You are on page 1of 20

isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus.

_Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 55

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Murid akan memberikan pelbagai jawapan/mengundang pelbagai


kemungkinan jawapan secara bertulis.

Respons ini akan membantu guru membina peraturan/skema pemarkahan


yang sesuai bagi mengurangkan ralat dalam pengukuran.

1.9 Item (iii) Penggunaan pelbagai bentuk


maklumat (mixed text) seperti
1.9.1 Konsep Item graf, jadual, petikan, foto, dll.

Item ialah perkara atau alat yang (iv) Penggunaan teks yang saling
digunakan untuk mendapatkan berkaitan antara satu sama lain
respons daripada murid sebagai (multiple text).
evidens hasil pembelajaran yang
boleh dipertimbangkan dalam (b) Tugasan
pentaksiran sesuatu konstruk serta
cara pemberian skornya. Apa yang perlu diberikan sebagai
respons.
1.9.2 Komponen Item
(c) Arahan
Terdiri daripada:
Bagaimana cara memberikan
(a) Rangsangan/stimulus respons.

Mengandungi maklumat khusus (d) Opsyen (bagi item objektif aneka


dalam bentuk petikan, rajah, jadual, pilihan)
dll.
Pilihan Jawapan.
Rangsangan terdiri daripada
pelbagai jenis iaitu: (e) Peraturan Pemarkahan/Skema
Penskoran (bagi item subjektif)
(i) Penggunaan teks sepenuhnya/
secara berterusan (continuous Kaedah pemberian skor sama ada
text). Satu ayat adalah unit menggunakan penskoran analitikal
terkecil dan biasanya ayat-ayat atau rubrik holistik.
dibina untuk menjadi satu
perenggan. Contoh komponen item adalah
seperti berikut:
(ii) Penggunaan teks bukan secara
berterusan (non continuous text).

47
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 56

Contoh Komponen Item Objektif

Stem
(Rangsangan/stimulus, arahan
dan tugasan)

Rajah 8 menunjukkan bentuk muka bumi pinggir laut.

Rajah 8

Apakah bentuk muka bumi yang bertanda X?

}
{ A Teluk
B Lagun
Pilihan jawapan
{ C Tanjung
D Tebing tinggi

Pengganggu Kunci jawapan

48
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 57

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Contoh Komponen Item Subjektif

Stem (Rangsangan/stimulus, arahan dan tugasan)

Maklumat berikut berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan


ekonomi.

Memandangkan
harga barangan meningkat
secara berterusan, bank pusat
telah mengubah kadar faedah
dan kadar rizab tunai untuk
mengurangkan pinjaman.

(i) Apakah keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut?


[1 markah]
(ii) Bagaimanakah kedua-dua cara yang dinyatakan dapat
mengawal keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut?
[6 markah]

Peraturan Pemarkahan

(i) Inflasi F2 Menaikkan kadar rizab tunai


H4 Keupayaan bank perdagangan
(ii) F1 Menaikkan kadar faedah memberi pinjaman jatuh
H1 Kos pinjaman meningkat H5 Jumlah pinjaman jatuh
H2 Jumlah pinjaman jatuh
H3 Jumlah tabungan meningkat H6 Permintaan kuasa beli jatuh
H7 Penawaran wang dalam
F - fakta ekonomi jatuh
H - huraian [maksimum 6 markah]

49
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 58

1.9.3 Item Pengingatan dan Item (a) Kelancaran


Pemikiran
Kebolehan yang dipamerkan melalui
Item boleh diklasifikasikan sebagai penghasilan idea yang banyak,
Pengingatan (Recall Item) dan pendapat, pandangan dan buah
Pemikiran (Thinking Item). fikiran yang dipersembahkan melalui
lisan, grafik atau bertulis.
Item Pengingatan ialah item yang
memerlukan pengingatan untuk (b) Keluwesan
menjawabnya. Item pengingatan
merupakan item aras rendah kerana Kebolehan mengembangkan atau
murid tidak memerlukan KBAT untuk mempelbagaikan sesuatu idea
mendapatkan respons, hanya pandangan, buah fikiran dalam
memerlukan daya ingatan. pelbagai cara, kategori dan aspek.

Item Pemikiran ialah item yang (c) Kejelasan


memerlukan calon mengaplikasikan
kemahiran berfikir untuk Kebolehan menghuraikan idea,
menjawabnya. pendapat, pandangan dan buah
fikiran dengan terperinci secara
Murid perlu melakukan beberapa sistematik.
proses atau tingkat pemikiran seperti
mengaplikasi, menganalisis, menilai (d) Keaslian
dan menjana idea dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan yang Kebolehan menghasilkan sesuatu
diberi. Kemahiran berfikir adalah luas idea, pendapat dan buah fikiran yang
dan pelbagai. Pemikiran kreatif dan baharu, luar biasa dan hanya
pemikiran kritis adalah antara jenis sekumpulan individu sahaja yang
kemahiran berfikir yang perlu menggunakannya.
diperkembangkan dalam diri pelajar.
Oleh itu setiap item yang menguji
Pemikiran kreatif adalah bersifat kemahiran berfikir murid perlulah ada
generatif. Ia melibatkan penghasilan perkara berikut:
idea baharu ataupun
pengubahsuaian idea yang ada • Situasi/stimulus dibekalkan
terhadap sesuatu komunikasi.
Pemikiran kreatif boleh dilihat melalui • Set pengetahuan/kemahiran
kriteria seperti kelancaran,
keluwesan, kejelasan dan keaslian. • Peluang bagi penjanaan idea
Kewujudan pemikiran kreatif boleh
dilihat melalui petunjuk tertentu. • Peluang menghasilkan produk

50
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 59

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Sebaliknya Pemikiran Kritis adalah bersifat evaluatif. Ia melibatkan analisis


yang objektif, jitu dan gigih terhadap setiap maklumat, data dan komunikasi.
Pemikiran kritis boleh dilihat melalui kriteria seperti keobjektifan, kejituan dan
kegigihan. Kewujudan pemikiran kritis boleh dilihat melalui petunjuk tertentu.

1.9.4 Item Objektif

Item objektif ialah item yang memerlukan individu memilih respons daripada
senarai yang diberikan atau mengemukakan respons sendiri. Oleh sebab
evidens diperoleh dengan segera dan seragam maka skor item mampu
memberikan maklum balas segera kepada individu tentang perkembangan
dirinya daripadaaspek kognitif, afektif, kemahiran dan sikap.

Item objektif sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kefahaman,


kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir.

Kaedah penskoran ialah senarai semak iaitu hanya melibatkan satu jawapan
betul, satu markah untuk jawapan betul dan kosong markah untuk jawapan
salah. Respons murid adalah bersifat dikotomus.

Kekuatan ujian objektif sebagai instrumen pentaksiran

a Mampu meliputi skor yang d Evidens diperoleh dengan


luas segera dan seragam maka
skor item mampu memberi
b Masa yang diperuntukkan maklum balas segera
digunakan secara efisien kepada individu mengenai
perkembangan dirinya dari
c Penskoran boleh dilakukan aspek kognitif, afektif,
dengan cepat dan efisien kemahiran dan sikap

Kelemahan ujian objektif sebagai instrumen pentaksiran

a Wujud kecenderungan b Murid tidak dapat


untuk meneka mengemukakan idea sendiri
kerana respons terhad

51
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 60

1.9.4.1 Jenis Item Objektif

Item objektif terdiri daripada dua bentuk, iaitu sama ada memilih respons yang
telah disediakan atau mengemukakan respons sendiri.

Jenis Item Objektif

Item Yang Berbentuk Item Yang Berbentuk


Memilih Respons Mengemukakan Respons

• Aneka Pilihan • lsi Tempat Kosong

• Aneka Gabungan • Objektif Bergred


(Graded Objective)
• Penegasan/Alasan

• Padanan

• Benar/Palsu

• Isi Tempat Kosong

• Pernyataan Betul/Salah

1.9.5 Item Subjektif

Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang
diberikan. Item ini digunakan supaya calon boleh mempamerkan kedalaman
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.

Calon boleh memberikan respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan


yang bersifat polikotomus. Oleh itu, item ini mampu disesuaikan untuk menguji
tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis,
mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang
memerlukan calon mengaplikasikan kemahiran berfikir.

Item subjektif juga memberikan kebebasan yang agak luas kepada calon bukan
sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek
respons itu.

52
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 61

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

1.9.5.1 Jenis Item Subjektif Item respons terbuka sesuai untuk


mengukur konstruk yang memerlukan
Item subjektif terdiri daripada tiga murid menggunakan beberapa
bentuk, iaitu Item Respons Terbuka kombinasi kemahiran seperti
(Extended Response), Item Respons menginterpretasi, menyelesaikan
Terhad (Restricted Response) dan masalah dan membuat keputusan.
Item Berstruktur (Structured). Meskipun begitu, darjah kebebasan ini
tertakluk kepada keperluan tugasan,
(a) Item Respons Terbuka stimulus dan prompt yang diberi. Item
jenis ini membolehkan murid
Item respons terbuka adalah contoh mempamerkan proses pemikiran kritis
item subjektif. Item respons terbuka dan kreatif mereka kepada pentaksir.
bersifat polikotomus dan mengundang
pelbagai kemungkinan jawapan Penskoran holistik lebih sesuai
daripada murid secara bertulis. Item digunakan untuk respons yang
ini memberikan kebebasan pada terbuka kerana murid perlu
murid untuk merancang dan mengenalpasti dan memilih isi dan
membentuk jawapan. Murid bebas idea daripada pengetahuan sendiri,
mengemukakan idea, pendapat dan menyusun idea dan isi itu dan
tanggapan mereka, mengorganisasi seterusnya menulisnya dengan cara
idea, membina hujah yang logis, yang logis dan dapat difahami. Oleh
membentangkan penilaian sebuah itu, peraturan pemarkahan yang
pemikiran, atau mengaitkan pemikiran disediakan perlulah jelas, terperinci
dan perasaan. dan komprehensif.

Kekuatan item respons terbuka

a Mengenal pasti, memilih, c Menghasilkan sesuatu


mengorganisasi dan idea yang asli
mempersembahkan
sesuatu perkara atau idea d Membuat pertimbangan
dalam bentuk suatu dan penilaian tentang
komunikasi sesuatu idea atau
maklumat
b Menyatu dan
menggabungkan pelbagai e Menerokai pelbagai pilihan,
pengetahuan, idea dan cara atau pendekatan
maklumat daripada pelbagai bagi menyelesaikan masalah
sumber pembelajaran

53
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 62

Kelemahan item respons terbuka

a Penskoran respons pelajar d Memerlukan murid menulis


dilakukan secara subjektif dengan bentuk tulisan yang
dan boleh memberikan kesan jelas dan boleh dibaca.
halo Bentuk tulisan yang
kurang jelas dan sukar
b Memerlukan masa yang dibaca akan menyebabkan
panjang untuk memberi skor pemeriksa menghadapi
berbanding dengan item masalah untuk memahami
objektif idea atau maklumat yang
disampaikan. Ini mungkin
c Memerlukan pemeriksa yang boleh menjejaskan skor
terlatih untuk memberi skor murid.

(b) Item Respons Terhad

Item respons terhad pula berkecenderungan mengehadkan bentuk dan


respons murid. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal
dan markah yang diperuntukkan.

Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang


disediakan. Biasanya item ini memerlukan murid memberikan respons dalam
satu frasa, atau beberapa ayat, atau satu perenggan. Item KBAT jenis ini
memerlukan kepada menguji kemahiran aplikasi, kemahiran membuat
keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran-kemahiran lain.

Dengan mengehadkan bentuk dan panjangnya respons murid, pemarkahan


lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian.

Item ini digunakan supaya murid boleh mempamerkan kedalaman


pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Murid boleh memberi respons
dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersifat polikotomus. Oleh itu,
item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi
seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat
pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan murid
mengaplikasikan kemahiran berfikir.

54
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 63

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Penskoran objektif bergred dan penskoran analitikal lebih sesuai digunakan


untuk respons yang agak terhad di mana kejituan dan ketepatan respons
adalah diutamakan.

Kekuatan item respons terhad

a Berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu


tujuan yang khusus.

Kelemahan item respons terhad

a Respons murid adalah b Tidak dapat


terhad. Oleh itu item jenis mengumpulkan evidens
ini kurang berupaya untuk yang mencukupi tentang
mentaksir kematangan kemahiran berfikir murid
pemikiran murid
c Kemungkinan banyak
memberikan respons
secara meneka

(c) Item berstruktur

Item berstruktur adalah contoh item subjektif yang membenarkan subjektiviti


dalam respons yang diberikan.

Item berstruktur ialah satu siri tugasan item yang dikemukakan dengan
keadaan:

(i) Terdapat perkaitan antara setiap tugasan dengan stimulus

(ii) Terdapat perkaitan antara setiap siri tugasan item dan respons terakhir yang
diberikan merupakan keseluruhan proses yang berkenaan

Item berstruktur membentangkan suatu situasi atau keadaan kepada pelajar


yang menghendaki pelajar memberikan respons merupai situasi pembelajaran-
pengajaran. Item berstruktur boleh juga digunakan untuk mentaksir
pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu perkara sama ada dalam situasi
yang mudah, kompleks, lazim dan bukan lazim. Stimulus yang lazim digunakan
adalah dalam bentuk gambar rajah, jadual, carta alir, gambar foto dan petikan.

55
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 64

1.9.7 Rumusan

Secara umumnya item yang baik perlu mempunyai ciri berikut:

• Tepat mentaksir perkara yang • Tidak bias – jantina, etnik,


hendak ditaksir kumpulan sosio-ekonomi, lokasi
geografi
• Tugasan dan arahan jelas
• Tidak menyentuh hal sensitif –
• Ayat pendek, padat, jelas dan agama, budaya, etnik (ethnic)
terus kepada maksud
• Pilihan jawapan homogen – dari
• Kunci jawapan tidak bersifat segi panjang pilihan jawapan,
payung, terlalu umum, paling jenis, kumpulan
panjang, paling menonjol, paling
lengkap • Menyoal perkara yang penting
dari segi konteks dan situasi.
• Stem tidak memberi panduan Tidak wajar menyoal perkara yang
(clue) kepada jawapan (leading terlalu terpencil dan tidak
item) atau word association mempunyai kepentingan
• Rangsangan berfungsi. Item • Jelas – tata bahasa, ayat,
mesti didasarkan kepada ekspresi, stail
rangsangan
• Tanda bacaan, huruf besar, huruf
• Tiada negatif berganda kecil hendaklah tepat
• Tata bahasa betul • Boleh mendiskriminasikan murid
• Laras bahasa sesuai dengan yang berlainan keupayaan. Bukan
kohort umur kumpulan sasar item terlalu senang iaitu item
yang dijangka boleh dijawab oleh
• Menggunakan istilah yang biasa, semua murid atau item terlalu
terkini dan diterima umum sukar yang tidak boleh dijawab
• Tulen – tidak diciplak dari mana- oleh semua murid
mana sumber

56
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 65

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

1.10 Peraturan Bagi item objektif, khasnya jenis yang


Pemarkahan memilih respons, peraturan
pemarkahan ialah dokumen yang
mengandungi jawapan muktamad.
Peraturan pemarkahan ialah
dokumen yang mengandungi
Bagi item yang mengemukakan
jawapan/contoh jawapan, panduan
respons, peraturan pemarkahan
untuk menskor respons calon dan
mengandungi pelbagai contoh
pembahagian skor bagi setiap
jawapan. Peraturan pemarkahan bagi
tugasan yang terdapat dalam setiap
item objektif bergred mengandungi
item.
jawapan muktamad. Jika jawapan
muktamad tidak diperoleh, panduan
Secara amnya, pemarkahan
menskor respons calon akan
melibatkan proses penentuan
disediakan.
peruntukan skor bagi setiap respons
yang dipersembahkan oleh calon.
Peraturan pemarkahan bagi item
Oleh itu adalah penting untuk
subjektif mengandungi contoh
menunjukkan dengan jelas dan
jawapan, panduan untuk menskor
terperinci perkara-perkara yang
respons calon dan pembahagian skor
dikehendaki dalam tugasan item dan
bagi setiap tugasan yang terdapat
arahan tentang cara respons itu
dalam setiap item.
dipersembahkan.
1.10.1 Tujuan Menyediakan
Bentuk jawapan yang ideal juga Peraturan Pemarkahan
disertakan sebagai rujukan kepada
pemeriksa semasa menimbangkan (a) Menentukan ketekalan
skor yang harus diberikan kepada (consistency) pemarkahan antara
jawapan calon yang diperiksa. seorang pemeriksa atau beberapa
orang pemeriksa atau antara
Panduan dan jawapan/contoh kumpulan pemeriksa
jawapan akan membantu pemeriksa
melakukan pemeriksaan dengan (b) Menentukan ketepatan pemberian
darjah ketekalan yang tinggi untuk markah
menjamin keadilan dalam
pentaksiran. Hal ini juga dapat (c) Menunjukkan aspek yang
memastikan sesuatu respons itu diambilkira semasa membuat
akan diberikan skor yang sama pertimbangan tentang jawapan
walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang dikemukakan oleh murid
yang berlainan.
(d) Memberi penekanan atau
Tambahan pula, jawapan itu akan pemberatan kepada setiap aspek
menjadi panduan (guide) dan bahan tugasan
rujukan dalam peperiksaan.

57
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 66

Ebel (1972) menyatakan Oleh itu, prinsip pemberian skor dan


kebolehpercayaan ujian boleh kaedah memberi markah sangat
ditentukan oleh tiga faktor. Satu mustahak dipatuhi untuk memastikan
antaranya ialah konsistensi dan ujian itu sah dan boleh dipercayai.
keobjektifan para pemeriksa skrip
jawapan semasa memeriksa dan 1.10.2 Kaedah Pemarkahan/
memberi markah. Konsistensi Penskoran
pemeriksa memberi markah amatlah
penting. Mengikut Wood (1993), Kaedah pemarkahan/penskoran
pemarkahan yang dibuat secara terdiri daripada senarai semak (check
analitikal atau holistik tidak akan list) dan skala markah (rating scales).
merubah keputusan calon tetapi yang
penting ialah perlakuan memberi Rajah 9 menunjukkan jenis kaedah
markah oleh pemeriksa dengan pemarkahan/penskoran.
pemeriksa yang lain. Manakala
keobjektifan pemarkahan pula Senarai semak adalah kaedah
merujuk kepada sejauhmanakah pemarkahan untuk respons yang
beberapa pemeriksa bersetuju memberi senarai jawapan muktamad.
dengan markah yang perlu diberi Ia biasa digunakan untuk item aneka
kepada sesuatu skrip jawapan calon. pilihan dan respons terhad.
Semakin tinggi darjah persetujuan
mereka maka semakin tinggi darjah
kebolehpercayaan skor ujian itu.

Jenis Kaedah
Pemarkahan/
Penskoran

Senarai Skala Markah/


Semak Skor (Rating
(Check List) Scales)

Rubrik

Penskoran
Penskoran Penskoran
Objektif
Analitikal Holistik
Bergred

Rajah 9

58
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 67

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Rubrik pula adalah panduan penskoran untuk menilai prestasi murid


berdasarkan cakupan kriteria yang luas. Ia merupakan alat untuk mengukur
respons atau hasil kerja murid dalam pentaksiran autentik (pentaksiran yang
menilai berdasarkan kriteria dalam kontek tugasan). Rubrik memperincikan
tahap prestasi murid berdasarkan kepada setiap kriteria bagi perkara yang
ditaksir.

Rajah 10 menunjukkan contoh rubrik penilaian sesuatu item.

Cemerlang Baik Memuaskan Lemah


ASPEK
(7-8) (5-6) (3-4) (1-2)
Aspek 1

Aspek 2 Deskriptor:
Pernyataan petunjuk prestasi penguasaan pada
Aspek 3
setiap tahap bagi aspek tertentu
Aspek 4

Aspek 5

Rajah 10

Perkara yang ada dalam deskriptor Skala markah/skor adalah dalam


bentuk:
(a) Kriteria atau ciri tingkah laku
yang terdapat dalam suatu 1. Penskoran Objektif Bergred
aspek (Graded Objective Scoring)

(b) Dimensi kriteria atau tingkah laku Penskoran objektif bergred dilakukan
yang boleh diukur oleh dengan terus memberikan skor
pernyataan kualiti penuh kepada respons yang betul.
Sekiranya respons tidak menepati
(c) Contoh: ketepatan tugasan, skor akan diberi
kepada peringkat-peringkat yang
• Dapat menyediakan tertentu dalam persembahan respons
kemudahan perkhidmatan itu.
pelanggan yang lengkap dan
kemas

• Dapat mengemukakan
tindakan penambahbaikan
terhadap aduan pelanggan
yang sesuai, segera dan
lengkap
59
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 68

2. Penskoran Analitikal Penskoran ini menggunakan


(Point-score-method) pendekatan pemberian skor yang
mengambil kira mutu respons secara
Rubrik ini sesuai digunakan untuk keseluruhan berdasarkan satu piawai
respons yang agak terhad di mana yang telah ditetapkan. Perkara-
kejituan dan ketepatan respons perkara yang harus dipertimbangkan
adalah diutamakan. Penskoran dalam menentukan piawai harus
analitikal dilakukan dengan cara skor dikenal pasti, kemudian pelbagai
diberikan mengikut poin-poin yang tahap pencapaian ditentukan.
telah ditentukan untuk satu-satu
tugasan item. Tahap pemberian skor ini dikenali
sebagai gred. (Contoh gred
Caranya adalah dengan mengadakan cemerlang, kepujian, baik,
satu senarai semak (check list). Tiap- memuaskan, dan lemah). Pemeriksa
tiap satu poin itu ditentukan pula akan memeriksa (membaca, melihat
skornya. Skor diberikan adalah atau mendengar) respons calon
dengan berdasarkan poin-poin dalam secara keseluruhan, kemudian
respons calon tanpa mengambil kira menimbangkan gred bagi respons itu
respons secara keseluruhan. berdasarkan piawai yang ditetapkan.

Jumlah keseluruhan markah akan Setiap piawai gred pula terdapat satu
menentukan kedudukanseseorang julat skor yang membezakan pelbagai
calon berbanding dengan prestasi pencapaian dalam gred itu. Untuk
calon lain. memastikan ketekalan pemberian
skor, lazimnya dijalankan proses yang
(Rujuk contoh di Jadual 1) dikenali sebagai kaji semula gred
(grade review).

3. Penskoran Holistik (Holistic)/ (Rujuk contoh di Jadual 2)


Penskoran Mutu Keseluruhan
(Global)

Perkataan holistik berasal daripada


perkataan Greek 'holos' yang
membawa maksud keseluruhan atau
secukupnya. Rubrik ini sesuai apabila
banyak respons murid yang hendak
diperiksa terutama jenis item respons
terbuka.

60
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:37 PM Page 69

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

1.10.3 Prosedur Penskoran 1.10.4 Kesan Halo (Halo Effect)

Tahap-tahap pencapaian telah Kesan halo merujuk faktor yang


ditetapkan mengikut gred cemerlang, mempengaruhi seseorang pemeriksa
kepujian, baik, memuaskan dan sewaktu memeriksa skrip jawapan,
lemah berdasarkan julat skor bagi sama ada menambahkan atau
gred itu. mengurangkan jumlah daripada skor
Prosedur yang sesuai adalah seperti yang sepatutnya.
yang berikut:
Kesan ini dapat dikurangkan dengan
(i) Pemeriksa akan memeriksa cara-cara yang berikut:
sampel-sampel skrip jawapan
dan mengikut kepakaran masing- (i) Identiti calon dirahsiakan,
masing akan menentukan gred misalnya menggunakan kod bagi
setiap skrip berdasarkan piawaian menggantikan nama calon.
yang telah ditetapkan.
(ii) Jawapan calon diperiksa
(ii) Selepas itu, satu lagi kumpulan mengikut satu-satu item pada
pemeriksa akan memeriksa skrip satu masa dan sebaik-baiknya
yang sama dan sekali lagi, dalam satu tempoh masa sahaja.
mengikut kepakaran masing-
masing akan menentukan gred (iii) Jika banyak respons yang
setiap skrip berdasarkan diperiksa, pemeriksa hendaklah
piawaian yang telah ditetapkan. selalu merujuk peraturan
pemarkahan semula untuk
(iii) Perbandingan skor antara mengekalkan standard dan
kedua-dua kumpulan pembaca ketekalan pemarkahan.
itu dapat diatasi atau pun setidak-
tidaknya dapat dikurangkan (iv) Bagi peperiksaan yang penting,
ke tahap yang minimum. pemarkahan sebaik-baiknya
Seharusnya tiada perbezaan dibuat oleh dua orang pemeriksa
langsung. yang berpengalaman. Biasanya
(iv) Seterusnya membuat jumlah skrip jawapan yang
pemarkahan pada kertas-kertas diperuntukkan adalah antara 100
yang lain. hingga 300 skrip bagi seorang
pemeriksa. Korelasi pemberian
Penskoran holistik keseluruhan ini skor antara kedua-dua pemeriksa
sesuai apabila banyak respons calon digunakan untuk menentukan
yang hendak diperiksa terutama jenis kebolehpercayaan skor ujian bagi
item respons terbuka. Sebaliknya skrip jawapan itu.
penskoran analitikal lebih sesuai
digunakan untuk respons yang agak
terhad yakni kejituan dan ketepatan
respons diutamakan.
61
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:37 PM Page 70

CONTOH RUBRIK PENSKORAN ANALITIKAL

RUBRIK PENSKORAN
NILAI SKOR &
5 4
ASPEK (CEMERLANG) (BAIK)

1. Kefahaman • Amat faham tentang • Amat faham tentang


Tugasan kehendak tugasan. kehendak tugasan.
( 10% ) • Dapat memberikan • Dapat memberikan
definisi & menjelaskan definisi & menjelaskan
konsep dengan tepat & konsep dengan tepat
terperinci. tapi kurang terperinci.

2. Kejelasan • Penerangan amat jelas • Penerangan jelas &


Fakta & tepat. tepat.
( 40% ) • Dapat memberikan tiga/ • Dapat memberikan tiga/
lima isi berserta lima isi berserta huraian
huraian & contoh yang & contoh yang
berasaskan organisasi berasaskan organisasi
secara amat relevan, secara relevan,
terperinci & tepat. terperinci & tepat.

3. Kematangan • Dapat menilai & • Dapat menilai &


Berfikir membuat refleksi. membuat refleksi.
( 30% ) • Dapat mengaitkan hujah • Masih dapat mengaitkan
dengan organisasi, isu- hujah dengan organisasi,
isu semasa & dasar- isu-isu semasa & dasar-
dasar negara. dasar negara.

4. Kebolehan • Amat berkebolehan


Menyelesai • Berkebolehan membuat
membuat rumusan idea.
Masalah rumusan idea.
• Amat berkebolehan
( 20% ) • B e r k e b o l e h a n
menyelesaikan masalah
menyelesaikan masalah
dengan tepat.
dengan tepat.
• Amat berkebolehan
• Berkebolehan membuat
membuat keputusan
keputusan.
dengan bijak.

JUMLAH
Jadual 1

62
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:37 PM Page 71

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

TUGASAN BERTULIS
KRITERIA SKOR
CALON
3 2 1
(MEMUASKAN) (SEDERHANA) (LEMAH)

• Faham tentang • Kurang faham tentang • Tidak faham tentang


kehendak tugasan. kehendak tugasan. kehendak tugasan.
• Dapat memberikan • Dapat memberikan • Tidak dapat
definisi & menjelas- definisi & konsep tetapi memberikan definisi &
kan konsep dengan kurang tepat. konsep.
tepat tetapi tidak
terperinci.

• Penerangan masih • Penerangan kurang • Penerangan tidak jelas.


jelas tetapi kurang jelas. • Isi yang dikemukakan
tepat. • Isi yang dikemukakan tidak relevan.
• Dapat memberikan kurang relevan &
tiga/lima isi berserta bercampur aduk.
huraian & contoh
yang berasaskan
organisasi secara
masih relevan.

• Kurang dapat menilai • Tidak dapat menilai & • Tidak dapat menilai &
& tidak membuat tidak membuat refleksi. tidak membuat refleksi.
refleksi. • Tidak dapat mengaitkan • Tidak dapat mengaitkan
• Tidak dapat hujah dengan organisasi, hujah dengan organisasi,
mengaitkan hujah isu-isu semasa & dasar- isu-isu semasa & dasar-
dengan organisasi, dasar negara. dasar negara.
isu-isu semasa &
dasar-dasar negara.

• Masih berkebolehan • Kurang berkebolehan • Tidak berkebolehan


membuat rumusan membuat rumusan idea. membuat rumusan idea.
idea. • Kurang berkebolehan • Tidak berkebolehan
• Masih berkebolehan menyelesaikan masalah menyelesaikan masalah
menyelesaikan dengan tepat. dengan tepat.
masalah dengan • Kurang berkebolehan • Tidak berkebolehan
tepat. membuat keputusan. membuat keputusan.
• Masih berkebolehan
membuat keputusan.

SKOR

63
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:37 PM Page 72

CONTOH RUBRIK PENSKORAN HOLISTIK

PENULISAN LAPORAN KAJIAN

TAHAP
PENERANGAN
PENCAPAIAN
• Menggunakan tata bahasa dengan cemerlang
dan ayat yang lengkap untuk semua bahagian.
Laporan ditulis dalam format esei.

A
(Cemerlang)
• Laporan mengikut susunan yang betul iaitu
tajuk, senarai kandungan, penghargaan,
pendahuluan, objektif kajian, kawasan kajian,
kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan,
rujukan dan lampiran.
• Laporan yang komprehensif.

• Menggunakan tata bahasa yang betul dan ayat


yang lengkap.
Laporan ditulis dalam format esei.

B
• Laporan mengikut susunan yang betul iaitu tajuk,
senarai kandungan, penghargaan, pendahuluan,
objektif kajian, kawasan kajian, kaedah kajian,
dapatan kajian, rumusan, rujukan dan lampiran.
(Baik)
• Laporan yang hampir menyeluruh tetapi
terdapat beberapa maklumat penting yang tidak
dinyatakan.
• Menggunakan tata bahasa yang kurang jelas dan
ayat yang tidak lengkap untuk beberapa
bahagian.
Laporan ditulis dalam format esei.

C
(Memuaskan)
• Laporan ditulis mengikut susunan yang betul iaitu
tajuk, senarai kandungan, penghargaan,
pendahuluan, objektif kajian, kawasan kajian,
kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan, rujukan
dan lampiran.
• Laporan tidak berapa lengkap, terdapat banyak
maklumat penting yang tidak dinyatakan.

Jadual 2

64
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:37 PM Page 73

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

TAHAP
PENERANGAN
PENCAPAIAN
• Menggunakan bahasa yang sukar difahami
laporan ditulis dalam format nota.

D
(Lemah)
• Terdapat beberapa bahagian yang tidak
mengikut susunan yang betul.
• Laporan yang tidak lengkap, sebahagian
besar maklumat penting yang tidak dinyatakan.

• Menggunakan bahasa yang sangat sukar


difahami.

E
Laporan ditulis dalam format nota.
• Terdapat bahagian yang tidak mengikut
susunan yang betul.
(Sangat Lemah)
• Laporan tidak lengkap, hampir semua maklumat
penting tidak dinyatakan.

65
isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:37 PM Page 74

Panduan Dalam Pemarkahan/Penskoran


1 Markah diberi hendaklah berpandukan kepada peraturan pemarkahan dan
seadil yang mungkin. Markah yang diperoleh calon hendaklah setekal yang
mungkin supaya ujian itu boleh dipercayai dan sah bagi memenuhi objektif
ujian itu diadakan.

2 Markah diberi berdasarkan ketepatan jawapan yang diberi oleh calon


mengikut kehendak soalan atau tugasan berpandukan peraturan pemarkahan.
Jika jawapan yang diberi tidak mengikut kehendak soalan atau tugasan,
walaupun dari segi fakta betul, markah tidak akan diberi.

3 Jumlah markah yang diberi bagi sesuatu soalan bergantung kepada tugasan
yang dikehendaki oleh soalan dan peraturan pemarkahan. Semakin rencam dan
sukar sesuatu tugasan atau soalan itu, semakin banyak markah diperuntukkan.

4 Markah yang diterima oleh calon sepatutnya sama walaupun kertas


jawapannya diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan. Oleh itu, bagi memastikan
perkara ini, pemeriksaan hendaklah sentiasa dijalankan dengan merujuk kepada
peraturan pemarkahan yang disediakan.

5 Markah yang diterima oleh dua orang yang sama kebolehannya dalam
perkara yang diuji sepatutnya sama banyak walaupun kertas jawapan mereka
diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan. Oleh itu, penyelarasan pemeriksaan
berpandukan peraturan pemarkahan hendaklah dilaksanakan sebelum proses
markah diberi.

6 Markah diberikan kepada jawapan soalan yang menunjukkan bukti


penguasaan konstruk yang diuji sama ada tentang konsep, fakta ataupun
kemahiran. Jika terdapat bukti tersebut, maka markah hendaklah diberikan tanpa
ragu-ragu.

7 Pemberian markah tidak dipengaruhi oleh perkara lain yang tidak berkenaan
dengan tugasan atau soalan yang diuji. Antara perkara yang
tidak berkenaan ialah aspek tulisan, kesilapan membaca
soalan, pengenalan calon dan emosi pemeriksa.

66

You might also like