You are on page 1of 5

POLITIK

DEMOKRASI

Kita sedia maklum, Negara Malaysia merupakan antara negara yang terdiri daripada pelbagai

etnik dan budaya. Negara Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British, jadi system ini

adalah berdasarkan sistem Wesrtminster. Oleh yang demikian, Malaysia mengamalkan sistem

Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Di Malaysia juga turut mengamalkan

sistem dwidewan misalnya, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya,

manakala kebanyakan ahli Dewan Negara adalah dilantik oleh Presiden atau Raja seperti

Yang Di-Pertuan Agong. Melalui Sistem pemerintahan demokrasi ini ia sangat amat

bermakna kepada sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat dan ia

menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti

rakyat. Semua orang ada hak untuk menentukan pemerintah atau kerajaan. Kriteria sistem

Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam

pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

PARTI POLITIK DAN FUNGSI

Dalam kehidupan sosial, istilah politik digunakan untuk menandakan semua proses

pembentukan keputusan yang melibatkan orang ramai. Oleh kerana itulah politik dianggap

sebagai persaingan untuk menentukan siapa, mendapat apa, bila dan sebagainya bagi

mencapai hasil akhir proses menyeluruh yang lengkap. Pilihan Raya Umum (PRU) biasanya

diadakan setiap empat atau lima tahun sekali dan ia mesti diadakan dalam jangka masa tiga

bulan selepas parlimen dibubarkan. Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi

kuasa untuk menyelia pentadbiran serta perjalanan pilihan raya mengikut perlembagaan

Malaysia. Dinsamping itu, terdapat dua jenis pilihan raya di Malaysia, iaitu pilihan raya
umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan apabila Dewan Rakyat

dibubarkan. Ia bertujuan untuk memilih wakil Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Sebaliknya, pilihan raya kecil diadakan “apabila terdapat kekosongan disebabkan oleh

kematian wakil rakyat yang dipilih, atau peletakan jawatan, atau hilanga kelayakan sebagai

wakil rakyat, dan faktor lain yang mengakibatkan kekosongan dalam mana-mana kawasan

atau bahagian yang memerlukan untuk diisi melalui pilihan raya”

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,

dengan Melayu, Cina dan India adalah kaum utama. Selain itu, ia juga terdiri daripada

beberapa kaum minoriti yang lain. Masyarakat di Malaysia dibahagikan kepada dua

kumpulan utama, iaitu bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh sebab itu, parti politik

berperanan dalam mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia iaitu dengan

mewujudkan gabungan-gabungan parti politik antara parti-parti politik atau dalam erti

kata lain kerjasama politik.

Peranan Parti-Parti Politik bukan sahaja dalam Memupuk Perpaduan ia juga

memudahkan dan menstabilkan proses politik. Dalam sistem demokratik, parti berfungsi

sebagai saluran penyertaan dan saluran mobiliti mereka yabg berminat untuk menyertai

bidang politik. Disamping itu, ia berperanan bertindak menyediakan bentuk komunikasi dua

hala yang penting dalam menyampaikan saranan atau usaha-usaha golongan pemerintah

kepada rakyat. Dalam masa yang sama, rakyat dapat menggunakan saluran parti politik

sebagai satu cara untuk mencapai matlamat dan juga berkuasa menentukan pembentukan

sesebuah kerajaan melalui pemilihan sesebuah parti sebagai wadah atau cara untuk mencapai

matlamat tersebut.

Berdasarkan pandangan yang dikemukakan, ia jelas menunjukkan bahawa sesebuah

parti politik itu dibentuk untuk tujuan tertentu. Dari sudut positif parti pilitik dilihat sebagai
satu badan yang berusaha untuk membina kepentingan, wujud hanya untuk berkhidmat

kepada prinsip-prinsip terbaik sahaja. Manakala dari sudut negatif pula, ia dilihat sebagai satu

platform yang sentiasa dimanipulasi keadaan sekelilingnya untuk mencapai cita-cita,

mendapatkan kuasa atau kepentingan tertentu. Misalnya, mereka taktik-taktik kotor seperti

menggunakan wang sebagai rasuah, manipulasi sistem pengundian, penguasaan media dan

sebagainya untuk mengekalkan kuasa pemerintahan mereka.

Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, kaum dan etnik yang berbeza ini masih

boleh hidup aman damai dan dalam keadaan harmoni. Walau bagaimanapun, adalah sukar

bagi kerajaan untuk mengekalkan kemakmuran ini sekiranya tiada kesepaduan di antara

semua pihak. Dari aspek politik, Malaysia mengamalkan pilihan raya dalam keseluruhan

sistem politiknya, dan ini merupakan antara ciri-ciri keunikan negara ini. Gabungan parti

politik camputran ini seolah-olah menjadi formula yang baik dalam menyatukan etnik yang

berbeza di bawah satu bumbung, yang menyatukan parti-parti politik utama yang mewakili

setiap kumpulan etnik utama di negara ini

WANITA BERPOLITIK

Isu mengenai hak asasi manusia merupakan perkara utama bagi setiap negara di seluruh
dunia termasuk mengenai hak asasi terhadap wanita berpolitik. Penglibatan wanita dalam
politik dan pilihan raya di Malaysia menunjukkan peningkatan dan perubahan. Ini
menunjukkan mereka mampu dan mempunyai hak untuk menyertai parti politik termasuk
bertanding dalam pilihan raya. Mengenai hak-hak wanita yang terlibat dalam proses amalan
demokrasi dan hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Persoalannya,
bagaimana wanita mendukung dan menterjemahkan hak-hak asasi manusia dalam konteks
kehidupan berpolitik di Malaysia menerusi penglibatan wanita dalam proses pilihan raya di
Malaysia.

Tanpa memandang jantina atau golongan individu. Kehadiran Wanita dalam bidang politik
bukan hanya sekadar pesaing akan tetapi ini merupakan kesempatan bagi menyuarakan hak
wanita itu sendiri kerana yang lebih tahu tentang kebutuhan wanita adalah kaum mereka
sendiri. Sebenarnya wanita ada pilihan sama ada mereka sanggup untuk terbabit dalam politik
atau memadailah dengan tidak (memiliki jawatan) tinggi, tetapi pada masa sama masih
mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, Burung itu tidak bisa terbang tinggi dengan
satu sayap dia mesti dengan dua sayap.

Objektif dasar wanita negara untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan
wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah
dari pembangunan; dan  Penglibatan wanita dalam arena politik merupakan objektif untuk
memperkasakan wanita dalam politik yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan
dalam masyarakat. Kehadiran wanita dalam politik katanya lagi mewujudkan keseimbangan
antara jantina dan membina masyarakat yang adil dan saksama.

HAK KEBEBASAN BERSUARA

Selepas pertukaran kerajaan, so kita mengalami proses baru untuk nak kenal-kenal dengan
kebebasan bersuara ni. Semua nak bersuara sekarang kan? Kalua dulu-dulu nak bercakap,
benda ni tak boleh. Cuma saya rasa kebebasan bersuara kita ni ada salah faham sikit. Bukan
makna kita boleh bercakap sesuka hati yang kita nak. Bebas sebebas hati sampai terbabas.
Bukan itu caranya. Kebebasan bersuara ni ad acara die, ada etikanya yang tersendiri.

Islam mendahului penjagaan hak asasi manusia. Cuma Islam memberi garis panduan
Islam memberi etika. Islam ada perundangan Islam ada adab yang perlu dipatuhi. Contoh
dalam bersuara, Islam meberi umatnya bersuara, bercakap lah kalau nk bercakap, tegur kalua
kita nk tegur. Tapi bagaimana dengan etika menegur “siapa yang beriman kepada Allah dan
beriman kepada hari akhirat hendaklah dia berkata perkara yang baik ataupun di akene
berdiam diri. Nak cakap boleh, nk tegur boleh. Tapi bercakap dengan perkataan yang baik.
Kalau tidak ada perkataan yang baik diam. Maksud kita tidak boleh buat cerita atau fitnah
orang lain waktu kita bercakap ni. Memang kita kata, itu kebebasan bersuara kita lah kita nak
cakap apa pun. Ya betul, tpi bukan maksud kita boleh kita buat cerita buat fitnah pada orang
lain kita boleh malukan orang lain.

Namun apa yang berlaku sekarang, semua nak bercakap. Semua rasa dia boleh
bercakap dan layak bercakap, tidak salah dia cakap itu cakap ini, kecam, siber buli, tidak
salah die buat fitnah, troll dan sebagainya. Hal ini disebabkan sebab dia ada salah faham
dengan kebebasan bersuara nilah. Jadi jangan kita buat kebeasan bersuara ni sampai tidak ada
langsung ikatan ni. Setiap perkara tu tiada kebebasan yang mutlak pun sebenarnya. Jadi
kebebasan ni dia ada ikatan dia, jadi kita perlu patuh la dengan peraturan dia. Jikalau tidak
patuh kita buat fitnah kita buat cerita. Kita telah mendatangkan satu perkara yang tidak elok
dan mudarat kepada pihak lain bukan diri kita sahaja. Misalnya mengenai LGBT ataupun isu
mengenai vaksin yang sering dipertengahkan kebelakangan ini. Contoh ada seorang doktor
menerangkan tentang vaksin. Kemudian datang seorang anti vaksin yang menghina atau
menfitnah doktor ni pengikut yahudi dan seumpanya. sekiranya doktor tu sediakan hujah ,
tulis secara terperinci secara tersusun kita pun balas lah secara tersusun. Itulah sepatutnya
berlaku dalam kebebasan bersuara, satu disscuion satu perbincangan yang sihat. Bukannya
macam yang sekarang ni, sekarang ni kita cakap tersusun macam mana pun.

Jadi kita sekarang ni kita ada kebasan bersuara dan kita ada etika-etika yang perlu dipatuhi.
Disebalik kebabasan tu kita ada cara yang beretika kita ada cara yang berakhlak beradab
untuk bercakap. Bercakaplah seperti anda yang mempunyai hikmahlah. Bukannya asyik nak
maki-maki orang sahaja.

Oleh yang demikian, kewujudan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 di


Malaysia bertujuan untuk mengawal hak kebebasan bersuara merupakan tindakan yang wajar
diambil oleh kerajaan bagi mengimbangi hak itu dengan tugas dan tanggungjawab menjaga
keselamatan negara dan keharmonian antara kaum. Warganegara Malaysia mempunyai
kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah fikiran selagi mana tidak menyentuh isu-
isu sensitive. so kesimpulannya, jangan kita salah faham dengan kebebasan bersuara.
Kebebasan bersuara bukanlah tidak bermakna anda boleh bebas membuat cerita membuat
fitnah bebas melakukan siber buli. Tidak. Kebebasan bersuara maksudnya kita bebas
membentangkan pendapat kita yang berilmiah dan yang tersusun utnuk difahami orang lain.
walaupun orang tak bersetuju dengan kita. Ya. Itu kebebasan untuk dia tidak bersetuju
dengan kita

Rujukan

http://studentsrepo.um.edu.my/5586/9/BAB_III.pdf

https://www.academia.edu/11865985/Sistem_Politik_Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Politik

You might also like