You are on page 1of 1

Nama : Suzairi Bin Ahmad

No Matrik : 21070076
Diploma/Sem : Diploma Syariah Sem 2

PROF. DR. HAMKA ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH

Prof. Dr. Hamka Abdul Malik Karim Amrullah ataupun dikenali sebagai Buya
Hamka adalah seorang sasterawan, Ulama yang hebat dan pemimpin masyarakat. Sebagai
seeorang sasterawan, beliau mempunyai banyak karya dan novel yang hebat disamping
menyampaikan dakwah melalui penulisan karya beliau dan penulisan beliau
menyampaikan mengenai Islam dan mudahnya Islam dalam kehidupan seseorang. Buya
Hamka juga pernah ditegur oleh ayahnya, ayahnya berkata bahawa Buya Hamka suka
bercakap dan menulis tentang perkara yang disukai orang namun makna percakapan dan
penulisan itu tidak sampai. Justeru, setelah mendapat teguran daripada ayahnya, Buya
Hamka pun mula menulis kitab Tafsir Al-Azhar, Tasawuf Moden dan banyak lagi kitab-
kitab agama yang beliau tulis. Seterusnya, beliau adalah ulama atau tokoh yang hebat.
Beliau mendapat gelaran Doktor dari Universiti al-Azhar dan UKM walaupun pendidikan
beliau secara tradisional namun beliau diberikan gelaran itu dan sebagai tokoh dan
pendakwah yang hebat. Beliau sangat dipandang tinggi oleh masyarakat dan beliau juga
memegang jawatan tertinggi dalam Majlis Ulama Indonesia.

You might also like