You are on page 1of 4

TUGASAN

_________________________________________________________________________
AMSS5303
MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA
SEMESTER SEPTEMBER 2019

ARAHAN KHUSUS

1. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

2. Jumlah patah perkataan: 3000 – 5000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.

3. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

4. Tugasan ini dihantar secara ONLINE.

5. Tarikh penghantaran: 4 NOVEMBER 2019 hingga 18 NOVEMBER 2019.

6. Tugasan ini menyumbang sebanyak 60% komponen dari jumlah markah kursus.

1
SOALAN TUGASAN

TUJUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar menganalisis isu semasa
berhubung penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie 2019 yang dibentangkan di
Parlimen baru-baru ini. Ini adalah selari dengan topik 10 bagi modul Mahkamah Syariah
dan Undang-Undang Islam di Malaysia yang telah membincangkan berkenaan Peguam
Syarie yang juga dianggap sebagai Mahkamah Syariah. Selain itu, tugasan ini juga adalah
untuk mengenal pasti kefahaman pelajar berhubung kuasa Majlis Raja-Raja khususnya
Sultan di negeri-negeri dalam hal ehwal pentadbiran Islam.

KEPERLUAN

Pada 11 Julai 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan Rang
Undang-Undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 di
Parlimen Malaysia. Akta ini antara lain adalah bertujuan mengawal dan menyelaraskan
isu-isu berkaitan Peguam Syarie di Malaysia khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Namun begitu, penggubalan Akta ini tetap menimbulkan polemik dalam masyarakat
khususnya kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam
hal ehwal pentadbiran agama Islam di Malaysia.

Berdasarkan kenyataan tersebut, huraikan:

(i) Kuasa Majlis Raja-Raja dan Sultan/Raja di setiap negeri dalam hal ehwal
pentadbiran Islam di Malaysia dan negeri-negeri;
(ii) Bidang tugas dan kepentingan Peguam Syarie di Malaysia;
(iii) Kepentingan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019
di Malaysia.

[JUMLAH: 60 MARKAH]

2
LAMPIRAN
RUBRIK TUGASAN
AMSS5303 MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA / SEPTEMBER 2019
Tidak
Cemerlang Baik Sederhana Rendah Memuaskan/Tiada Markah
Kriteria Pemberat Respons Maksimum
4 3 2 1 0
Pengenalan. 1 Pengenalan topik yang Pengenalan topik agak Pengenalan topik yang Pengenalan topik yang Pengenalan topik 4
ditulis dengan jelas jelas dengan huraian ringkas dan kurang sangat umum dan tidak tiada atau tidak
dan menyatakan yang ringkas berserta menjurus kepada menjurus kepada menepati tajuk.
objektif dan isi rujukan/fakta yang objektif tugasan. objektif tugasan.
kandungan tugasan bersesuaian.
dengan baik, berserta
rujukan/fakta yang
tepat.

Membincangkan kuasa Majlis 4 Membincangkan Membincangkan kuasa Membincangkan kuasa Membincangkan kuasa Tidak 16
Raja-Raja dan Sultan/Raja kuasa Majlis Raja-Raja Majlis Raja-Raja dan Majlis Raja-Raja dan Majlis Raja-Raja dan membincangkan
dalam hal ehwal pentadbiran dan Sultan/Raja dalam Sultan/Raja dalam hal Sultan/Raja dalam hal Sultan/Raja dalam hal kuasa Majlis Raja-
Islam di Malaysia serta di hal ehwal pentadbiran ehwal pentadbiran Islam ehwal pentadbiran Islam ehwal pentadbiran Raja dan Sultan/Raja
negeri-negeri. Islam di Malaysia serta di Malaysia serta di di Malaysia serta di Islam di Malaysia serta dalam hal ehwal
di negeri-negeri dan negeri-negeri dan negeri-negeri dan di negeri-negeri dan pentadbiran Islam di
menghuraikan TIGA menghuraikan DUA menghuraikan SATU tidak menghuraikan Malaysia serta di
peruntukan undang- peruntukan undang- peruntukan undang- peruntukan undang- negeri-negeri.
undang dalam perkara undang dalam perkara undang dalam perkara undang dalam perkara
ini. ini. ini. ini.

Menghuraikan tugas dan 4 Menghuraikan EMPAT Menghuraikan TIGA Menghuraikan DUA Menghuraikan hanya Tidak menghuraikan 16
kepentingan peguam syarie tugas dan kepentingan tugas dan kepentingan tugas dan kepentingan SATU tugas dan
di Malaysia. peguam syarie di peguam syarie di peguam syarie di tugas/kepentingan kepentingan peguam
Malaysia. Malaysia. Malaysia. peguam syarie di syarie di Malaysia.
Malaysia.
Menganalisis kepentingan 4 Menganalisis EMPAT Menganalisis TIGA Menganalisis DUA Menganalisis SATU Tidak menganalisis 16
Akta Guaman Syarie kepentingan Akta kepentingan Akta kepentingan Akta kepentingan Akta kepentingan Akta
(Wilayah-Wilayah Guaman Syarie Guaman Syarie Guaman Syarie Guaman Syarie Guaman Syarie
Persekutuan) 2019 di (Wilayah-Wilayah (Wilayah-Wilayah (Wilayah-Wilayah (Wilayah-Wilayah (Wilayah-Wilayah
Malaysia. Persekutuan) 2019 di Persekutuan) 2019 di Persekutuan) 2019 di Persekutuan) 2019 di Persekutuan) 2019 di
Malaysia. Malaysia. Malaysia. Malaysia. Malaysia.
Kesimpulan. 1 Gagasan kesimpulan Gagasan kesimpulan Gagasan kesimpulan Gagasan kesimpulan Tiada kesimpulan 4
yang menyeluruh dan menyeluruh dan yang ringkas dan yang lemah dan diberikan.
penjelasan relevan penjelasan relevan penjelasan tidak relevan penjelasan tidak
dengan penerangan dengan penerangan dengan penerangan relevan dengan
bahagian isi serta bahagian isi, tetapi tidak bahagian isi. penerangan bahagian
menjelaskan menjelaskan sebarang isi.
penambahan idea. penambahan idea.
Mengikut format yang betul 1 Format penulisan yang Format penulisan yang Format penulisan yang Format penulisan tidak Tiada format 4
(Muka hadapan tugasan, Isi amat baik dan baik dan mengikut agak baik dan mengikut mengikut kriteria penulisan atau tidak
kandungan, muka surat, mengikut kriteria, kriteria, serta susunan kriteria tetapi kurang ditetapkan. berkaitan.
rujukan format APA, dll). serta susunan yang yang baik dan lengkap. tersusun.
baik dan lengkap serta
mengikut gaya APA.
 
JUMLAH 15 60

You might also like