You are on page 1of 2

PERNYATAAN BERTULIS

DI BAWAH SEKSYEN 402B KANUN TATACARA JENAYAH

1. Saya, KPL 151132 Muhd Alfadan Zurishah Bin Taharim, seorang warganegara
Malaysia yang cukup umur dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan pada
pengetahuan dan kepercayaan saya, kandungan kenyataan ini adalah benar.
Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan saya sendiri dan dokumen-
dokumen dalam milikan saya atau kawalan saya.

2. Bahawasanya saya bertugas di Cawangan Bantuan Teknik/Jurufoto (JSJ-D6C)


Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala lumpur
sebagai Jurufoto.

3. Saya telah berkhidmat sebagai Jurufoto di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa
Maju sejak 16/05/2015 sehingga sekarang di Cawangan Bantuan Teknik/Jurufoto
(JSJ-D6C) IPD Wangsa Maju Kuala Lumpur.

4. Bidang tugas saya adalah mengambil gambar tempat kejadian,gambar bedah siasat
serta gambar barang kes dan lakaran Fotofit yang melibatkan kes siasatan jenayah
mengikut arahan tugasan daripada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah,
Ibupejabat Polis Daerah Wangsa Maju Kuala Lumpur.

5. Bersabit JTR Repot:6629/17 yang sama, pada 14/09/2017 jam lebih kurang 10.00
pagi saya bersama Insp. (G/24451) Zulhelmi Bin Abdul Halim, hadir untuk tugasan
di Bilik Mayat,Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, untuk proses
bedah siasat oleh Doktor dengan dibantu oleh kakitangan Jabatan Perubatan
Forensik Hospital Kuala Lumpur. Pada jam lebih kurang 11.00 pagi hari yang sama,
saya mula mengambil gambar proses bedah siasat mayat sehingga selesai jam
lebih kurang 07.00 petang hari yang sama. Kesemua gambar-gambar semasa

1
bedah siasat mayat dijalankan saya ambil atas arahan Doktor sebanyak (52) keping
gambar dengan bertanda (P.518/17) Sebanyak (10) keping, (P.522/17) Sebanyak
(06) keeping, (P.526/17) Sebanyak (06) keeping, (P.530/17) Sebanyak (10)
keeping, (P.530/17) Sebanyak (08) keping, (P.538/17) Sebanyak (12)
keping,kesemua gambar telah saya ambil dengan menggunakan kamera digital
jenama NIKON D90.Gambar-gambar tersebut disimpan di dalam kad memori SD
CARD (SanDisk, 8GB) yang kedua-duanya dibekalkan oleh PDRM dimana kamera
berserta kad memori tersebut didalam keadaan baik dan dalam perjalanan
penggunaannya yang biasa semasa digunakan.

6. Pada 14/09/2017 jam lebih kurang 8.00 malam, saya telah mencetak satu salinan
gambar-gambar kes bersabit JTR Repot:6629/17 sebanyak (52) keping gambar
menggunakan mesin pencetak jenama NORITSU IP64 yang dibekalkan oleh PDRM
di pejabat jurufoto D6 IPK Kuala Lumpur. Mesin pencetak tersebut turut didalam
keadaan baik dan dalam perjalanan penggunaannya yang biasa semasa digunakan.

7. Gambar-gambar bedah siasat yang disimpan dalam kad memori telah saya
pindahkan ke dalam sebuah lagi cakera padat (CD-R) yang di bekalkan oleh PDRM
untuk simpanan saya. Sejurus itu, gambar-gambar kes bersabit JTR
Repot:66291/17 yang disimpan di dalam kad memori telah saya padamkan kerana
kad memori akan digunakan semula untuk tugasan lain.

8. Satu salinan gambar-gambar kes bersabit JTR Repot:6629/17 telah diserahkan


kepada Pegawai Penyiasat ASP (G/14873) Mohd Fauzi Bin Shariff.

Disediakan oleh,

_________________________________________

Muhd AlfadanZurishah Bin Taharim

KPL.151132

You might also like