You are on page 1of 13

TERHAD

NO. KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022


SAINS SUKAN 4572/3
Kertas 3
Sept. - Nov.

KERJA PROJEK SAINS SUKAN TINGKATAN 4

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Instrumen kerja projek ini mengandungi satu tugasan.


2. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan ini berdasarkan Tugasan
Kerja Projek dan Kerangka Pelaksanaan Tugasan.
3. Lampiran 1, Lampiran 2, Lampiran 3 dan Lampiran 4 disertakan untuk
dilengkapkan dan didokumentasikan dalam laporan kerja projek.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 4572/3
KERJA PROJEK SAINS SUKAN (4572/3)
TINGKATAN 4

1.0 ARAHAN KEPADA CALON

1.1 Calon SPM Sains Sukan mesti melaksanakan kerja projek semasa calon
berada di tingkatan empat dan tingkatan lima.
1.2 Pelaksanaan kerja projek adalah pada bulan September hingga
bulan November iaitu semasa calon di tingkatan empat dan pada bulan Jun
hingga bulan Ogos semasa calon di tingkatan lima.
1.3 Jika perlu calon boleh mendapatkan bimbingan guru sepanjang kerja projek
dijalankan. Calon hendaklah membina jadual tugasan sendiri yang sesuai
dengan kehendak tugasan.
1.4 Calon mesti melaksanakan kesemua aspek tugasan yang berpandukan format
pelaporan untuk mendapatkan skor yang terbaik.
1.5 Aktiviti merancang, mencari dan mengumpul maklumat boleh
dilakukan di luar waktu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
1.6 Calon boleh melaksanakan kerja projek atau kajian secara berkumpulan
tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
1.7 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan seperti pada bahagian 3.0
sebagai panduan untuk melaksanakan kerja projek.
1.8 Calon digalakkan mencari maklumat berkaitan kerja projek dalam internet.
1.9 Fakta atau bahan Sains Sukan yang dikumpul bagi kerja projek hendaklah
didokumentasikan dalam bentuk laporan bertulis dan bergambar.
Laporan hendaklah mengikut Panduan Penulisan Laporan seperti
pada bahagian 4.0.
1.10 Laporan kerja projek boleh ditulis atau ditaip menggunakan komputer.
Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0 serta dicetak dengan cetakan berwarna hitam.
Penggunaan komputer dalam penulisan laporan projek tidak mempengaruhi
pemarkahan. Hanya pen berdakwat hitam atau biru sahaja dibenarkan.

1.11 Laporan kerja projek hendaklah menggunakan kertas A4 berwarna putih


dan dikokotkan di bahagian atas sudut sebelah kiri. Halaman hadapan
mesti menggunakan Lampiran 1.
1.12 Laporan kerja projek calon mestilah hasil usaha sendiri dan tidak
ditiru daripada mana-mana pihak.
1.13 Pentaksiran semua aspek akan dilakukan sepanjang masa kerja
projek dilaksanakan.
Pengesahan skor hasil
1.14 kerja projek calon dilakukan selepas
pelaksanaan semua aspek.

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 4572/3
2.0 TUGASAN KERJA PROJEK

Anda dikehendaki mengukur tekanan darah dalam tiga posisi iaitu posisi duduk,
posisi berdiri dan posisi baring dengan menggunakan sfigmomanometer merkuri,
digital atau aneroid.

3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

3.1 TUJUAN

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan calon yang menguasai pengetahuan,


kemahiran dan nilai serta pengalaman asas Sains Sukan melalui amalan teori
dan praktikal.

3.2 OBJEKTIF

Calon dapat:
3.2.1 Mengukur tekanan darah dalam pelbagai posisi dengan
menggunakan sfigmomanometer,
3.2.2 menerangkan maksud bacaan darah dan faktor-faktor yang
mempengaruhi bacaan pada setiap posisi,
3.2.3 menggunakan peralatan Sains Sukan dengan cara yang betul dan
3.2.4 mempamerkan sikap kerjasama dan bertanggungjawab sepanjang
pelaksanaan tugasan.

3.3 ALATAN

3.3.1 Sfigmomanometer merkuri / aneroid / digital
3.3.2 Borang Biometrik dan Tekanan Darah (Lampiran 3)
3.3.3 Jadual Tekanan Darah Manusia (Lampiran 4)
3.3.4 Jadual Tahap Kecergasan Naik Turun Bangku (Lampiran 4)
3.3.5 Alatan lain yang difikirkan sesuai

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 4572/3
3.4 Prosedur amali:

3.4.1 Aktiviti dijalankan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang.


3.4.2 Tugasan dan peranan hendaklah dijalankan secara bergilir-gilir.
Tugasan dan peranan adalah seperti berikut:
PERANAN TUGASAN
Subjek Calon menjadi pelaku
Penguji Calon menjadi penguji kepada Subjek
Pencatat Pencatat bacaan dapatan data sistolik dan diastolik
Mengambil gambar pelaksanaan aktiviti

3.4.3 Calon dikehendaki mengukur tekanan darah dalam 3 posisi iaitu


posisi berdiri, posisi duduk dan posisi baring.
3.4.4 Isikan maklumat dan catatkan bacaan tekanan darah bagi
ketiga-tiga posisi di dalam Borang Biometrik dan Catatan Tekanan
Darah (Lampiran 3).
3.4.5 Sediakan satu laporan lengkap merujuk kepada Panduan Penulisan
Laporan seperti pada bahagian 4.0.

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 4572/3
4.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN

Kandungan laporan adalah seperti berikut:

4.1 Halaman hadapan kerja projek (Lampiran 1)

4.2 Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 2)

4.3 Borang Biometrik dan Catatan Tekanan Darah (Lampiran 3)

4.4 Kandungan Pelaporan

4.4.1 Menjelaskan maksud sistolik dan diastolik.


4.4.2 Melengkapkan Borang Biometrik dan Catatan Tekanan Darah
(Lampiran 3) dengan mengukur tekanan darah dalam pelbagai posisi.
4.4.3 Gambar bagi ketiga-tiga posisi (calon sebagai subjek).
4.4.4 Prosedur pelaksanaan amali posisi duduk (calon sebagai Penguji).
4.4.5 Menyatakan klasifikasi bacaan tekanan darah yang diperoleh bagi
ketiga-tiga posisi berdasarkan Jadual Tekanan Darah Manusia
(Lampiran 4).
4.4.6 Membandingkan bacaan tekanan darah calon bagi ketiga-tiga posisi.
4.4.7 Berdasarkan catatan Kadar Nadi Naik Turun Bangku, bandingkan
tekanan darah antara calon dengan rakan pada posisi duduk.
4.4.8 Faktor-faktor lain yang mempengaruhi bacaan tekanan darah.
4.4.9 Sumber rujukan.

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 4572/3
5.0 SENARAI ASPEK YANG DINILAI

UNIT ASPEK 1. Pengendalian Kerja Projek

ASPEK • Mahir menggunakan alatan


• Melaksanakan kerja projek

• Kemahiran mengurus dan mengendalikan peralatan semasa


KRITERIA
melaksanakan kerja projek
• Melaksanakan kerja projek mengikut panduan pelaksanaan
yang ditetapkan dalam kumpulan masing-masing

UNIT ASPEK 2. Penyertaan Calon dan Nilai

BAHAGIAN A B

• Kemahiran mengurus • Menghormati dan menghargai


ASPEK
masa sumbangan orang lain

• Kesungguhan dan komitmen


KRITERIA semasa melaksanakan kerja
• Ketepatan pengurusan
projek
masa
• Bekerjasama secara berkesan
dan harmoni

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 4572/3

UNIT 3. Pelaporan
ASPEK

ASPEK Pelaporan yang lengkap, tepat dan sumber rujukan yang autentik

KRITERIA Kandungan laporan adalah seperti berikut:

3.1 Halaman hadapan kerja projek (Lampiran 1)

3.2 Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 2)

3.3 Borang Biometrik dan Catatan Tekanan Darah (Lampiran 3)

3.4 Kandungan Pelaporan

3.4.1 Menjelaskan maksud sistolik dan diastolik


3.4.2 Melengkapkan Borang Biometrik dan Catatan Tekanan
Darah (Lampiran 3) dengan mengukur tekanan darah dalam
pelbagai posisi
3.4.3 Gambar mengukur tekanan darah bagi ketiga-tiga posisi
(calon sebagai Subjek)
3.4.4 Prosedur pelaksanaan amali posisi duduk
(calon sebagai Penguji).
3.4.5 Menyatakan klasifikasi bacaan tekanan darah yang diperoleh
bagi ketiga-tiga posisi berdasarkan Jadual Tekanan
Darah Manusia sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
(2003) (Lampiran 4)
3.4.6 Membandingkan bacaan tekanan darah calon bagi
ketiga-tiga posisi.
3.4.7 Berdasarkan catatan Kadar Nadi Naik Turun Bangku,
bandingkan tekanan darah antara calon dengan rakan
pada posisi duduk.
3.4.8 Faktor-faktor lain yang mempengaruhi bacaan tekanan darah
3.4.9 Sumber rujukan

KERJA PROJEK TAMAT

4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
Lampiran 1

TUGASAN KERJA PROJEK TINGKATAN 4 (SPM)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


SAINS SUKAN 4572/3
PENYEDIAAN KERJA PROJEK TAHUN 2022

Nama Calon : …………………………………………………...

No. Kad Pengenalan : …………………………………………………...

No. Pusat Peperiksaan : ………………………………………………..….

Angka Giliran : …………………………………………………...

Nama dan Alamat sekolah : ……………………………………………

..……………………………………………

..……………………………………………

Nama Guru Penilai : ……………………………………………………

Markah :
KRITERIA SKOR

ASPEK 1 /10

ASPEK 2A /5

ASPEK 2B /5

ASPEK 3 /30

Jumlah /50

Tandatangan Pentaksir Sekolah Tandatangan Pengetua

………………………………. ……………………………….
( ) ( )

4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
Lampiran 2

SAINS SUKAN ( 4572/3)


TINGKATAN 4

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan
dan rajah yang dinyatakan sumbernya.


RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH

CALON

PENTAKSIR (GURU)

KETUA PENTAKSIR
SEKOLAH

4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
Lampiran 3

SAINS SUKAN ( 4572/3)


TINGKATAN 4

BORANG BIOMETRIK DAN CATATAN TEKANAN DARAH

Peranan Nama Jantina No. Kad Tinggi Berat


Pengenalan (cm) (kg)
Subjek
Penguji
Pencatat

Peranan Catatan Kadar Nadi Catatan Posisi Catatan


Semasa Pelaksanaan Nadi Naik
Aktiviti Turun Duduk Baring Berdiri
(Posisi Duduk) Bangku S D S D S D

Subjek
Penguji
Pencatat

S = Sistolik
Catatan:
D = Diastolik

Tandatangan Subjek Tandatangan Penguji Tandatangan Pencatat

………....……………. ………...……………. ...............…………….


( ) ( ) ( )

Tandatangan Guru Mata Pelajaran

……………………………….
( )

[Lihat halaman sebelah


4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4572/3
Lampiran 4
SAINS SUKAN ( 4572/3)
TINGKATAN 4

JADUAL TAHAP TEKANAN DARAH MANUSIA

Klasifikasi Tekanan Tekanan Sistolik Tekanan Diastolik


Darah (mmHg) (mmHg)
Optimum < 120 dan < 90
Prahipertensi 120 - 139 dan / atau 80 - 89
Hipertensi Tahap 1 140 - 159 dan / atau 90 - 99
Hipertensi Tahap 2 160 - 179 dan / atau 100 - 109
Hipertensi Tahap 3 > 180 dan / atau > 180
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (2003)

JADUAL KAPASITI AEROBIK AKTIVITI NAIK TURUN BANGKU

Sangat Cergas Bawah 50


denyutan seminit
Cergas 51 - 69
denyutan seminit
Sederhana 70 - 79
denyutan seminit
Tidak Cergas Lebih daripada 80
denyutan seminit
Sumber: Glencoe’s Fitness Zone Online (2008)

4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
RAJAH SUSUN ATUR INSTRUMEN KERJA PROJEK

KOKOT

Borang Kriteria
Penskoran Calon
(Lampiran 5)

Kandungan Pelaporan

Borang Biometrik dan Catatan


Tekanan Darah (Lampiran 3)

Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 2)

Halaman Hadapan Kerja Projek (Lampiran 1)

4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 4572/3
PANDUAN PENULISAN RUJUKAN

1. Buku Teks

Khairudin bin Saidin & Wan Azmanan bin Wan Yusof. (2016). Sains Sukan
Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Aras Mega (M) Sdn Bhd

2. Buku Rujukan

Schmidt, R.A. & Lee, T.D. (2005). Motor Control and Learning Champion,
IL: Human Kinetics

3. Akhbar

Utusan Malaysia, 17 Mei 2016, halaman 52.

4. Orang Sumber

Dr Mohd Nidzam bin Mat Jawis, 47 tahun, Universiti Sains Malaysia

5. Internet

http://ultrafizik.blogspot.my/2015/02/nota-laju-dan-halaju.html
https://www.slideshare.net/ShukriSuib/menganalisis-konsep-laju-halaju-
dan pecutan
https://prezi.com/y88c8jwfgqb6/nota-pecut-tingkatan-4-bab-2-daya-dan-gerakan

4572/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like