You are on page 1of 2

Ulangkaji 3 EEA7032

1. Huraikan pandangan sosiologi dalam pemilihan lapisan sosial terutama dalam


pendidikan.
Konsep ketidaksamaan sosial sukar diatasi disebabkan setiap kelompok ingin
mengekalkan status masing-masing. Sebagai contoh, pendaftaran murid di sekolah di
negara-negara maju masih berdasarkan warna kulit, keturunan, kelas sosial,
pendapatan ataupun pangkat ibu bapa dan penjaga. Pihak ini memberi alasan tindakan
mereka bertujuan untuk memudahkan penyusunan dari aspek perancangan
pekerjaan.Keadaan ini meningkatkan lagi jurang antara kumpulan kelas sosial dalam
masyarakat dan diskriminasi.
Matlamat konsep kesamaan sosial tidak mudah dipraktikkan di dalam semua
masyarakat. Banyak revolusi telah berlaku berlandaskan semangat menghapuskan
ketidaksamaan sosial. Setiap masyarakat telah mengekalkan berbagaibagai tahap
ketidaksamaan susun lapis sosial sepanjang zaman Perhubungan antara pendidikan
dan system susun lapis masyarakat amat luas dan kompleks. Apa yang ditumpukan
ialah sistem susun lapis sosial dan peranan sistem pendidikan di dalam usaha
mengekalkan atau mengubahsuaikan stuktur sosial tersebut. Konflik berlaku apabila
dua kepercayaan yang sangat dinilai tidak dapat diimbangkan. Kepercayaan tentang
hak dan peluang dihubungkan apabila status seseorang diperoleh sendiri melalui
pencapaian. Persepsi bahawa individu di sesetengah lapisan dalam masyarakat adalah
superior dari segi kebolehan, motivasi dan ciri-ciri lain. Lapisan ini wujud apabila
individu dalam lapisan masyarakat tersebut berbeza dari segi kebaikan dan kedudukan
dalam masyarakat, sekurangkurangnya berdasarkan kebolehan dan perlakuan.
Pembahagian kerja yang kompleks memerlukan sistem pemilihan untuk menyandang
pekerjaan. Ganjaran status tinggi diberikan kepada mereka yang diperlukan dan layak
bekerja di dalam jawatannya.

Boleh juga rujuk jawapan kumpulan:

-asyraf

- amani
Ulangkaji 3 EEA7032

2. Jelaskan tiga (3) kepentingan teori fungsionalisme dalam pendidikan.


(Contoh jawapan daripada kumpulan 1)

Teori Fungsionalisme menyatakan bahawa setiap ahli masyarakat dan juga institusi
dalam sesebuah komuniti saling bergantung antara satu sama lain. Dari aspek
pendidikan, fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah
laku yang Justeru, terdapat 3 kepentingan teori fungsionalisme dalam pendidikan iaitu
yang pertama untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai serta
peraturan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Setiap pihak dalam kalangan
masyarakat perlulah berganding bahu dan menolong serta menyokong antara satu
sama lain untuk menjayakan peranan setiap pihak agar matlamat yang ditetapkan
dapat dicapai.
Seterusnya yang kedua iaitu untuk menekankan kepada aspek memilih dan melatih.
Hal ini menerangkan bahawa semua kanak-kanak akan mendapat peluang yang sama
untuk menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Yang mana mereka yang
berjaya akan dapat berada di kedudukan paling tinggi dalam hierarki masyarakatnya.
Yang ketiga pula iaitu untuk tujuan penekanan struktur dan fungsi organisasi. Melalui
aspek ini, kita dapat melihat dalam sesebuah sekolah mengenai kaitan bagaimana
penstrukturan sekolah dibentuk dan cara setiap ahli dalam sekolah tersebut berfungsi
untuk memastikan sesebuah sekolah itu mencapai terhadap visi dan misi yang telah
ditetapkan.

You might also like