You are on page 1of 8

FAKULTI:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM

KOD SUBJEK:
EIS2151 PENGAJARAN JAWI

SEMESTER:
SEMESTER 5

SESI:
NOVEMBER 2020

KOHORT:
KOHORT 22

NAMA PENSYARAH:
NURSYAHIRAH WAHIDAH BINTI MASROM

TAJUK:

Disediakan oleh:
NAMA NO.MATRIK
NUR AFIFAH IZZATI BINTI KADIR 4203000921
SITI NURHUDA SYAFIQAH BINTI
4203005371
AMRAN
NUR SYAFIEKA BINTI AMRAN 4203001241
NURUL AFIQAH HANI BINTI
4203003431
MOHD YAZID
PENDAHULUAN

Jawi ialah tulisan dalam bahasa melayu yang mana seperti tulisan Al-quran
akan tetapi dapat dibaca dengan mudah oleh orang melayu. Umumnya setiap sesuatu
yang berkaitan dengan sebuah agama,adat,bangsa atau sejarah telah melalui proses
perkembangan dengan tujuan penambahbaikkan. Jawi juga melalui beberapa
peringkat perkembangan yang mana ia telah membantu generasi hari ini untuk
menulisa tulisan jawi dengan baik. Ramai orang dapat membaca jawi samada dengan
lancar atau tidak akan tetapi tidak ramai yang dapat menulis jawi dengan baik dan
tepat. Jika diteliti penulisan ejaan jawi telah disempurnakan berdasarkan sistem ejaan
jawi za’ba dengan adanya beberapa perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam
bahasa melayu. Telah banyak buku yang diterbitkan seperti Dewan bahasa dan
pustaka berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang telah disempurnakan, Daftar Ejaan rumi
jawi. Kemudian buku ini telah diterbitkan dengan adanya 2 jilid . Melalui hal ini
didapati beribu -ribu patah perkataan baru telahpun ditambah seperti enam bahan
kata-kata dasar dan perkataan-perkataan berimbuhan yang bersesuaian dengan kata
dasar dan ianya lebih dirujuk kepada Kamus Dewan DBP. Buku-buku seperti ini telah
membantu dalam mengeja perkataan bahasa arab dan perkataan yang mengelirukan.
Terdapat banyak kaedah yang perlu diketahui dalam penulisan jawi seperti derlung,
homograf,diftong, akronim tulisan jawi dan sebagainya. Kaedah seperti ini telah
membantu untuk mengeja jawi dengan tepat.
HOMOGRAF
Homograf adalah merujuk kepada dua kata atau lebih yang sama ejaan akan
tetapi mempunyai makna yang berbeza. Namun, homograf ini juga boleh berlaku
secara serentak dalam homonim (bunyi yang sama), sekiranya jaga (bangkit) dengan
jaga (pengawal keselamatan) yang mempunyai persamaan bunyi dalam sebutan baku.
Tambahan pula, homograf banyak digunakan di dalam penulisan jawi. Hal ini
demikian kerana, tulisan jawi menggunakan empat huruf vokal berbanding dengan
enam huruf dalam tulisan Rumi.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bahagian homograf yang terbahagi
kepada dua iaitu homograf pada kata dasar dan homograf pada kata berimbuhan.
Homograf pada kata dasar terjadi apabila 2 huruf vokal rumi berkongsi pada satu
padanan huruf jawi. Manakala homograf pada kata berimbuhan pula adalah terjadi
disebabkan oleh kaedah ejaan jawi itu sendiri. Oleh hal itu, terdapat 2 contoh yang
menunjukkan lebih jelas tentang homograf pada kata dasar iaitu terdapat padanan
vokal antara ‘I’ dan ‘E’ yang saling berkongsi dalam satu tulisan jawi iaitu huruf ‘‫'ي‬.
Sebagai contoh perkataan "‫ "يال‬iaitu boleh menjadi perkataan rumi ‘bela’ dan ‘bila’.
Selain itu, contoh yang lain adalah perkataan "‫ "ساسي‬serta boleh menjadi perkataan
rumi bagi ‘sesi’ dan ‘sisi’. Jelaslah bahawa homograf pada kata dasar terjadi apabila 2
huruf rumi berkongsi huruf jawi yang sama tetapi bunyinya berbeza.
Namun homograf pada kata berimbuhan pula adalah terjadi kerana 3 sebab.
Oleh itu, dimana vokal ‘E’ pepat yang terletak ditengah kata tidaklah dilambangkan
dengan huruf dalam tulisan jawi. Sebagai contoh ejaan perkataan rumi yang berbunyi
‘Mar+Kah’ apabila menjadi ejaan jawi kedua huruf vokal ‘a’ itu dibuang dan menjadi
"‫"مركه‬. Manakala contoh yang berikutnya adalah bagi perkataan “Me+Re+Kah”
apabila di dalam jawi perkataan dibuang huruf ‘E’ dan menjadi "‫"مركه‬. Kedua-duanya
mempunyai ejaan yang sama dan maksud rumi yang berbeza. Seterusnya adalah suku
kata yang tertutup menggunakan vokal ‘E’ pepat atau ‘A’ tidak menggunakan huruf
jawi. Sebagai contoh perkataan rumi bagi “Man+Tap” dibuang vokal “A” tersebut
apabila menjadi ejaan dalam jawi seperti "‫"منتڤ‬. Perkataan yang kedua adalah
“Me+ne+tap” dibuang vokal E dan ejaannya sama seperti "‫"منتڤ‬. Contoh yang
terakhir bagi homograf berimbuhan ini adalah pasangan hukum 3 suku kata yang
digugurkan vokal ‘I’ pada suku kata yang pertama dan imbuhan bagi ‘Di’ yang ditulis
dengan huruf '‫ 'د‬sahaja. Sebagai contoh perkataan bagi “Da+Hu+Lu” dan “Di+Hu+Lu”
ejaan jawinya adalah "‫"دهولو‬.
DIFTONG

DEFINISI DIFTONG
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2007, diftong didefinisikan
sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam suku kata disebabkan dari
perubahan kedudukan lidah.
Secara amnya, diftong didefinisasikan sebagai dua huruf vokal yang disebut
dalam suku kata dan diucapkan sekaligus serta menghasilkan satu bunyi. Ia dilafazkan
secara geluncuran.

HURUF DIFTONG
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai satu
geluncuran. Dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan
gabungan huruf vokal iaitu: ai, au dan oi. Diftong boleh terletak pada awal kata, di
tengah kata dan juga di akhir kata.’
Diftong (ai) ‫اي‬
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
‫اءي‬ ‫اي‬ ‫اي‬
Contoh: Contoh: Contoh:
Aiskrim(‫)اءيسکريم‬ Kailan(‫)کايلن‬ Balai(‫)يالي‬
Air(‫)اءير‬ Baiduri(‫)يايدوري‬ Tembikai(‫)تمباکاي‬
Rantai(‫)رنتاي‬

Diftong (au) ‫اي‬


Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
‫اءو‬ ‫او‬ ‫او‬
Contoh: Contoh: Contoh:
Audio(‫)اءوديو‬ Sauna(‫)ساونا‬ Harimau(‫)هاريماو‬
Audit(‫)اءوديت‬ Tauhu(‫)تاوهو‬ Hijau(‫)هاجاو‬
Automatik(‫)اءوتوماتاک‬ Limau(‫)لاماو‬
Diftong (oi) ‫اي‬
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
‫اووي‬ ‫وي‬ ‫وي‬
Contoh: Contoh: Contoh:
Oidium(‫)اوويديوم‬ Boikot(‫)يويکوت‬ Koboi(‫)کويوي‬
Kaloi(‫)کالوي‬
Dodoi(‫)دودوي‬
DERLUNG

Derlung merupakan perkataan yang terdiri daripada 2 suku kata terbuka


(a+a).Contohnya seperti perkataan (dada) ‫ دادا‬dan (dara) ‫ دارا‬.Namun derlung juga
boleh berada dalam perkataan yang terdapat 3 atau lebih suku kata di mana di
belakangnya terdapat dua suku kata terbuka (a+a).Terdapat dua jenis hukum yang
terkandung di dalam derlung iaitu hukum derlung dan hukum luar derlung.

JENIS-JENIS HUKUM DERLUNG

Hukum Derlung

Hukum derlung terjadi apabila terdapat 2 suku kata terbuka (a+a) pada perkataan
tersebut.Hukum derlung juga terjadi jika terdapat 3 atau lebih suku kata terbuka(a+a)
pada hujung perkataan.Perkara yang paling penting adalah hruf derlung perlu ada
pada suku kata yang kedua/terakhir iaitu huruf:dal (‫ )د‬atau ra (‫ )ر‬atau lam (‫ )ل‬atau wau
(‫ )و‬atau dal (‫)ڠ‬.

Perkataan tersebut jika digabungkan adalah DERLUNG.Hal ini bagi memudahkan


untuk mengingati hukum ini.Dan apabila salah satu daripada huruf derlung ini
terdapat pada dua suku kata terakhir (a+a) maka perlu ditambah pada hujung
perkataannya huruf alif (‫)ا‬.Hal ini dapat diterangkan dengan lebih jelas pada rajah di
bawah.

1. Contoh perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] adalah seperti
berikut:

Rumi Jawi

Dada ‫دادا‬
Bara ‫برا‬
Pala ‫اال‬
Sawa ‫ساوا‬
Jala ‫اال‬
Bawa ‫بوا‬
Sila ‫سال‬
Nyala ‫اال‬

Lawa ‫لوا‬
Nganga ‫ڠاڠا‬

2. Contoh perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] pada akhir
perkataan tiga suku kata dan lebih adalah seperti berikut:

Rumi Jawi

Selada ‫الدا‬

Kembara ‫كمبارا‬

Kepala ‫كاال‬

Serawa ‫اراوا‬

Belanga ‫الڠا‬

Setada ‫اتادا‬

Menara ‫منارا‬

Kuala ‫كاال‬

Ketawa ‫كتاوا‬

Kumanga ‫كاماڠا‬
KESIMPULAN

Dalam dunia pengajaran bagi seorang guru tidak kira apa yang ingin diajar
memerlukan kepada kaedah dan strategi yang sesuai agar pengajaran tersebut
berkesan dan memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Setiap objektif yang
melibatkan ketiga-tiga elemen perlu diberikan penekanan. Dengan adanya kaedah
jawi ini telah memudahkan guru untuk melaksanakan pengajaran jawi. Tidak
dinafikan bahawa masih terdapat kelas pemulihan jawi hatta bagi sekolah menengah.
Dengan memperkenalkan kaedah penulisan jawi akan memudahkan pelajar untuk
mempelajari jawi. Ini kerana generasi ini perlu mempertahankan identiti sebagai
seorang anak melayu, bahkan dengan kemudahan yang ada akan membantu menjaga
keaslian tulisan jawi walaupun telah berabad lamanya.

You might also like