You are on page 1of 1

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

School of Distance Education

11800 USM Pulau Pinang, Malaysia


Tarikh : 8 Jun 2023
T: 604 653 6197 / 604 653 3264
F: 604 657 6000
Email: dean_sde@usm.my
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
Website: www.pppjj.usm.my

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PEPERIKSAAN AKHIR SIDANG AKADEMIK 2022/2023


RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2022/2023


bagi pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh akan berlangsung pada 10 Julai 2023
(Isnin) sehingga 30 Julai 2023 (Ahad) secara bersemuka.

3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan, sekiranya pelajar gagal


menduduki peperiksaan akhir ini tanpa sebarang alasan yang munasabah akan
mengakibatkan pelajar diberi gred F* yang secara tidak langsung akan menjejaskan
prestasi akademik pelajar.

4. Sehubungan itu, diharapkan penerangan ini dapat membantu YBhg.


Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan dalam mempertimbangkan pelepasan atau kelulusan
Cuti Tanpa Rekod untuk Pegawai/Staf yang mengikuti pengajian secara jarak jauh di
USM.

5. Segala pertimbangan dan kelulusan yang diberikan oleh YBhg.


Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(PROF. MADYA DR. ZULNAIDI YAACOB)


Dekan

You might also like