You are on page 1of 8

DCP2173 PENGURUSAN PROJEK TAHUN AKHIR

Panduan Projek Akhir Pelajar Diploma


Kandungan Laporan

6.0. Kajian Literatur Projek


6.1 Teori
6.1.1 Animasi
6.1.2 Filem
7.0. Kajian Sumber
7.1 Animasi
7.1.1 Sejarah Animasi
7.2 Aksi
7.3 Horor
7.4 Triller
7.5 Fantasi
7.6 Misteri
7.7 Komedi
7.8 Crime
7.9 Drama
7.10 Sejarah
7.11 Sejarah Fiksyen
7.12 Magical Realism
7.13 Paranoid
7.15 Falsafah
8.0 Kajian Spesifikasi
8.1 Skop Tugasan Tenaga Produksi
8.1.1 Penerbit / Produser
8.1.2 Pengarah ( Filem / Tv & Video Produksi )
8.1.3 Penolong Pengarah
8.1.3.1 Timing The Show
8.1.3.2 Readying Cues
8.1.3.3 Presetting Camera Shots
8.1.4 Production Designer
8.1.5 Art Director
8.1.6 Cinematographer
8.1.7 Director of Photography
8.1.8 Props Master
8.1.9 Camera Operator
8.1.10 Camera Loader
8.1.11 Focus Puller
8.1.12 Gaffer
8.1.13 Grip
8.1.14 Key Grip
8.1.15 Dolly Grip
8.1.16 Foley Artist

8.2 Jenis-Jenis Shot


8.3 Jenis Pergerakan Kamera
8.4 Editing
8.4.1 Istilah Editing
8.4.2 Maksud Editing
8.5 Production Outdoor & Indoor
8.6 Prinsip Editing Filem & TV
8.9 Software Video Editing

9.0 Kajian Teknikal


9.1 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Produksi
9.2 Pentadbiran & Produksi Kerja Kreatif
9.2.1 Carta Organisasi Pentadbiran
9.2.2 Carta Organisasi Produksi
9.3 Penyediaan Kertas Kerja (Tugas-Tugas)
9.3.1 Penulis Skrip
9.3.2 Pengurus Kewangan
9.3.3 Penerbit Eksekutif
9.3.4 Pengarah
9.3.5 Penolong Pengarah
9.3.6 Pengarah Fotografi
9.3.7 Pengarah Seni
9.3.8 Pengurus Produksi
9.3.9 Editor
9.3.10 Runner
9.3.11 Handy Man
9.3.12 Pelukis Kartun
9.3.13 Juru Kamera
9.3.14 Juru Lampu
9.3.15 Juru Audio
9.3.16 Set Designer
9.3.17 Juru Mekap
9.3.18 Busana
9.3.19 Pelakon

10.0 Pelaksanaan Mesyuarat Produksi


10.1 Minit Mesyuarat Pertama
10.2 Minit Mesyuarat Kedua

11.0 Bajet
12.0 Skrip
13.0 Biblografi
Lampiran
Abstrak

Ringkasan laporan yang menerangkan secara ringkas perkara-perkara berikut :

Pengenalan ringkas
Pernyataan masalah
Objektif projek
Metodologi
Hasil capaian/keputusan dan kesimpulan

Abstrak perlu ditulis dengan ringkas, padat dan focus kepada ilmu atau penemuan yang
hendak dibentangkan

a) Pengenalan Projek

Pengenalan projek merupakan gambaran ringkas berkenaan dengan projek yang


dijalankan. Pengenalan projek boleh dimulakan dengan menerangkan kepentingan
projek dan perspektif tentang kajian-kajian yang pernah dijalankan.

Latar belakang Masalah

Latar belakang masalah projek membincangkan masalah – masalah yang asal dan
dikuatkan lagi dengan kenyataan tertentu.Kenyatan sesuatu latarbelakang masalah
perlulah diterangkan berserta dengan rujukan asal.Ianya perlu dihuraikan kesan
masalah tersebut pada setiap perenggan (satu perenggan untuk satu masalah).Ini
memudahkan pelajar untuk mengenalpasti secara mendalam akan masalah tersebut.
Selain itu, ia member gambaran awal tentang kajian projek yang akan dijalankan.
Walau bagaimanapun, adalah menjadi kesalahan besar jika latarbelakang masalah
ditulis merangkumi permasalahan yang dialami oleh pelajar sepanjang projek
dijalankan.

Pernyataan masalah

Pernyataan masalah seharusnya secara logic berdasarkan maklumat yang telah


dibincangkan di dalam bahagian latarbelakang masalah.Pelajar mentakrifkan secara
khusus keperluan penyelidikan yang akan dilakukan.Dalam bahagian ini, pelajar
mempersembahkan pernyataan yang jelas dan tepat(clear and precise statement)
tentang permasalahan utama yang hendak dikaji.

Pernyataan masalah merupakan kesinambungan dari latarbelakang masalah yang


merupakan rumusan daripada keseluruhan latarbelakang masalah.Pernyataan masalah
projek merupakan satu pernyataan yang mengambarkan bahawa rekabentuk yang asal
banyak masalah tanpa menyatakan rujukan asal. Pernyataan masalah biasanya ditulis
dalam tiga hingga lima baris ayat dalam satu perenggan sahaja.

Contoh:

Pengkaji mengandaikan bahawa para pelajar PERDA-TECH sering mengabaikan


aspek – aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan ketika menjalani kerja amali di
bengkel dan makmal sekaligus member kesan ketika mereka berada di luar Politeknik.

Objektif Projek

Pelajar mentakrifkan objektif penyelidikan secara khusus untuk membantu menjawab


permasalahan utama penyelidikan.Objektif projek merupakan matlamat yang ingin
dicapai di akhir projek.Objektif perlu jelas dengan menyatakan sesuatu yang boleh
diukur.
Contoh :

Merekabentuk mesin meraut kulit tebu yang dapat menjimatkan masa meraut.

Skop

Pada bahagian ini, pelajar secara ringkas mengenalpasti perkara – perkara yang
dimasuk dan tidak dimasukkkan dalam penyelidikan .Antaranya termasuklah jenis data
yang dikumpul, subjek atau sumber maklumat yang digunakan, tempoh masa
penyelidikan

b) Kajian Literatur

Pelajar perlu membincangkan kajian latarbelakang yang berkaitan dengan


projek.Keseluruhan hasil literature akan menghasilkan konsep rangkakerja yang
menunjukkan kaitan antara kajian projek dengan teori dan konsep

Antara kandungan dalam kajian latarbelakang adalah:

Penerangan mengenai perspektif dan kaedah digunakan dalam penyelidikan yang


lepas dan meninjau sejauh mana projek pelajar dihubungkait dengan kajian dan teori
yang sedia ada.
Menunjukkan teori dan konsep yang telah digunakan dalam menyelesaikan masalah
projek.
Menunjukkan kedudukan objektif dan masalah projek dalam bidang penyelidikan
yang lebih luas.
Sebarang hipotesis kajian yang berkaitan dengan metodologi kajian mesti dinyatakan
dengan jelas.
Selain itu, kajian lepas boleh diambil sebagai rujukan dan penambah baikan terhadap
projek atau kajian yang pelajar jalankan.

c) Metadologi Kajian

Metodologi kajian menerangkan kaedah atau pendekatan atau kerangka yang


digunakan di dalam penyelesaian masalah projek. Antara kandungan utama bab ini
termasuk:

Kaedah dan pendekatan yang digunakan seperti kaedah pengumpulan data, kaedah
memproses dan menganalisis data, model, carta alir dan sebagainya.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan kaedah atau pendekatan yang
tertentu. (pemilihan kaedah dan bahan yang terbaik)
Kelebihan kaedah dan pendekatan yang dipilih berbanding kaedah-kaedah dan
pendekatan-pendekatan yang lain.

d) Keputusan dan Perbincangan/analisis

Keputusan dan Perbincangan/analisis diletakkan pada bab keempat dalam laporan.


Dalam bab ini, pelajar sepatutnya mempersembahkan penemuan atau keputusan
analisis data-data yang diperolehi. Antara kandungan dalam bab ini adalah:

Penemuan projek mesti disusun dengan kemas dan teratur menggunakan bantuan
rajah atau jadual.
Hasil penemuan ini mesti diterangkan dan dibandingkan dengan pencapaian
penyelidikan yang lepas (jika perbandingan dengan projek yang lepas).
Hasil penemuan projek perlu dilihat melalui perspektif objektif dan masalah kajian
(perlu menjawab objektif kajian dan menyelesaikan permasalah kajian).
Pelajar juga patut meninjau sejauh mana hipotesis kajian direalisasikan

e) Kesimpulan dan Cadangan

Laporan PAPD diakhiri dengan kesimpulan dan cadangan projek dengan menyatakan
rumusan kepada kajian yang telah dijalankan. Antara kandungan dalam bab ini adalah:

Merumuskan hasil penemuan projek, analisa pencapaian projek dan mencadangkan


kajian lanjutan untuk masa akan datang.
Kesimpulan data-data yang telah diperolehi dan meninjau sejauh mana ke bernasan
maklumat tersebut bersesuaian dengan objektif serta masalah projek.
Perbincangan dan penilaian tentang metodologi dan implementasi kajian yang telah
digunakan dalam projek.
Mencadangkan sebarang perubahan dan penambahbaikan pendekatan yang
berkenaan dengan topic kajian.
Membincangkan ilmu dan sumbangan/impak kepada jabatan, politeknik atau pun diri
sendiri sepanjang kajian dijalankan.

You might also like