You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA JAYA

WDT 227, 90200 KOTA KINABATANGAN,


SABAH.
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2021

TARIKH : 4 MAC 2021


HARI : KHAMIS
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

KEHADIRAN :
 PN.ANNE SIBINI @ SYLVESTTER PK PENTADBIRAN
 CIK. SHERLEY EMJUS KETUA PANITIA
 EN. MUHAMAD ZULHAQQI BIN ZAINOL SETIAUSAHA
 PN. JUMATIAH BINTI ABD SANI PK KOKUM/ AJK
 EN. KHAIRUL FARHAN BIN RAZAK AJK

UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


Puan Anne mengalu-alukan kehadiran semua guru Sains ke Mesyuarat Panitia Kali Pertama
bagi tahun 2021. Puan Anne juga berharap agar semua guru sains akan lebih komited dalam
menjalankan tugas dalam merealisasikan kehendak yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan. Guru-guru Sains juga perlu lebih dedikasi dalam PdPc bagi
membentuk modal insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Malaysia.PK
Pentadbiran juga mengesahkan perlantikan semua AJK.
Tindakan: Makluman
UCAPAN PENGERUSI
Cik Sherley mengalu-alukan kehadiran Puan Anne dan semua AJK ke Mesyuarat Panitia
Sains Kali Pertama 2021. Beliau juga berharap semua ajk dapat memberi komitmen dalam
memantapkan lagi perjalanan panitia memandangkan tugas sebagai Ketua Panitia baru
disandang oleh beliau pada tahun ini.
Tindakan: Makluman
AGENDA

1.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

3.PENGAGIHAN TUGAS JAWATANKUASA PANITIA SAINS

Ahli Jawatankuasa Panitia Sains telah diagihkan tugas seperti berikut demi
memantapkan lagi pengurusan panitia.

 Ketua Panitia - CIK. SHERLEY EMJUS


 Setiausaha - EN. MUHAMAD ZULHAQQI BIN ZAINOL
 Headcount - EN. KHAIRUL FARHAN
 PBD/PEKA - PN. SHERLEY EMJUS
 Bilik Sains - PN. JUMATIAH BINTI ABD SANI
 Koleksi Soalan - PN.ANNE SIBINI @ SYLVESTTER
Tindakan: Semua Guru

4.TAKWIM 2021
** rujuk salinan Takwim 2021

Tindakan: Semua Guru

5.PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


5.1 Rancangan Pengajaran Tahunan.

Rancangan Pengajaran Tahunan akan disediakan mengikut Takwim Sekolah dan


berdasarkan Panduan Perkembangan Murid(Tahap 1) dan Dokumen Standard Kurikulum
dan pentaksiran (Tahap 2).Semua RPT juga akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam fail.

5.2 Rancangan Pengajaran Harian.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Rujuk Lampiran)


5.3 Aktiviti : 4 Fasa – Persedian/Imaginasi/Perkembangan/Tindakan.

1. Aktiviti berpusatkan murid.


2. Guru sebagai pemudahcara pembelajaran murid.
3. Penerapan Elemen Merentas Kurikulum dan Keusahawanan
4. Pengukuhan/Pemulihan/Pengayaan
5. Penilaian/Pentaksiran:
Pemerhatian/Soal jawab/Perbincangan/Kerja Bertulis/Kerja rumah
6. Kemahiran Tambahan:
Teknik belajar kendiri/Mengambil nota/Membuat perbentangan/
Mengemukakan pendapat/Menggunakan sumber pendidikan/Kolaborasi

5.4 Teknik penyoalan

1. Soalan yang jelas dan mudah difahami


2. Menyusun aras soalan dari yang mudah kepada sukar
3. Soalan yang berunsurkan Pengetahuan/Kefahaman/Aplikasi *rujuk nota
(Konstruk Soalan Bahagian A dan Bahagian B)
4. Menggunakan laras saintifik dalam penyoalan (KBAT)
(a) Berikan inferens (sebab/alasan) tentang kejadian tersebut.
(b) Nyatakan pemerhatian untuk menyokong inferens kamu.
(c) Kelaskan bahan-bahan berikut kepada dua kategori/kumpulan/set.
(d) Buat urutan yang betul – urutan menaik/menurun/proses/prosedur.
(d) Nyatakan hipotesis (andaian awal) ujikaji/penyiasatan.
(f) Terjemahkan maklumat di atas kepada carta palang/jadual/grafik.
(g) Apakah kesimpulan penyiasatan?
(h) Ramalkan kejadian yang akan berlaku?

5.5 Teknik Pembelajaran dan Pemudahcaraan

1. Pembelajaran Masteri 13. Hafazan


2. Pembelajaran Kolaboratif 14. Amali
3. Pembelajaran Koperatif 15. Dialog
4. Pembelajaran Konstruktivisme 16. Temu bual
5. Pembelajaran Kontekstual 17. Pembelajaran melalui
6. Simulasi Pengalamian (Experimental
7. Main Peranan Learning)
8. Syarahan 18. Pembelajaran melalui rakan
9. Permainan sebaya
10. Ceramah 19. Pengendalian Akses Kendiri
11. Tunjuk Cara (SAL)
12. Sumbangsaran 20. Akhbar dalam Darjah (ADD)
21. Melawat sambil belajar 29. Pengunjuran
22. Kajian Lapangan 30. Telahan (Inference)
23. Teknologi maklumat dan 31. Gerak Hati (Intuition)
Komunikasi 32. Kemahiran Berfikir Kritis dan
24. Inkuiri Penemuan Kemahiran Strategi Berfikir
25. Penyelidikan 33. Belajar Cara Belajar
26. Pemerhatian 34. Kajian Masa Depan
27. Kaedah Berfokus 35. MESTAMU
28. Kaedah Global 36. Lakonan

Semua guru disarankan untuk menjalankan tinjauan/kajian/pembacaan kendiri.Semua guru Sains


amat digalakkan untuk menjalankan kajian tindakan berkaitan dengan implikasi teknik
pembelajaran terhadap perkembangan murid.

5.6 Refleksi

1. Membuat refleksi kendiri/kajian mengenai amalan pengajaran dan


pembelajaran:
a) Mengenalpasti kekuatan Pnp
b) Mengenalpasti kelemahan Pnp
c) Melakukan penambahbaikan Pnp
d) Menulis dalam bentuk bilangan (
Pendekatan untuk menjalankan refleksi diri secara:

a) Soal selidik
b) Temubual dengan murid/guru/ibu bapa
c) Maklum balas dan Pemantauan oleh pihak atasan/penguran sekolah

5.7 Semakan hasil kerja murid

1. Menyemak hasil kerja murid secara:


a) tekal/berterusan/teliti
b) konstruktif (pembetulan)
c) komunikasi (teguran, penggredan)
2. Menandatangani dan mencatat tarikh masa menyemak hasil kerja murid
3. Semakan pengurusan sekolah (guru besar/penolong kanan)

Tindakan : Semua Guru


6. PERANCANGAN STRATEGIK
6.1 Bab-Bab dalam PS Panitia Sains

1.0 Kandungan
2.0 Visi dan Misi
3.0 Pendahuluan
4.0 Matlamat
5.0 Objektif
6.0 Carta Organisasi
7.0 Takwim 2021
8.0 Maklumat Guru Mata Pelajaran
9.0 Analisis Pasca UPSR 2010 - 2021
10.0 Analisis Ujian Penilaian Tahun 5 (UPTL) 2020
11.0 Headcount dan Dashboard
12.0 Analisis SWOT
13.0 Strategi Peningkatan Prestasi
14.0 Pelan Taktikal
15.0 Pelan Operasi
16.0 Carta Alir Pelaksanaan Perancangan
17.0 Carta GANNT Pelaksanaan Perancangan
18.0 Belanjawan 2021
19.0 Penghargaan
20.0 Semakan dan Pengesahan

6.2 Perancangan Strategik Panitia Sains 2016 – 2021

(Gelombang Kedua Transformasi)

Tindakan: Semua Guru

7. PENGURUSAN PEPERIKSAAN
7.1 Penggubalan Soalan PRA UPSR, PKBS 1 dan PKBS 2

1. Soalan peperiksaan digubal mengikut aliran oleh guru yang dilantik


2. Sediakan skema jawapan/peraturan pemarkahan
3. Penandaan kertas jawapan mengikut kelas mengajar masing-masing

7.2 Jadual Ujian Tahun 2021

** rujuk takwim 2021

7.3 Pengurusan Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan

1. Buat persediaan awal.

2. Gubal soalan secara berjadual dan berperingkat.


Tindakan: Semua Guru

8. PENGURUSAN PBD DAN PEKA


8.1 Pentaksiran PEKA untuk KSSR diteruskan.

8.2 Rekod PEKA guna Sistem Offline Pelaporan KSSR.

8.3 Kaedah Pentaksiran PEKA

1. Mengikut DSKP Tahap Penguasaan 1 hinga 6


a) 12 Kemahiran Proses Sains
b) 5 Kemahiran Manipulatif
2. Dijalankan secara topikal atau sub-topikal
3. Tahap Penguasaan
a) Tahun 3
Memerhati/Mengelas/Mengukur dan Menggunakan nombor/
Membuat inferens/Meramal/Berkomunikasi
b) Tahun 4
Menggunakan perhubungan antara ruang dan masa/Mentafsir data/
Mendefinisi secara operasi/Mengawal pembolehubah/Membuat hipotesis

c) Tahun 5
Mengeksperimen
d) Tahun 6
8.4 PBD dilaksananakan mengikut pekeliling semasa.

1.Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014:

2.Penambahbaikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Tindakan: Semua Guru


9. HEADCOUNT DAN DASHBOARD PANITIA SAINS
9.1 Dashboard Sekolah 2020

GRED PURATA SEKOLAH : 1.50

PERATUS SEMUA A (5A) : 35.39 %

PERATUS LULUS SEMUA : 85.37 %

PERATUS GAGAL SEMUA : 0.00 %

DASHBOARD 2015

Bilangan Calon Yang Mendapat Gred


MP Bil
A % B % C % D
SAINS 82 37 45.1 40 48.8 3 3.7 2

9.2 Headcount Panitia 2021

Guru yang bertanggungjawab akan mengemukakan laporan prestasi murid pada setiap kali
ujian/peperiksaan.

1. Tahun 4 – Faizah binti Mat Isa

Gred Purata Mata Pelajaran 2.50 71 calon


Peratus A 22.50% 16 calon
Peratus Lulus 49.30 % 35 calon

2. Tahun 5 – Mohd Khaidir bin Mohd Anuar

Gred Purata Mata Pelajaran 2.00 82 calon


Peratus A 29.60 % 24 calon
Peratus Lulus 64.20 % 52 calon

3. Tahun 6 – Mohd Faizal bin Ali


** ikut Dashboard Sekolah 2015

Tindakan: Semua Guru Tahap 2


10. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
10.1 Cadangan aktiviti

1. Sayembara Sains 2021


*Penyelaras Program : En. Khairul Farhan
a) Bercerita/Puisi
b) Ujikaji
c) Dialog
d) Simulasi/Lakonan
e) Koir
** isu-isu alam sekitar/prinsip sains/fenomena

**dilaksana selepas UPSR melibatkan murid tahun 6

2. Klinik Pemulihan UPSR


*Penyelaras Program : Cik Sherley
a) Tumpuan kepada pelajar yang lemah
b) Jadual mingguan (6 orang murid)
*dikendalikan oleh En Zulhaqqi/Pn. Anne

3. Kursus Peningkatan Profesionalisms Guru Sains Peringkat Sekolah


*Penyelaras : Pn. Faizah binti Mat Isa
a) Bengkel penandaan kertas jawapan Bahagian B
b) Dilaksanakan selama 3 hari (LDP)

4. Bengkel dan Ceramah Teknik Jawab Soalan Sains


*Penyelaras Program : En. Mohd Faizal bin Ali
a) Dijalankan dua kali setahun (Feb/Mei)
b) Sesi 1 (Feb)
i. pendedahan format UPSR – peruntukan masa menjawab
ii. persiapan menghadapi peperiksaan
iii. kaedah ulangkaji dan latih tubi
iv. kaedah mengambil nota
v. teknik membaca soalan/mengenal pasti kekunci
vi. teknik memilih jawapan/menghitamkan jawapan pada borang JOB
vii. teknik membuat semakan jawapan
c) Sesi 2 (Mei)
i. pendedahan peraturan pemarkahan/skema jawapan
ii. teknik menulis jawapan mengikut peraturan pemarkahan LPM
iii. perbincangan dan refleksi kekuatan/kelemahan/kesilapan calon
iv. langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesilapan
Tindakan: Semua Guru

11. BILIK SAINS


11.1 Penggunaan Bilik Sains

1. Semua guru digalakkan untuk menggunakan bilik sains


2. Edaran jadual penggunaan bilik sains
11.2 Kebersihan dan Kekemasan Bilik Sains

1. Jadual Tugasan Bulanan/Mingguan Mengikut Kelas

11.3 Naik taraf/baik pulih LCD / Sistem Bunyi / Papan Putih di bilik sains

11.4 Najis burung

1. Ada disekitar pintu masuk hadapan bilik sains

Tindakan :Semua Guru

12. HAL-HAL LAIN


12.1 Perancangan Strategik - Objektif 5

1.Pengagihan Jadual Waktu

2.Rasional Satu Guru Satu Aliran

1. Penumpuan PdP guru yang lebih/terarah/tertumpu pada satu aliran sahaja.


2. Pemantauan perkembangan murid dengan lebih cekap.
3. Perancangan pelan intervensi dan pelan peningkatan prestasi mengikut aliran
dengan lebih tersusun.
4. Menggalakkan guru menghasilkan inovasi/BBM/VLE dalam meningkatkat mutu
PdPc.
5. Meningkatkan kolaborasi/perkongsian antara guru.
6. Melahirkan perasaan cinta kepada kerjaya dan keseronokan bekerja.

Tindakan: Semua Guru

13. PENUTUP
13.1 Penangguhan mesyuarat pada Pukul 12.30 tengah hari.

13.2 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Panitia Sains Kali Kedua

Tarikh : 12.04.2021

Tempat : Makmal Komputer


Hari : Isnin

Masa : 9.00 Pagi

Disediakan oleh: Disemak dan Disahkan:

……………………. ………………………….
(MUHAMAD ZULHAQQI BIN ZAINOL ) (SHERLEY EMJUS )
Setiausaha Panitia Sains Pengerusi Panitia Sains
SK Sentosa Jaya SK SK Sentosa Jaya

You might also like