You are on page 1of 3

1.

PENGENALAN KPPB

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau dikenali sebagai (KPPB) adalah pelaksanaan yang
berlandaskan pada teras pembelajaran bermakna dan kemenjadian murid yang terdapat dalam
Teras TS25. Kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB) ini merupakan projek Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kementerian Pelarajan Malaysia (KPM) dibawah program
TS25 . Program TS25 ini mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan intipati PPPM
2013-2025 iaitu kemenjadian murid dan juga sekolah berkualiti. Persekitaran Pengajaran dan
Pembelajaran bermakna pula adalah antara elemen penting dalam transformasi sekolah. Agenda
transformasi Pendidikan menjadikan kualiti guru sebagai salah satu omponen utama sementelahan
kualiti guru berkait rapat dengan kualiti pengajarannya di bilik darjah. Justeru, di dalam Program
TS25, dua konsep utamanya ialah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.SS

You might also like