You are on page 1of 1

Tajuk : Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah

Haji Dalam Ihram

Kategori: Ibadah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal


Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16
Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask
(Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram.
Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang
boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan
ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam
keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam
memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk
menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang
dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji


dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian
muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak
perlu membayar dam.

Klik disini untuk mencetak

Total Execution Time: 0.0538 seconds

You might also like