You are on page 1of 2

Siti Maznah Mariam Binti Mokhtar (No.

K/P:841001-01-5236) No 01-15 Blok C PPR Kota Damansara Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (Unit Senarai Hitam) Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan Damanasara Heights 50490 Kuala Lumpur. Tuan, Per : Rayuan penarikan nama didalam senaraihitam.

5 Ogos 2011

Saya merujuk kepada perkara diatas dimana saya Siti Maznah Mariam Binti Mokhtar (No.K/P: 841001-01-5236) merupakan bekas penuntut Ijazah Sarjana Muda UndangUndang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( No. Pelajar: 0321686) dari Disember tahun 2003. 2. Saya telah menamatkan pengajian ijazah undang-undang pada April 2010 dan konvokesyen saya ialah pada 2 Oktober 2010. Saya sepatutnya telah menamatkan pengajian pada tahun 2008 akan tetapi, saya telah mengambil cuti (study leave) selama setahun dari tahun 2005 hingga tahun 2006. Sesalinan Ijazah saya bertarikh 25 jun 2010 saya sertakan sekali bersama surat ini. Atas sebab yang berkenaan, saya telah lewat dalam pembayaran balik pinjaman saya. Tambahan pula, bagi penuntut jurusan undang-undang kami harus menjalani tempoh Latihan Dalam Kamar (Chambering) selama Sembilan (9) bulan bagi melayakkan kami menjadi peguam. Saya telah memulakan tempoh Latihan Dalam Kamar saya dari 6 September 2010 sehingga 6 Jun 2011. Saya telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada 15 Julai 2011. Saya hanya mula bekerja di Tetuan Paul Ong & Associates bermula dari 18 Julai 2011. Sesalinan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 15 Julai 2011 dan surat pengesahan majikan bertarikh 5 Ogos 2011 saya sertakan sekali bersama-sama surat ini. Saya telah pada tahun 2006 memaklumkan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (Student Affair) Universiti Islam Antarabangsa bahawa ada kelewatan untuk saya menamatkan pengajian dan mereka telah memaklumkan kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tambahan pula, pada masa itu saya juga ada membuat permohonan untuk melanjutkan

3.

4.

5.

pinjaman daripada PTPTN. Akan tetapi, pihak PTPTN tidak dapat meluluskan pinjaman tersebut dan saya telah dibiaya oleh ibubapa saya sejak tempoh berkenaan. 6. Atas segala alasan-alasan yang tersebut diatas saya memohon budibicara pihak Tuan dalam menarik balik nama saya dari senaraihitam. Ini adalah kerana saya mempunyai keluarga yang menetap di luar Negara dan ini akan mendatangkan kerumitan di kemudian hari jika berlaku kematian atau majlismajlis kekeluargaan yang ingin saya hadiri. Saya juga mungkin ditugaskan ke luar Negara jika di perlukan di masa hadapan dan ini akan menjadikan reputasi kerja saya menurun jika saya gagal melaksanakan tugas seperti yang diarahkan oleh majikan. Saya akan membayar sebanyak RM50.00 setiap akhir bulan bermula 27 Ogos 2011 dan jumlah pembayaran akan saya tingkatkan mengikut tahun saya bekerja. Ini adalah kerana saya baru mula bekerja dan perlu menanggung keluarga memandangkan saya adalah anak sulung dan bapa saya telah bersara dari tahun 2004. Segala kerjasama dan budi baik Tuan amatlah saya hargai. Terima kasih

7.

8.

Yang Benar,

. (Siti Maznah Mariam Binti Mokhtar) 013-3008812

You might also like