You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA

TAMAN SEKOLAH (TS25)

KERTAS KERJA PERMOHONAN


PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN
DAN PENJENAMAAN SEMULA TAMAN
SEKOLAH (TS25)

Anjuran
PIBG SMK PADANG PIOL
KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA
TAMAN SEKOLAH (TS25)

1. NAMA PROJEK
Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Program Keceriaan Dan Penjenamaan Semula
Taman Sekolah (TS25)

2. TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon peruntukan sumbangan daripada
Yang Berhormat DATO’ HJ. AHMAD NAZLAN BIN HJ. IDRIS (AHLI PARLIMEN
JERANTUT) untuk program keceriaan dan penjenamaan semula taman di SMK Padang
Piol bersempena dengan Program Transformasi Sekolah (TS25) sebanyak RM 15,000.

3. PENGENALAN
Yang Berhormat Dato’, pihak PIBG SMK Padang Piol bersama-sama dengan warga
sekolah telah merancang mengadakan aktiviti keceriaan taman selaras dengan Program
Transformasi Sekolah (TS25). Program TS25 Sekolah merupakan sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan
dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.

SMK Padang Piol merupakan salah sebuah sekolah daripada 100 buah sekolah seluruh
Malaysia yang terpilih mengikuti Program Transformasi Sekolah. Program ini
memfokuskan kepada kemenjadian murid melalui pembelajaran Abad 21 dan persekitaran
yang kondusif.

4. RASIONAL
Sebagai salah satu usaha untuk mencapai objektif TS25, pihak sekolah telah
merancang untuk membuat penjenamakan semula taman-taman sedia ada disekolah.
SMK Padang Piol mempunyai 12 buah taman sedia ada. Pihak PIBG bersama pihak
sekolah bercadang untuk manaik taraf 8 taman daripada 12 taman sedia ada ini dengan
menambahkan keceriaan dan melakukan penjenamaan baru pada taman tersebut.
KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA
TAMAN SEKOLAH (TS25)

Taman-taman ini akan dijadikan taman angkat dengan menerapkan ciri-ciri TS25 untuk 8
personel iaitu;
i) Taman Angkat Pengetua
ii) Taman Angkat PK 1
iii) Taman Angkat PK HEM
iv) Taman Angkat PK KOKU
v) Taman Angkat Bidang Bahasa
vi) Taman Angkat Bidang sains & Matematik
vii) Taman Angkat Bidang Votek
Apabila persekitaran yang menarik dan ceria serta berinformasi secara tidak langsung
murid-murid dan warga sekolah khasnya akan lebih memahami konsep TS25 dan
merealisasikan pelbagai program yang telah di rancang.

5. OBJEKTIF
Dengan penjenamaan semula taman-taman sedia ada ini, diharap agar dapat:
(a) Murid dapat menjalankan berbagai-bagai aktiviti di luar bilik darjah dengan lebih
menyeronokkan.
(b) Mewujudkan jalinan dan kerjasama serta mengeratkan silaturrahim yang baik antara
pihak sekolah dengan Penjaga Ibubapa & Komuniti (PIBK) dan penduduk setempat
melalui Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.
(c) Menjana nilai kepimpinan cemerlang serta mempamer kemenjadian murid melalui
penglibatan dalam aktiviti yang dirancang.

6. SASARAN
 Murid Tingkatan 1-5
 PIBK
 Guru dan kakitangan Sekolah
 Pekerja Swasta

7. TARIKH PERLAKSANAAN
04 April 2022 sehingga 30 Jun 2022
KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA
TAMAN SEKOLAH (TS25)

8. SUMBANGAN PERUNTUKAN YANG DIPOHON


BIL PERBELANJAAN JUMLAH
1. Keceriaan 8 Taman RM 15,000
Jumlah RM 15,000

9. PENUTUP
Diharapkan melalui aktiviti keceriaan taman-taman angkat yang dirancang ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan persekitaran yang berinformasi untuk semua warga
sekolah. Secara tidak langsung program ini dapat merealisasikan KPI Kementerian
Pendidikan Malaysia. Aktiviti ini juga dapat melahirkan kerjasama yang erat antara pihak
sekolah dan agensi luar disamping semangat kerja berpasukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________________ ___________________________________
(MOHD BADRI BIN YAAKOB) (TUAN ABDULLAH BIN TUAN SULAIMAN)
Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SMK Padang Piol SMK Padang Piol
KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA
TAMAN SEKOLAH (TS25)

GAMBAR BERKAITAN

MEMBERSIHKAN KOLAM & MENGECAT SEMULA KOLAM- LAMAN MINDA SIHAT


KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA
TAMAN SEKOLAH (TS25)

MEMASANG MOZEK - PONDOK TS25

You might also like