You are on page 1of 2

Pada hari saya akan berkongsi tentang Program TS25.

Untuk makluman semua, sekolah


kita akan melaksanakan program TS25.

Apa tu Program TS25?


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
 Komitmen komuniti yang padu 

Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 

 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;


 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan Teras TS25 

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan
tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun
2025, iaitu ;

 Memantapkan kepimpinan sekolah


 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
 Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid 

Matalamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang
berikut; 

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.

Semoga dengan pelaksanaan TS25, sekolah kita akan menjadi sebuah sekolah yang berkualiti,
mempunyai guru-guru cemerlang dan anak-anak murid yang gemilang

You might also like