You are on page 1of 6

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN PAGAR BESI

1. MUQADDIMAH
Memandangkan tahun ini negara kita telah ditimpa wabak covid 19, maka program yang dirancang
adalah agak berbeza dengan tahun lepas. Walau pun begitu, alhamdulillah, program ini berjaya juga
dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang
terlibat dalam menjayakan program ini.

2. OBJEKTIF
2.1 Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan negara
2.2 Memupuk dan memperkasakan semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara
2.3 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria sepanjang sambutan bulan
kemerdekaan dan dapat membentuk penyungguhan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran
2.4 Menghayati makna kemerdekaan dan berusaha mengekalkan kemerdekaan
2.5 Mengamalkan hidup bersatu padu dan menghayati tema sambutan hari kemerdekaan

3. TARIKH
16.8.2020 ( Ahad ) - majlis pelancaran
3.9.2020 ( Khamis ) - majlis sambutan
17.9.2020 ( Rabu ) - majlis penutup

4. AKTIVITI
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1. MAJLIS PERASMIAN - 16 OGOS 2020 ( SELASA )

Aturcara

Nyanyian lagu-lagu patriotik – lagu dipasang melalui mikrofon sekolah dua kali iaitu waktu pagi dan
waktu rehat dan murid-murid akan mengikut lagu tersebut.

2. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH : 8 SEPTEMBER


2020 (KHAMIS)

Aturcara ( selepas rehat ):

Tahap 1
Mewarna dan teka silang kata
Tahap 2
Melukis poster dan teka silang kata

3. MAJLIS PENUTUP : 18 SEPTEMBER 2019 ( RABU )

Untuk majlis penutup tidak ada acara khusus. Aktiviti yang dirancang pada hari ini ialah penyampaian
hadiah kepada pemenang-pemenang acara yang dipertandingkan di dalam kelas masing-masing.
Hadiah telah disampaikan di dalam kelas masing-masing oleh ajk hadiah yang diketuai oleh ustazah
Zairohasuhana.

Beberapa acara lagi yang disediakan pada tahun ini ialah:

1. Pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik – murid hantar melalui video dengan pemantauan
guru kelas
2. Pertandingan deklamasi sajak - murid hantar melalui video dengan pemantauan guru kelas
3. Pertandingan pakaian beragam – murid hantar melalui video
4. Pertandingan buku skrap

5. PERBELANJAAN

Sila lihat lampiran

6. PENUTUP
Walaupun tahun ini perlaksanaan program agak berbeza dari tahun-tahun lepas, program ini
berjaya juga dilaksanakan mengikut norma-norma baharu. Jika sekiranya terdapat kekurangan dan
kelemahan sepanjang program ini, sama-samalah kita perbaiki demi untuk kebaikan pada masa akan
datang. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………..
( ZURAIZA BT ABDUL GHANI )
Penyelaras ajk sambutan dan perayaan
Sek. Keb. Pagar Besi

LAMPIRAN

PERBELANJAAN HADIAH
1. MEWARNA ( TAHUN 1,2 & 3 )
TEMPAT ANGGARAN JUMLAH
1 RM5 X 10 KELAS RM50
2 RM4 X 10 KELAS RM40
3 RM3 X 10 KELAS RM30
SAGUHATI RM2 X 71 ORANG RM142
JUMLAH KESELURUHAN RM262

2. MELUKIS POSTER ( TAHAP 2 )


TEMPAT ANGGARAN JUMLAH
1 RM15 X 11 KELAS RM165
2 RM10 X 11 KELAS RM110
3 RM7 X 11 KELAS RM77
SAGUHATI RM2 X 73 ORANG RM146
JUMLAH KESELURUHAN RM498

3. TEKA SILANG KATA (TAHAP 1 DAN 2 )


TEMPAT ANGGARAN JUMLAH
1 RM7 X 14 KELAS RM98
2 RM5 X 14 KELAS RM70
3 RM4 X 14 KELAS RM56
SAGUHATI RM3 X 137 ORANG RM411
JUMLAH KESELURUHAN RM635

4. BUKU SKRAP ( TAHAP 2 )


TEMPAT ANGGARAN JUMLAH
1 RM10 X 11 RM110
2 RM7 X 11 RM77
3 RM5 X 11 RM55
SAGUHATI RM3 X (55 ORANG ) RM165
JUMLAH KESELURUHAN RM407

1. SAJAK ( TAHAP 2 )
TEMPAT ANGGARAN JUMLAH
1 RM6 X 11 RM66
2 RM5 X 11 RM55
3 RM4 X 11 RM44
SAGUHATI RM2 X (33 ORANG ) RM66
JUMLAH KESELURUHAN RM231
Jumlah Keseluruhan

RM262 + RM498 + RM635 + RM407 + RM231 + RM660 = RM2693

You might also like