You are on page 1of 1

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

School of Distance Education

Universiti Sains Malaysia


11800 USM Pulau Pinang, Malaysia
No. Rujukan : USM/PPPJJ/KI/002 (23) T: 604 653 6197, 604 653 3264
Tarikh : 30 Januari 2023 F: 604 657 6000
E: dean_sde@usm.my
Website: https://www.pppjj.usm.my
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

KURSUS INTENSIF SIDANG AKADEMIK 2022/2023


RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Centre for Chemical Biology (CCB)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Intensif merupakan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang wajib dihadiri oleh pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ), Universiti
Sains Malaysia (USM) pada setiap sidang akademik.

3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan, aktiviti pengajaran dan


pembelajaran semasa Kursus Intensif ini adalah termasuk kuliah, kelas tutorial, peperiksaan
berterusan, kelas amali dan membuat rujukan di perpustakaan. Sehubungan dengan ini, pihak
Universiti telah menetapkan tarikh Kursus Intensif Sidang Akademik 2022/2023, Rancangan
Pengajian Jarak Jauh pada 1 Mac 2023 (Rabu) hingga 21 Mac 2023 (Selasa) bertempat di
Kampus Induk USM, Pulau Pinang.

4. Diharapkan penerangan ini dapat membantu YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan dalam


mempertimbangkan pelepasan atau kelulusan Cuti Tanpa Rekod untuk Pegawai/Staf yang
mengikuti pengajian secara jarak jauh di USM.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(PROF. MADYA DR. ZULNAIDI BIN YAACOB)


Dekan

You might also like