You are on page 1of 1

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH ( TS25 )

SMK Munshi Abdullah telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi kohort ke 5 iaitu mulai tahun 2020
hingga 2025. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan
sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Matlamat Konsep TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul yang akan
dicapai menerusi transformasi ini dalam lima teras yang berikut :

1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.


2. Pelibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
3. Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan.
4. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
5. Komitmen komuniti yang padu.

You might also like