Panduan Ringkasan T1

You might also like

You are on page 1of 2

PANDUAN MENULIS RINGKASAN

a) Murid akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk diringkaskan.

b) Petikan tersebut sekitar 220 hingga 300 patah perkataan.


Contoh: … tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan permainan tradisional.

Murid perlu meringkaskan isi-isi yang berkaitan dengan kepentingan permainan


tradisional sahaja.

c) Murid diminta menggaris kata kunci yang diberi dan fahami maksud kata kunci
tersebut.

d) Contoh kata kunci yang mungkin dikemukakan dalam soalan


ringkasan termasuklah:

 sebab-sebab /faktor-faktor /punca-punca


 kesan-kesan /implikasi /impak
 kepentingan /kebaikan /faedah
 keburukan /kelemahan
 kekangan /masalah /halangan
 tugas /peranan /tanggungjawab
 langkah-langkah /usaha-usaha /cara-cara

e) Kemudian, murid diminta membaca petikan dengan teliti dan menggaris ayat-
ayat yang merupakan isi-isi penting berdasarkan kehendak soalan.  Nomborkan setiap
isi yang telah digaris.

f) Murid tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang diulang atau
membawa maksud yang sama dalam ringkasan.

g) Murid diminta menjawab dalam satu perenggan sahaja. Panjang ringkasan


hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

h) Murid mesti mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi tetapi calon digalakkan


mengemukakan enam isi asalkan panjang ringkasan tidak melebihi jumlah perkataan
yang ditetapkan.

i) Murid dikehendaki mengemukakan satu isi dalam satu ayat sahaja dengan
menggunakan ayat yang gramatis. (5/6 isi = 5/6 ayat).  Ayat-ayat yang dibina haruslah
ringkas, tepat dan padat.

j) Murid perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan


kesinambungan ayat dalam ringkasan.

k) Murid perlu menggunakan ayat sendiri yang bermaksud ayat yang tidak disalin
bulat-bulat daripada petikan dari mula hingga akhir. Maksudnya ialah tiada perubahan
perkataan, pengguguran atau penggantian perkataan dibuat. Menggunakan ayat
sendiri bukan bermaksud pelajar mesti  melakukan perubahan seperti pengguguran
perkataan atau penggantian perkataan atau penukaran satu atau lebih perkataan

roosezah@yahoo.com 1
dengan perkataan lain yang difikirkan sesuai. Sebenarnya dalam jawapan ringkasan
pelajar tidak digalakkan menukarkan kata kunci jawapan kepada perkataan lain
kerana hal ini mungkin akan mengubah maksud asal pertikan dan sudah tentu akan
menyusahkan guru atau pemeriksa.

l) Murid tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri.

Rangka Ringkasan

….…………………….(Kata tugasan) ialah /adalah ………………….(Isi


pertama). Selain itu, ………………………………(Isi kedua). Seterusnya,
………………………………(Isi ketiga). Selanjutnya, ………………..(Isi keempat).
Akhir sekali, ………………….(Isi kelima)….

(80 patah kata) 

Nota: Panduan ringkasan ini saya olah berdasarkan format ringkasan PMR untuk
diajarkan kepada murid-murid. Semoga dapat membantu meleraikan kekeliruan
guru-guru baharu yang pertama kali mengajarkan ringkasan. Sebarang kekurangan
mohon maaf dan teguran untuk penambahbaikan amat dihargai…

-Cikgu Roosezah-

roosezah@yahoo.com 2

You might also like