You are on page 1of 10

Please verify your phone number.

Click here to verify

Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita


 

 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita

Malaysia mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang stabil hasil daripada kebijaksanaan pemerintah.
Kemakmuran negeri pula datangnya daripada sumber hasil bumi dan hasil alam yang dimanfaatkan untuk memajukan ekonomi.

Kestabilan

Malaysia telah mewarisi sistem pemerintahan beraja dan pentadbiran yang mantap.

Sistem Pemerintahan dan Struktur Sosial

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka
Sarawak dan Sabah mempunyai sistem pemerintahan tempatan yang lebih awal

 
 
Perundangan

Malaysia mempunyai sistem perundangannya sendiri.


Terdapat dua jenis undang-undang beserta contoh seperti dalam jadual di bawah.
Manakala di Sarawak dan Sabah adalah berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi mengikut suku masing-masing.

 
Undang-undang Bertulis Undang-undang Tidak Bertulis
   
Hukum Kanun Melaka Adat Perpatih
   
Hukum Kanun Pahang (Dikenali sebagai adat)
   
Undang-undang 99 Perak  
   
 
Hubungan Luar

Pemerintahan Malaysia berjaya memanfaatkan hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-
masing
Kebijaksanaan pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka meluaskan
pengaruh, melindungi daripada ancaman musuh, memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan

 
Kemakmuran
 
Kekayaan hasil bumi dan sumber alam Malaysia merupakan sebab kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan ia
diperdagangkan ke seluruh dunia.
 
 
Hasil Bumi dan Alam

Kaya dengan bahan galian (bijih timah, emas dan perak)


Kegiatan melombong dijalankan oleh masyarakat tempatan dan mereka menggunakan kaedah mendulang dan melampan
Negara kita juga dikenali sebagai pusat pengeluaran sumber hasil hutan
Hutan rimba di negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah terkenal dengan hasil hutan dan ia dijual kepada pedangan China, Jepun,
Siam dan India

 
Memanfaatkan Hasil Alam

Sifat kreatif dan berkemahiran tinggi menjadikan mereka berjaya menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik
Masyarakat melayu juga mahir dalam betukang kayu, membuat perahu, perabot dan menempa alat senjata tradisional
Di Sarawak, terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang

 
Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi yang teratur
Bijak mengeksploitasi sumber alam untuk memajukan ekonomi dan memakmurkan kehidupan
Setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian dan sistem timbangan dan ukuran yang praktikal

 
Perdagangan dan Pelabuhan

Negeri Melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan yang terletak di muara sungai yang strategik
Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat mengumpul barangan dari tumur dan barat
Syahbandar dilantik mengurus pelabuhan

 
Timbang, Sukat dan Ukur

 
Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baru seperti:
Auns, paun, tan dan gelen

 
Mata Wang

Pada mulanya pedangang menggunakan sistem barter (tukar barang)


Kemudian kepada mata wang logam
Diperbuat daripada timah dan emas
Idea menggunakan mata wang daripada logam timah atau emas dalam urus niaga menjadi ikutan negeri Melayu lain untuk
mengeluarkan mata wang masing-masing

 
Sistem Percukaian

 
Cukai
 
Bayaran yang dikenakan ke atas hasil pelombongan, pertanian, hasil hutan dan perdagangan.
 
 
Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan disalurkan untuk memakmurkan negeri.

 
Kegiatan Keintelektualan
Pendidikan

Aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat tempatan


Bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila, berdikari dan berhemah tinggi
Dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal

 
 

 
Bahasa Melayu dan tulisan Jawi berkembang dengan pesat
Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di Alam Melayu
Ini membuktikan kemampuan menyampaikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang tinggi
Contoh karya kesusasteraan:
Tuhfat al-Nafis
Gurindam Dua Belas
Misa Melayu
Hikayat Datuk Merpati Jepang

 
 

© 2022 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia


Please verify your phone number. Click here to verify

Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita


 

 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

 
Abad ke-16

Orang Sepanyol menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah


Mereka juga menjadi kuasa ulung di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil daripada beberapa buah koloninya
Zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol

Abad ke-17

Kebangkitan kuasa-kuasa Barat sebagai kuasa penjajah untuk merebut kekayaan dan tanah jajahan di seberang laut
Alam Melayu menjadi sasaran utama kedatangan orang Eropah demi mencari sumber rempah-ratus dan menguasainya

 
Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-16
 
 
Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-17 dan Abad Ke-18
 
Revolusi Perindustrian

Berlaku di Britain pada abad ke-17 manakala di negara Eropah lain pada abad ke-18
Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa Barat berubah corak
Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi
keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan
Perindustrian ini membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran
Maka, kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan

 
Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-19 dan Ke-20
 

 
 
© 2022 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia
Please verify your phone number. Click here to verify

Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan


Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan

 
Kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan kuasa ke seluruh pelosok dunia untuk memiliki tanah jajahan demi kepentingan ekonomi
mereka
Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran menyebabkan British bimbang dengan
kemaraan kuasa Barat ke wilayah tersebut

 
Kronologi

 
 

© 2022 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia


Please verify your phone number. Click here to verify

Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita


Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita

 
Kuasa Barat menggunakan strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif
Belanda – Serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat
British – Lebih bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat

 
Strategi Belanda
 

 
Strategi British
 
© 2022 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

You might also like