You are on page 1of 45

Bab 5 : Ungkapan

Algebra
5.1 Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
Mewakilkan Pemboleh Ubah
Dalam matematik, kuantiti yang tidak diketahui nilainya diwakili dengan huruf dan dikenali
sebagai pemboleh ubah. Misalnya, huruf 𝑘 dan 𝑥 ialah pemboleh ubah dengan keadaan :

Pemboleh Ubah

Nilai yang berubah Nilai yang tetap

𝑘 𝑥
(bilangan kuih) (harga sekeping kuih)
Latihan 1
Wakilkan kuantiti yang tidak diketahui nilainya dengan huruf yang sesuai. Seterusnya, nyatakan sama
ada pemboleh ubah itu mempunyai nilai yang tetap atau nilai yang berubah. Jelaskan jawapan anda.
(a) Karim memberi Muthu beberapa batang pensel.
(b) Miza menerima sejumlah faedah setelah genap satu tahun dia menyimpan wang di akaun deposit
tetap sebuah bank dengan kadar faedah yang tertentu.
Penyelesaian
(a) Katakan 𝑥 = bilangan pensel yang diterima oleh Muthu
𝑥 mempunyai nilai yang berubah bergantung pada keputusan Karim.
(b) Katakan 𝑦 = faedah yang diterima oleh Miza
𝑧 = kadar faedah
𝑧 mempunyai nilai yang berubah bergantung pada kadar faedah dan wang simpanan Miza.
5.1 Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
Menerbitkan Ungkapan Algebra
▪Umur Hariz ialah 8 tahun.
Umurnya selepas 4 tahun ialah 8 + 4 = 12 tahun.
Umurnya selepas 7 tahun ialah 8 + 7 = 15 tahun.
Umurnya selepas 𝑥 tahun ialah (8 + 𝑥) tahun.
▪ Ungkapan algebra ialah gabungan pemboleh ubah, nombor dan tanda operasi (+, − ,× dan ÷)
untuk mewakili suatu situasi.
Latihan 2
Panjang kereta B adalah 45 cm lebih pendek daripada panjang kereta A.
(a) Jika panjang kereta A ialah 460 cm, berapakah panjang kereta B?
(b) Jika panjang kereta A ialah 𝑝 cm , terbitkan satu ungkapan algebra bagi panjang kereta B.
Latihan 3
(a) Panjang sebuah bingkai foto yang berbentuk segi empat tepat ialah 12 cm. Lebar bingkai itu
ialah 9 cm. Tulis satu ungkapan untuk menunjukkan pengiraan luas dua buah bingkai foto.
(b) Jika panjang bingkai foto itu ialah 𝑥 cm dan lebar bingkai ialah 𝑦 cm, tulis satu ungkapan
algebra bagi luas dua buah bingkai foto.

9 cm

12 cm
5.1 Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
Menentukan Nilai Ungkapan Algebra
Latihan 4
Cari nilai ungkapan algebra 6𝑥 − 8𝑦, diberi 𝑥 = 5 dan 𝑦 = −2.
Latihan 5
Tambang teksi dihitung berdasarkan ungkapan RM (𝑎 + 0.90𝑏), dengan RM𝑎 sebagai tambang
mula apabila penumpang manaiki teksi dan 𝑏 km ialah jarak perjalanan teksi. Jika 𝑎 = 3 dan
𝑏 = 7, berapakah tambang teksi ?

Tanda kurung boleh digunakan untuk


mewakili operasi darab.
5 × 1 + 2 × 2 = 5 1 + 2(2)
5.1 Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
Mengenal Pasti Sebutan Suatu Ungkapan dan Pekali Suatu Sebutan
▪Dalam suatu ungkapan algebra, bahagian-bahagian yang dipisahkan oleh tanda + atau − dinamakan sebutan.
3𝑥 + 8𝑦 − 7 mempunyai 3 sebutan iaitu 3𝑥, 8𝑦 dan − 7.
▪3𝑥 dan 8𝑦 dikenali juga sebagai sebutan algebra. Sebutan algebra ialah hasil darab pemboleh ubah dengan suatu
nombor.
▪Nombor 3 dan 8 dalam sebutan algebra 3𝑥 dan 8𝑦 ialah pekali bagi 𝑥 dan 𝑦. Secara umum, pekali bagi suatu pemboleh
ubah dalam suatu sebutan algebra ialah faktor-faktor lain dalam sebutan itu
▪Sebutan -7 yang tidak mempunyai pemboleh ubah dikenali sebagai pemalar.
Peta Pemikiran
Sebutan dalam suatu ungkapan algebra

Pemboleh ubah = 𝑥
3𝑥 Pekali = 3

Pemboleh ubah = 𝑦
3𝑥 + 8𝑦 − 7 8𝑦 Pekali = 8

−7 Sebutan pemalar
Latihan 6
Berdasarkan ungkapan algebra 6𝑚 − 8 − 𝑛 + 3𝑝𝑞, nyatakan
(a) bilangan sebutan dalm ungkapan itu,
(b) pekali bagi 𝑚,
(c) pekali bagi 𝑛,
(d) pekali bagi 𝑝𝑞,
(e) pekali bagi 𝑝,
(f) sebutan pemalar.
5.1 Pemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra
Sebutan Serupa dan Sebutan Tidak Serupa
▪Perhatikan pasangan sebutan yang berikut.
8ℎ 3ℎ

Sebutan mempunyai pemboleh ubah yang


sama, ℎ, dan kuasa ℎ ialah 1.
8ℎ dan 3ℎ ialah sebutan serupa.

2𝑘 2 −7𝑘 2

Sebutan mempunyai pemboleh ubah yang


sama, 𝑘, dan kuasa 𝑘 ialah 2.
2𝑘 2 dan −7𝑘 2 ialah sebutan serupa.
▪Perhatikan sebutan-sebutan yang berikut.
2𝑝 3𝑑 9𝑘

Sebutan mempunyai pemboleh ubah yang


berbeza.
2𝑝, 3𝑑 dan 9𝑘 ialah sebutan tidak serupa.

2𝑐 6𝑐 2 𝑐3

Sebutan mempunyai pemboleh ubah yang


sama tetapi kuasa pemboleh ubah itu berbeza.
5𝑐, 6𝑐 2 dan 𝑐 3 ialah sebutan tidak serupa.

▪Sebutan serupa ialah sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang sama dan kuasa pemboleh
ubah itu juga sama.
▪Sebutan tidak serupa ialah sebutan yang mempunyai pemboleh ubah yang berbeza atau pemboleh
ubah yang sama tetapi kuasa pemboleh ubah itu berbeza.
Latihan 7
Antara pasangan sebutan berikut, yang manakah ialah sebutan serupa dan sebutan tidak serupa?
(a) 𝑥 dan −1.5𝑥
(b) 7𝑓 dan 8𝑓ℎ
1
(c) 15𝑚 dan 2 𝑚2
Revisi 5.1
1. Wakilkan kuantiti yang tidak diketahui nilai dengan huruf yang sesuai. Seterusnya, nyatakan
sama ada pemboleh ubah itu mempunyai nilai yang tetap atau nilai yang berubah. Jelaskan
jawapan anda.
(a) Seutas reben dengan panjang tertentu dipotong kepada beberapa kerat yang sama
panjang.
(b) Zulkifli menukar sejumlah wang dalam RM kepada mata wang Singapura mengikut kadar
pertukaran tertentu.
Revisi 5.1
2. Umur Tom ialah 12 tahun. Cari umurnya selepas
(a) 3 tahun
(b) 5 tahun
Seterusnya, terbitkan satu ungkapan algebra bagi umur Tom selepas 𝑥 tahun.
Revisi 5.1
3. Luas dapur adalah 12𝑚2 kurang daripada luas ruang tamu.
(a) Jika luas ruang tamu ialah 150𝑚2 , berapakah luas dapur?
(b) Jika luas ruang tamu ialah 𝑟 𝑚2 , terbitkan satu ungkapan algebra bagi luas dapur.
Revisi 5.1
4. (a) Sebuah segi empat tempat mempunyai panjang 50 cm dan lebar 40 cm. Tulis satu
ungkapan yang menunjukkan pengiraan perimeter segi empat tepat itu.
calculation for the perimeter of the rectangle.
(b) Jika panjang segi empat tepat itu ialah 𝑚 cm dan lebar 𝑛 cm, tulis satu ungkapan algebra
bagi perimeter segi empat tepat itu.
Revisi 5.1
5. Cari nilai bagi 4𝑥 − 1 apabila
4
(a) 𝑥 = 1 (b) 𝑥 =
7
Revisi 5.1
6. Cari nilai bagi 4𝑎 + 8𝑏 apabila
(a) 𝑎 = 6 dan 𝑏 = 4
Revisi 5.1
7. Cari nilai bagi 𝑐 2 − 2𝑐𝑑 apabila
(a) 𝑐 = −2 dan 𝑑 = 4
Revisi 5.1
8. Perimeter sebuah segi empat sama dengan panjang 𝑝 cm ialah 4𝑝 cm. Hitung perimeter segi
empat sama itu apabila
(a) 𝑝 = 6
(b) 𝑝 = 11
Revisi 5.1
9. Berdasarkan ungkapan algebra −4𝑚𝑛 + 𝑝 − 11, nyatakan
(a) bilangan sebutan dalam ungkapan itu,
(b) pekali bagi 𝑝,
(c) pekali bagi 𝑚𝑛,
(d) pekali bagi 𝑚,
(e) pekali bagi 𝑛,
(f) sebutan pemalar.
Revisi 5.1
10. Linda membengkokkan seutas wayar besi untuk membentuk sebuah segi empat tepat
dengan panjang 𝑝 cm dan lebar 𝑞 cm.
(a) Terbitkan satu ungkapan algebra bagi perimeter segi empat tepat itu.
(b) Jika 𝑝 = 5 dan 𝑞 = 3, berapakah panjang, dalam cm, wayar itu ?
Revisi 5.1
11. Nyatakan bilangan sebutan dalam setiap ungkapan algebra yang berikut.
(a) 𝑎 − 𝑏 + 5𝑐 − 9
(b) 3𝑝𝑞 − 𝑝𝑞𝑟 + 1
Revisi 5.1
12. Antara pasangan sebutan berikut, yang manakah ialah sebutan serupa dan sebutan tidak
serupa?
(a) 5𝑗 𝑑𝑎𝑛 5𝑘
(b) 2𝑤 𝑑𝑎𝑛 − 18𝑤
(c) 9𝑡 𝑑𝑎𝑛 6𝑠𝑡
(d) 1.2𝑥𝑦 𝑑𝑎𝑛 81𝑦𝑥
5.2 Ungkapan Algebra yang Melibatkan
Operasi Asas Aritmetik
Menambah dan Menolak Ungkapan Algebra
▪Kita boleh menambah atau menolak dua atau lebih ungkapan algebra dengan mengumpulkan
sebutan-sebutan serupa.
Penambahan dua atau lebih ungkapan algebra
Latihan 8
Permudahkan 3𝑎 + 5𝑏 + (4𝑎 − 7𝑏)
Penolakan dua atau lebih ungkapan algebra
Latihan 9
Permudahkan 5𝑝 − 3 − (−2𝑝 + 7).
5.2 Ungkapan Algebra yang Melibatkan Operasi Asas
Aritmetik
Pendaraban Berulang Ungkapan Algebra
▪Konsep kuasa itu juga diaplikasikan pasa pemboleh ubah. Iaitu,
𝑎 × 𝑎 = 𝑎2 dan 𝑎 × 𝑎 × 𝑎 = 𝑎3
▪Pendaraban berulang juga boleh dilakukan pada ungkapan algebra.
Latihan 10
Tulis setiap yang berikut dalam bentuk kuasa.
(a) (3ℎ − 1)(3ℎ − 1)
(b) (6𝑝 + 7)(6𝑝 + 7)(6𝑝 + 7)(6𝑝 + 7)
Latihan 11
Tulis setiap yang berikut sebagai pendaraban berulang.
(a) (5 − 2𝑥)3
5.2 Ungkapan Algebra yang Melibatkan Operasi Asas
Aritmetik
Mendarab dan Membahagi Ungkapan Algebra
Pendaraban ungkapan algebra
Latihan 12
Permudahkan :
(a) −2𝑎𝑐 2 × 5𝑎𝑏𝑐 × 3𝑐

Sebutan algebra biasanya


ditulis dengan nombor di
hadapan dan diikuti dengan
pemboleh ubah dalam urutan
abjad.
Pembahagian ungkapan algebra

Tulis pembahagian dalam bentuk pecahan, iaitu


𝑎
𝑎÷𝑏 =
𝑏

Tulis sebutan algebra sebagai hasil darab nombor


dengan pemboleh ubah.

Permudahkan dengan memansuhkan nombor


dan pemboleh ubah pada pengangka dan
penyebut.
Latihan 13
Cari hasil bahagi bagi − 12𝑑 2 𝑒 ÷ 8𝑑𝑒 2 .
Penyelesaian
−12𝑑 2 𝑒
−12𝑑 2 𝑒 ÷ 8𝑑𝑒 2 =
8𝑑𝑒 2
-3
−12×𝑑×𝑑×𝑒
=
2 8×𝑑×𝑒×𝑒
3𝑑
=−
2𝑒
Latihan 14
Permudahkan :
(a) 7𝑚2 𝑛 ÷ 2𝑚𝑛 × 6𝑚𝑝
Latihan 14
Permudahkan :
(b) 4𝑎𝑏 × 2𝑎𝑏𝑐 ÷ (−20𝑎3 𝑏)
Revisi 5.2
1. Cari hasil tambah dua atau lebih ungkapan algebra yang berikut.
(a) 𝑥 − 3𝑦 − 1, −𝑦 − 3, 2𝑥 + 5
Revisi 5.2
1. Cari hasil tambah dua atau lebih ungkapan algebra yang berikut.
(b) 5𝑥 − 4𝑦 , 𝑥 + 2𝑦 − 3, −5𝑥 + 𝑦
Revisi 5.2
2. Permudahkan setiap yang berikut.
(a) −(−4ℎ + 5)
(b) −5𝑝 − 4 + (9𝑝 − 1)
Revisi 5.2
3. Permudahkan setiap yang berikut.
(a) 7𝑔 − 17 − (−6𝑔 − 23)
(b) 2𝑢 − 7𝑣 + 1 − (𝑢 − 4𝑣 − 12)
Revisi 5.2
4. Permudahkan setiap yang berikut.
(a) 𝑥 − 2𝑦 − −9𝑥 − 4𝑦 − (7 + 3𝑥)
(b) 2𝑥 + 7𝑦 − 5𝑥 + 14𝑦 − 3 − (𝑦 − 3𝑥 + 2)
Revisi 5.2
5. Permudahkan setiap yang berikut.
(a) 7𝑑𝑒 × 3𝑑𝑒 2 (b) 6𝑎2 𝑏 ÷ 28𝑎𝑏𝑐
Revisi 5.2
5. Permudahkan setiap yang berikut.
(c) −9𝑘ℎ × (−ℎ2 𝑗) (d) −14𝑥𝑦 2 𝑧 ÷ (−21𝑥𝑦𝑧 2 )
Revisi 5.2
6. Permudahkan setiap yang berikut.
(a) 8𝑏𝑐 × 𝑐𝑑 ÷ 4𝑐
(b) 𝑚2 𝑛 ÷ −5𝑚𝑝2 × (−15𝑛𝑝)
(c) −3𝑥𝑦 ÷ (−6𝑥 3 𝑧) × (4𝑥𝑦𝑧)
Revisi 5.2
7. Jisim Najwa ialah (7𝑒 − 3𝑓) kg manakala jisim Sue Chin ialah (3𝑒 + 2𝑓 − 5) kg. Sue Chin
adalah lebih berat daripada Najwa. Berapakah beza antara jisim mereka ?
Info Rumusan
Mewakili pemboleh ubah Menerbit ungkapan algebra Menentukan nilai ungkapan
dengan huruf berdasarkan situasi algebra
Apabila 𝑥 = 3
Sebilangan buku = 𝑥 buku
5𝑥 − 𝑥 2 = 5 3 − 3 2
=6

Mengenal pasti sebutan dalam Mengenal pasti sebutan serupa Menambah dan menolak
ungkapan algebra dan sebutan tidak serupa ungkapan algebra

Sebutan dalam 2𝑥 + 3: 2𝑥, 3 Sebutan serupa : 5𝑎𝑏, −3𝑎𝑏 5𝑎𝑏 + 1 − 3𝑎𝑏 = 2𝑎𝑏 + 1
Pekali bagi 𝑥 dalam 2𝑥: 2 Sebutan tidak serupa :3𝑥, 0.7𝑝 𝑥 − 2𝑦 − −3𝑥 = 4𝑥 − 2𝑦

Mendarab dan membahagi


Memahami pendaraban
ungkapan algebra yang
berulang ungkapan algebra
mengandungi satu sebutan.

(𝑎 + 1)2 = (𝑎 + 1)(𝑎 + 1) 10𝑎3 ÷ 2𝑎𝑏 × 3𝑏𝑐


10𝑎3
= × 3𝑏𝑐 = 15𝑎2 𝑐
2𝑎𝑏

You might also like