You are on page 1of 1

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

SEBERANG PERAI UTARA


Lot 398, Jalan Ara Kuda
14000 TASEK GELUGOR Telefon : 04-5732136
PULAU PINANG Faksimili : 04-5732379
Laman Web : www.mara.gov.my
Bil IKMSPU : IKMSPU.100-10/1 ( 2 )
Tarikh : 21 Oktober 2022
: 24 Rabiuaawal 1444H
KEPADA KETUA JABATAN YANG BERKENAAN

YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,


PERMOHONAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADA PEGAWAI/ KAKITANGAN
UNTUK MENGHADIRI TAKLIMAT ULANGAN PETUGAS PILIHAN RAYA UMUM
KE-15 (PRU-15) SEBAGAI KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM) DAN KERANI
PENGUNDIAN / KERANI MENGIRA UNDI (KP/KMU) BAGI PARLIMEN P.042 TASEK
GELUGOR
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen P.042 Tasek
Gelugor sedang membuat persiapan akhir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15
(PRU-15) pada 19 November 2022. Pejabat Pengurus akan mengadakan taklimat ulangan
untuk Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Kerani Pengundian / Kerani Mengira Undi
(KP/KMU).
3. Sehubungan itu, dipohon pertimbangan dan sokongan YBhg. Dato' Seri/ Datuk/
Dato'/ tuan/ puan agar dapat meluluskan Pelepasan Waktu Bekerja kepada pegawai/
kakitangan yang telah dilantik sebagai Petugas PRU-15 untuk menghadiri taklimat yang telah
dijadualkan.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai senarai petugas yang terlibat
dengan taklimat ini, pihak YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ tuan/ puan boleh menghubungi
Pejabat Pegawai Pengurus P.042 Tasek Gelugor di talian 04-5732136.
5. Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ tuan/ puan bagi
menjayakan persiapan menghadapi PRU-15 ini amatlah dihargai
Sekian, terima kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

SUPARDI BIN AMALUDIN


Pengurus Pilihanraya
P.042 Tasek Gelugor
Merangkap
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara
Pulau Pinang

CERTIFIED TO ISO CERTIFIED TO ISO CERTIFIED TO ISO


9001:2015 9001:2015 9001:2015
CERT.NO. : QMS 03396 CERT.NO. : QMS 03396 CERT.NO. : QMS 03396

You might also like