You are on page 1of 2

PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah


meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program TS25 ini untuk makluman
semua.

Isi Kandungan
Apakah Program Transformasi Sekolah (TS25)?
Matlamat Program
Objektif TS25
Konsep Program Transformasi Sekolah (TS25)
Elemen Kemenjadian Murid :
Elemen Sekolah Berkualiti :
Peranan Rakan Elit

Apakah Program Transformasi Sekolah (TS25)?


Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB
Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan
Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat
Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan
penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25).

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian


daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan
keperluan semasa pendidikan di negara kita.

TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan


serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013 – 2025).

Trending sekarang
eKasih: Pendaftaran & Semakan Status Bantuan SARA STR 2024
Program TS25 bermula bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1
sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017, sebanyak 100
buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018, sebanyak 401 buah
sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah
yang terlibat sebanyak 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula,
tambahan sebanyak 500 buah sekolah lagi telah dilibatkan dalam program
ini di seluruh Malaysia.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan


Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang
terdiri daripada kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
Pegawai SIPartners+ dan Pegawai SISC+.

Menjelang tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir


sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh
Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

You might also like