You are on page 1of 3

MINIT CURAI TAKLIMAT PEMBEKALAN PERALATAN KEPADA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022


Tarikh : 16.11.2022 (Rabu)

Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda JPNT

1) Ucapan KPPK Pn Hjh Wan Salmah binti Wan Hamat

- mengalu-alukan kedatangan semua GPKPK dan PPD

- ucapan tahniah kepada sekolah yang terlibat dengan penilaian akhir modular Kohort 1 pada
17&18/11/22 dan semua yang dinilai terampil dengan cemerlang. Ini semua hasil kesungguhan
guru2 KVS dgn sokongan daripada GPKPK serta pengetua.

- komitmen TAC bg penilaian untuk KVS adalah penting. Jika TAC tiada komitmen boleh mohon tukar
TAC baru.

- elakkan jadi sekolah yang tiada hala tuju iaitu sentiasa tukar bidang KVS. Ini menyukarkan untuk
penilaian dan merugikan murid2 yang terlibat.

- KPM telah belanjakan banyak peruntukan untuk membekalkan alatan-alatan kepada program-
program KVS. Maka sekolah perlu pastikan murid-murid KAV dan KVS mendapat pembelajaran yg
terbaik dan dapat terampil dengan cemerlang. JPN berhak pindah alatan ke sekolah yg memerlukan
jika tiada tindakan dan komitmen dari sekolah.

- GPKPK perlu mainkan peranan untuk memohon gunapakai bilik-bilik/bengkel-bengkel sepanjang


tempoh PPKI masih perlu menggunakan bilik/ bengkel tersebut. Penggunaan bilik mestilah diguna
dgn sebaik mungkin bagi sekolah2 yang telah dapat bengkel.

- PPD perlu mainkan peranan supaya pengetua2 membenarkan penggunaan bilik-bilik / bengkel-
bengkel bagi kegunaan MBPK KVS terutamanya.

- GPKPK perlu betulkan persepsi pentadbir sekolah dan menjelaskan halatuju PPKI kepada mereka,
supaya pengetua faham keperluan penggunaan bilik2/ bengkel.

- peralatan yang dibekalkan perlu dimasukkan stok dengan betul, ditempatkan betul-betul ditempat
yang sesuai dan MESTI digunakan. Jika lawatan/pemantauan dari pihak JPN@KPM mendapati
peralatan tidak digunakan, maka alatan tersebut akan ditarik balik.

- audit akan dibuat untuk setiap peralatan yang dihantar untuk memastikan tidak berlaku
pembaziran.

- buat pelupusan bagi peralatan yang sudah tidak berfungsi @ terlalu lama.

- pembekalan peralatan adalah dalam waktu pejabat. Jika lewat, minta mereka datang keesokannya.

- jIka ada peralatan rosak, sila buat tindakan dgn menghantar surat kepada pembekal dan s.k kepada
unit pendidikan khas JPN beserta gambar bukti
2) Taklimat Peralatan : Pn Asilah binti Abdillah

(Rujuk gambar)

3. Isu setelah Menerima Peralatan

- tong gas tidak dibekalkan

- ada yang diberi wang sebagai ganti tidak dihantar tong gas

- ada sekolah yang tidak terima wang tunai / tong gas

- barang dihantar rosak dan tidak dibuka sewaktu penghantaran

- barang dihantar selepas waktu pejabat

- barang yang dihantar tidak dibuat TLC/Ujilari

- tempoh barang dihantar dengan TLC terlalu lama

- penghantaran tidak lengkap

4. Hal-Hal lain

- jk ada barangan yang diterima tidak perlu/tiada kegunaan/ tidak digunakan boleh maklumkan
kepada PPD/JPN untuk alihkan ke sekolah lain.

- sekolah2 yang menerima peruntukan naik taraf sila pastikan kerja2 dibuat dengan baik (bahan yg
digunakan bukan bahan recycle cth play wood berlubang dsb), warna cat yg sesuai. PPD perlu buat
pemantaun ke sekolah2 yg dapat projek pembangunan. -Pemantauan dari Pn KPPK ke beberapa
sekolah mendapati ada kontraktor buat kerja dengan tidak baik.

*feedback dari audit ke sekolah-sekolah

- en sukni : sekolah perlu daftar dan label setiap aset yg diterima dan setiap aset itu perlu
ditempatkan di kelas PPKI. Pastikan ada rekod penggunaan setiap peralatan serta bengkel
- En Sukni : peralatan perlu digunakan secara optimum dan ada laporan bergambar penggunaan
alatan tersebut

- Cik Nur Faziha : ada peralatan yang ditempatkan dalam kelas yang salah, alat braille ditempatkan
dalam kelas pendengaran. Ini adalah menyalahi dan sekolah ditegur audit.

- peralatan yang dibekalkan tidak digunakan dengan optimum. Mohon penggunaan peralatan
dengan optimum bg mengelakkan pembaziran.

Disediakan oleh,

(MAHIRAN BINTI HUSSIN)

Taklimat berakhir pada jam 5.15 ptg

You might also like