangan
parahakibat terjatuh
Hazard „cable tray‟,
dari tempat tinggi
Keselamatan penarikan kabel, 5 4 20
dan kerosakan harta
pemasangan
benda.
lampu dan objek

terjatuh

Pendedahan

kepada bunyi

bising semasa
Hazard Hilang atau rosak
kerja mencanai,
Kesihatan pendengaran 4 4 16
memotong dan

pesekitaran yang

bising.

Jadual 4.4.1: Jadual Contoh Anggaran Risiko

Dari contoh anggaran risiko ini, dapat dilihat hazard terjatuh dari tempat yang tinggi dan

objek jatuh dan perdedahan kepada bunyi bising semasa kerja mencanai, memotong dan

bekerja dikawasan yang mengeluarkan bunyi bising adalah merupakan hazard yang berisiko

24
dan ia memerlukan langkah kawalan segera agar risiko dapat di kawal. Individu yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan langkah-langkah ini termasuklah mereka yang

memastikan langkah-langkah susulan dibuat perlu dikenalpasti dan harus melakukan

penaksiran risiko yang lebih terperinci sebagai satu cara untuk menentukan langkah-langkah

pengawalan yang lebih sesuai.

5.5 KESAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN KEPADA


ORGANISASI.
Berdasarkan jadual 4.4.1 dapat dikenalpasti bahawa hazard yang paling kritikal bagi aspek

keselamatan ialah bekerja di tempat tinggi bagi memasang„cable tray‟, pemasangan lampu,

penarikan kabel. Kesan bagi hazard ini kepada organisasi ialah jika terdapat pekerja yang

maut atau mengalami kecacatan kekal kerana risiko ini, pihak syarikat akan kehilangan

tenaga kerja mahir di samping menanggung kerugian yang besar akibat terpaksa membayar

pampasan. Rekod perkhidmatan syarikat juga akan tercemar dan boleh mendatangkan

kerugian dalam jangka masa yang panjang. Disamping itu juga, kesan-kesan lain yang

mungkin boleh terjadi akibat hazard ini ialah:

 Pekerja mati atau mendapat kecederaan kekal.

 Kerugian masa akibat penyiasatan.

 Kerugian wang akibat kos perubatan dan pengebumian.

 Kerugian masa dan wang bagi melatih pekerja baru.

 Tindakan undang-undang berikutan ketiadaan catch platform FMA (BOWEC)

1986.

 Merosakkan nama syarikat.

 Tekanan keatas keluarga mangsa.

 Syarikat gagal melengkapkan projek dalam tempoh sepatutnya.

25
Bagi aspek kesihatan pula, hazard yang dikenal pasti berisiko tinggi ialah akibat dari bunyi

bising yang terhasil dari kerja-kerja mencanai dan bekerja di kawasan yang mengeluarkan

bunyi yang bising seperti bekerja berdekatan peralatan yang mengeluarkan bunyi bising yang

agak tinggi contohnya berkerja berdekatan „Welding Generator‟, „Air Compressor‟,

berdekatan dengan „live plant‟ dan kerja-kerja „Testing dan Commissioning‟yang dijalankan.

Berikutan bunyi bising yang terhasil dari kerja-kerja tersebut (Rujuk Lampiran J.i,ii).

Kesannya kepada pekerja itu sendiri yang boleh mengalami kerosakan pendengaran pada

masa akan datang. Manakala pada organisasi pula ialah tenaga kerja yang berkhidmat adalah

tidak sihat dan tidak dapat menyumbang secara produktif kepada organisasi dan secara tidak

langsung mendatangkan kerugian. Organisasi juga mungkin terpaksa menanggung kos

rawatan yang tinggi sekiranya tahap kesihatan pekerja mereka menjadi semakin serius.

Kesan-kesan lain yang boleh terjadi dari hazard ini ialah:

 Produktiviti menurun.

 Tekanan keatas mangsa, boleh menyebabkan panas baran.

 Kerosakan sel cochlea sehingga pekak selamanya (Rujuk Lampiran K

,i,ii,iii).

 Pekerja berkemungkinan sukar mendapatkan pekerjaan selepas ini.

 Tekanan boleh mencetuskan bermacam-macam perkara negatif.

 Kerugian pada syarikat apabila perlu mencari pekerja ganti atau tambahan.

 Kerugian wang atas kos perubatan

26
6.0 SARANAN
6.1 Langkah-Langkah Kawalan Mengikut Kawalan Risiko
Langkah-langkah kawalan pencegahan dan kawalan pembetulan merupakan sistem

pengurusan risiko dan ianya sangat penting untuk memastikan hazard yang dikenalpasti dapat

dikurangkan mengikut hirarki kawalan risiko (Risk control hierarchy) seperti berikut:

Penghapusan

Penggantian

Pengasingan

Kawalan Kejuruteraan

Kawalan Pentadbiran

Peralatan Perlindungan Diri

Rajah 6.1: Hirarki Kawalan Risiko (Risk Control Hierarchy).

27
a) Penghapusan

Kaedah ini adalah dengan cara menghapuskan terus hazard atau amalan kerja yang

berbahaya dari tempat atau proses kerja. Sebagai contoh adalah dengan tidak langsung

menggunakan peralatan atau mesin yang menyumbang kepada hazard jentera, cara ini

adalah cara yang paling berkesan tetapi adakalanya ianya tidak dapat dipraktikkan

kerana untuk melengkapkan proses kerja peralatan atau mesin ini mesti digunakan.

b) Penggantian

Kaedah ini adalah dengan cara menggantikan atau menukar sesuatu hazard atau

amalan kerja yang berbahaya dengan sesuatu yang lebih kurang bahayanya.

c) Pengasingan

Kaedah ini adalah dengan cara mengasingkan hazard atau amalan kerja yang

berbahaya daripada pekerja yang tidak berkaitan dan tempat kerja umum. Ini

dilakukan dengan cara memasang penghadang tetap (hard barricade), pita penghadang

atau skrin penghadang.

d) Kawalan Kejuruteraan

Sekiranya ketiga-tiga perkara tidak dapat dilaksanakan, kawalan kejuruteraan mesti

dilakukan iaitu dengan mengubahsuai peralatan kerja atau menukar kaedah

menjalankan kerja bagi tujuan mengurangkan hazard atau risiko yang dikenalpasti.

28
e) Kawalan Pentadbiran

Kaedah yang diguna pakai dalam melaksanakan sistem kerja selamat. Beberapa

sistem dibangunkan seperti sistem permit untuk berkerja (PTW), garis panduan dalam

melaksanakan kerja, program-program lain seperti “daily tool box talk”, induksi

keselamatan projek, memasang poster dan artikel-artikel berkaitan, merancang syif

berkerja dengan baik dan sebagainya (Rujuk Lampiran L.i,,ii,iii,iv).

F) Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

Kaedah yang diguna pakai sebagai jalan terakhir, ianya tidak dapat menghapuskan

atau mengurangkan hazard tetapi ianya dapat mengurangkan kesan keatas individu

yang terdedah kepada hazard.

29
6.2 LANGKAH-LANGKAH KAWALAN HAZARD YANG PALING UTAMA.

Kupasan langkah-langkah kawalan di atas adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 6.2.1 adalah bagi hazard keselamatan paling kritikal dan Jadual 6.2.2 bagi hazard

kesihatan paling kritikal.

Langkah-langkah kawalan hazard keselamatan untuk bekerja di tempat tinggi:

LANGKAH PENERANGAN

 Setelah dikaji dan diteliti didapati kaedah ini tidak dapat digunakan
Penghapusan
kerana proses kerja adalah wajib dilakukan.

 Setelah dikaji dan diteliti didapati kaedah ini tidak dapat digunakan

Penggantian kerana terdapat alatan yang memang perlu dipasang di tempat yang

tinggi .

 Aktiviti pemasangan „cable tray‟, penarikan kabel dan pemasangan

lampu (bekerja di tempat tinggi) seharusnya diasingkan daripada

aktiviti lain yang dilakukan oleh kontraktor yang terlibat di dalam

projek ini dan tidak seperti sekarang dimana kerja-kerja yang


Pengasingan
dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang lain dilakukan secara

bertindih atau melakukan aktiviti yang berlainan pada satu-satu

kawasan atau tempat.Pita penghadang dan papan petanda mestilah

di pasang di setiap kawasan dimana kerja-kerja sedang dijalankan.

 Memasang perancah bagi memastikan pekerja yang bekerja di

Kawalan tempat tinggi berkedudukan selesa dan selamat.

Kejuruteraan  Mengikat peralatan yang digunakan menggunakan tali untuk

mengelakkan dari jatuh.

30
 Mengehadkan jumlah pekerja yang terlibat bagi aktiviti bekerja
ditempat tinggi bagi mengurangkan peratus kemungkinan mangsa.
 Mewujudkan Prosedur Kerja Selamat sebagai panduan kepada
pekerja.
 Memberi latihan Bekerja di Tempat Tinggi kepada pekerja.
 Mengadakan sistem permit untuk bekerja (PTW), serta pemantauan
secara berkala. (Rujuk lampiran M. i,ii).
 Memberi kesedaran kepada pekerja tentang bahaya-bahaya bekerja
Kawalan di tempat tinggi
Pentadbiran  Memberi latihan-latihan berterusan kepada perkerja berkenaan
dengan keselamatan.
 Menampal poster yang berkaitan hazard bekerja ditempat tinggi di
kawasan kerja (tapak bina)
 Menjalankan „Toolbox Meeting‟ sebelum melakukan kerja
 Menyenarai hazard di dalam „Safety Task Assignment‟ sebelum
melakukan sebarang aktiviti kerja
 Membuat pengesahan doktor sebelum seseorang dibenarkan bekerja
di tempat tinggi. (Rujuk Lampiran N. i,ii)
 Memberi dan melatih pekerja menggunakan Abah-Abah

Keselamatan yang mempunyai „double lanyard‟.

 Penambahan ke atas PEE seperti penggunaan „Suspension Trauma‟


PPE
ke atas Full Body Harness dan mendedahkan pekerja dengan PEE

asas yang lain (Rujuk Lampiran O. i,ii).

 Menguatkuasakan dengan tegas penggunaan PPE .

Jadual 6.2.1: Langkah-langkah Kawalan dan Penerangannya bagi Hazard Keselamatan


Paling kritikal

31
Langkah-langkah kawalan hazard kesihatan untuk perdedahan kepada bunyi yang tinggi.

LANGKAH PENERANGAN

 Setelah dikaji dan diteliti kaedah ini tidak dapat digunakan kerana ianya

bergantung kepada teknologi dan kehendak pelanggan. Kerja-kerja perlu


Penghapusan
menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang tinggi dan

bekerja di kawasan yang terdedah bunyi bising.

 Tiada penggantian yang boleh dibuat berikutan kerja-kerja mencanai

Penggantian diperlukan bagi kerja-kerja tersebut. Dan pekerja terpaksa melakukan

aktiviti harian mereka di kawasan yang terdedah kepada bunyi bising.

 Seboleh mungkin, kerja-kerja yang dilakukan mestilah disingkan dari

pekerja-pekerja lain yang tidak terlibat. Elakkan sebarang kerja mencanai

dikawasan kerja-kerja tumpuan dan ramai orang.


Pengasingan
 Penghadang dan papan tanda mesti dipasang sebagai petunjuk bahawa

orang yang tidak terlibat seharusnya tidak memasuki kawasan kerja

tersebut

Kawalan  Tiada.
Kejuruteraan
 „Refresher training‟ iaitu latihan secara ringkas diberikan sekurang-

kurangnya sebulan sekali kepada pekerja yang terdedah kepada bunyi.

Penyelia atau „safety promoter‟ mestilah memberi penerangan ringkas

tentang keselamatan kesihatan dan kesan-kesan dari bunyi bising yang


Kawalan
Pentadbiran terhasil terhadap system pendengaran mereka setiap hari sebelum

memulakan kerja „toolbox meeting‟.

 Pemantauan pendedahan dengan pengukuran kekuatan terhadap bunyi

bising (Rujuk Lampiran P. i,ii).

32
 Meletakkan papan tanda bagi mengingatkan pekerja tentang pemakaian

PPE.

 Meletakkan papan tanda dikawasan yang mengeluarkan bunyi yang

tinggi.

 Memberi kesedaran berterusan tentang hazard kesihatan serta kesan

jangka masa panjang kepada pekerja.

 Mengadakan kempen-kempen berkaitan dengan kesihatan di tempat kerja.

 Menyenarai hazard di dalam „Safety Task‟ Assignment sebelum

melakukan sebarang aktiviti kerja

 Pengurangan pendedahan bising dengan mengadakan syif antara pekerja

yang terdedah dengan pekerja yang berada dikawasan yang tenteram.

 Memberi dan melatih pekerja menggunakan PPE yang bersesuaian

dengan tugas.dedah kepada bunyi yang bising

 Pemakaian PPE yang asas untuk seseorang pencanaiberupa pakaian kerja,

kasut keselamatan, helmet keselamatan, cermin mata keselamatan dan

pelindung muka (face shield), pelindung pendengaran (ear plug/ear

muff), pelindung pernafasan yang paling asas (dust mask) dan sarung
PPE
tangan diwajibkan pengunaannya.

 Perlu dipastikan bahawa pekerja yang terdedah kepada bunyi mestilah

memakai alat pelindung pendengaran yang sesuai (ear plug/ear muff) bagi

mengurang atau mengawal hazard ini.

 Menekankan dengan tegas tentang penggunaan PPE dengan mengadakan

audit.

Jadual 6.2.2: Langkah-langkah Kawalan dan Penerangannya bagi Hazard


KesihatanPaling Kritikal

33
6.3 SEMAKAN SEMULA
Langkah Semakan-Semula yang dicadangkan terhadap langkah-langkah
kawalan dalam sub-topik 6.1
i. Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan syarikat ( Bahagian IV

Seksyen 16 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ) agar

objektifnya selaras dengan langkah-langkah kawalan yang dibuat bagi

mengurangkan atau menghapuskan sebarang hazard yang terbit dari kerja dan

persekitarannya.

ii. „Standard Operating Procedure‟ perlu dikaji semula dari masa ke semasa bagi

menentukan keberkesannya atau jika ada perubahan yang melibatkan proses,

pekerja, dan persekitaran kerja. Statistik kemalangan yang berkait dengan

aktiviti ini juga perlu diambil kira semasa membuat pindaan keatas SOP itu.

iii. Membuat pengukuran semula bagi pendedahan bunyi bising sama ada secara

individu atau kawasan selaras dengan kehendak Akta Kilang dan Jentera 1967

dibawah Peraturan – Peraturan kilang dan jentera ( Pendedahan Bising ) 1989

Bahagian III Peraturan 8 ( 2 ).

iv. Membuat Pengawasan Kesihatan oleh doktor kesihatan pekerjaan keatas pekerja

yang terlibat dalam aktiviti ini bagi mengesan apa-apa simptom penyakit yang

berpunca dari stress haba, bunyi bising atau kecederaan yang akibat bersentuhan

dengan permukaan panas.

v. Membuat pemeriksaan tempat kerja dan audit keselamatan secara berjadual

keatas unit kerja yang terbabit. Pemeriksaan dan audit ini perlu di selaraskan

dengan kehendak-kehendak perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

contohnya Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( Act 514 ) dan

Akta Kilang dan Jentera 1969 (Act 139) atau garis panduan yang dikeluarkan

34
oleh jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ( JKKP ) berkenaan kerja di

tempat panas jika ada.

vi. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang dibentuk dibawah seksyen 30

(Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994) hendaklah memainkan peranan

yang lebih berkesan dengan membuat pemantauan terhadap program – program

yang telah dilaksanakan dan statistik kemalangan yang berkait dengan kerja

dan membuat cadangan bagi mengurangkan atau menghapuskan impak dari

hazard yang timbul kepada pihak majikan.

6.4 KEUNTUNGAN DARIPADA SARANAN


Cadangan ini adalah untuk kebaikan majikan dan pekerja amnya:-

i. Dengan adanya kaedah kawalan yang sistematik dan cadangan yang effisen

seperti di atas sebarang kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris dan

penyakit perkerjaan yang berkaitan dengan aktiviti mencanai dapat dibenteras atau

dikurangkan ketahap seminimum yang mungkin.

ii. Mematuhi kehendak perundangan keselamatan dan kesihatan perkerjaan

sebagaimana sebagai contoh yang dinyatakan dalam seksyen 15 (1) ( Akta

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ) yang mengkehendaki majikan agar

memastikan setakat yang praktik keselamatan , kesihatan dan kebajikan pekerjanya.

iii. Mutu kerja dan produktiviti pekerja akan meningkat sejajar dengan

meningkatnya tahap keselamatan dan kesihatan sesebuah syarikat.

35
iv. Secara tidak langsung dengan ada sistem pengurusan risiko yang effisyen ,

kadar cuti sakit yang diambil oleh pekerja boleh dikurangkan. Ini kerana pendedahan

mereka kepada risiko contohnya pendedahan pekerja terhadap bunyi bising.

v. Paling utama dengan cadangan dan langkah kawalan hazard yang baik, majikan

dapat mengurangkan kos tidak diinsurankan atau tersirat ( hidden-cost ) yang biasanya

perlu ditanggung oleh majikan jika berlaku sebarang kemalangan seperti kos

pengeluaran , kos “over time”, kos denda dari pihak berkuasa dan sebagainya.

Majikan boleh memperolehi unjuran keuntungan yang lebih baik dalam jangka masa

panjang.

6.5 Satu contoh mudah kerugian akibat kemalangan:-

Seorang pekerja yang bergaji RM75 sehari tercedera akibat kemalangan, dibawa untuk

rawatan, kos rawatan sebanyak RM 500 dikenakan dan diberi cuti sakit selama lima hari.

Gaji harian = RM 75 X 5 = RM 325

Kos rawatan = RM 500 = RM 500

Jumlah = RM 825

Contoh tersebut adalah antara contoh yang amat mudah, bayangkan sekiranya lebih

dari seorang yang tercedera dan kecederaan yang dialami lebih parah. Bayangkan sekiranya

kemalangan tersebut mengakibatkan kerosakan harta benda yang lain, yang melibatkan jutaan

ringgit. Bayangkan sekiranya pihak syarikat dibawa ke mahkamah untuk menghadapi proses

perundangan. Tentunya kerugian yang ditanggung akan lebih besar lagi. Reputasi syarikat

36
juga pasti akan terjejas sekaligus sukar untuk mendapatkan peluang perniagaan di masa akan

datang.

Melalui contoh mudah yang dinyatakan, ianya pasti dapat menyakinkan pihak syarikat

bahawa sekiranya hazard di tempat kerja dapat dihapuskan atau dikawal dengan baik, sudah

tentu kerugian yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan dapat dielakkan, bererti memberi

keuntungan kepada syarikat dan menjamin perniagaan akan terus berkembang.

37
7.0 RUJUKAN DAN SUMBER

7.1 Rujukan Buku

I) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-

peraturan, MDC Publishers Printers Sdn Bhd, 2004.

II) Factories and Machinery Act with Regulations. MDC Publishers Printers Sdn

Bhd. 2003.

III) Pasport Keselamatan NIOSH-Minyak & Gas, Institut Keselamatan Dan

Kesihatan Pekejaan Negara (NIOSH).

IV) Safety and Health Officer Course Notes (Modul 1 - Modul 4), NIOSH

Malaysia.

7.2 Rujukan Laman Web

i) Pertubuhan keselamatan social, 1 November 2012, www.perkeso.com.my .

Ii) National Institute of Occupational Safety And Health,, 28 Oktober 2012,

www.niosh.com.my/en/.

38
Rujuk Lampiran A.i

Rujuk Lampiran B .i,ii

39
Rujuk Lampiran C,i

Rujuk Lampiran D. i, ii

40
Rujuk Lampiran E. i

41
Rujuk Lampiran F. i

42
Rujuk Lampiran G. i

43
Rujuk Lampiran H. i

Double Lanyard 100% tie 0ff

44
Rujuk Lampiran I. i

45
Rujuk Lampiran J. i, ii

46
Rujuk Lampiran K. i, ii.iii

sel-sel cochlea baik sel-sel cochlea yang rosak

47
Rujuk Lampiran L. i, ii, iii, iv

48
49
Rujuk Lampiran M. i, ii

50
Rujuk Lampiran N. i, ii

51
Rujuk Lampiran O. i, ii

SAFETY
SAFETY HELMET
GLASSES
EAR MUFF

SAFETY HARNESS
COVERALL

SAFETY GLOVE

SAFETY SHOES

SUSPENSION
TRAUMA

52
Rujuk Lampiran P. i, ii

53
54

You might also like