You are on page 1of 3

Langkah-langkah Pembentukan Malaysia

1.Mei 1961
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyatakan gagasan
pembentukan Malaysia.
-Usaha-usaha untuk menyebarkan idea pembentukan Malaysia
dipergiat.

2.Julai 1961
-Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM)telah
ditubuhkan bagi memberikan penerangan tentang pembentukan
Malaysia.
-Jawatankuasa ini telah mencapai persetujuan untuk menyokong
pembentukan Malaysia.

3.Januari 1962
-Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah bersetuju
menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menilai reaksi penduduk
negeri-negeri yang terlibat.
-Ahli suruhanjaya tersebut terdiri daripada Lord.Cobbold,Sir Anthony
Abell,Sir David Watherson,Tan Sri Wong Pow Nee and Tun Muhammad
Ghazali bin Shafie.
-Suruhanjaya ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.
4.September 1962
-Referendum diadakan di Singapura
-Penduduk Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia.

5.Julai 1963
-Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menerima
cadangan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
-Hasilnya,persetujuan dicapai untuk menubuhkan Malaysia.
-Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh wakil kerajaan
British,Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak,Borneo Utara dan
Singapura.

6.Ogos 1963
-Pembentukan Malaysia mendapat tentangan daripada Indonesia dan
Filipina.Oleh itu,Malaysia,Indonesia dan Filipina bersetuju mencari
penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu(PBB).
-Wakil PBB telah datang untuk meninjau pandangan penduduk Sarawak
dan Borneo Utara terhadap pembentukan Malaysia.
-Tinjauan menunjukkan majority penduduk Sarawak dan Borneo Utara
menerima idea pembentukan Malaysia.

7.September 1963
-Pada 16 September 1963,Malaysia telah diisytiharkan.
Pemasyuran Malaysia
-Pemasyuran Malaysia telah diadakan serentak di Kuala Lumpur,Kota
Kinabalu dan Kuching.

Stadium Merdeka, Kota Kinabalu, Padang Central,


Kuala Lumpur Sabah Kuching,Sarawak
Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Razak bin Tan Sri Mohd. Khir bin
Al-Haj Dato Hussein Johari
(Perdana Menteri) (Timbalan Perdana (Menteri Pertanian
Menteri) dan Koperasi)

You might also like