You are on page 1of 3

MESYUARAT PENATARAN KERJA PROJEK TINGKATAN 4 MATA PELAJARAN 4572 SAINS SUKAN SIJIL

PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2020

TARIKH : 22/10/2020

MASA : 9.00 PAGI – 1.00 PETANG (SECARA ATAS TALIAN)

PENGERUSI : KHAIRUL AZLI BIN MOHAMED (KPK)

KEHADIRAN :

1. Khairul Azli Bin Mohamed KPK


2. Hasbullah Bin Abdullah KPN PERAK
3. Faridul Nadzri Bin Abdullah KPN KEDAH
4. Mohd Nasir Bin Judi KPN Selangor
5. Mohd Khairul Anuar Bin Azmi KPN Kelantan
6. Mohd Azri Bin Bunyamin KPN P.Pinang
7. Shurizan Bin Mansor KPN Perlis
8. Jomiri Mapaun KPN Sabah
9. Khairul Haizat Bin Husin KPN Terengganu
10. Mohd Sufian Bin Tokiman KPN Johor
11. Haryatee Bin Mohamad KPN Pahang
12. Norzaiton Binti Md Noor KPN WPKL
13. Mohamed Yazed Bin Mohamed Isa KPN Melaka
14. Jefry Bin Ngaiman KPN N.Sembilan
15. Siti Noraya Binti Marilkan KPN Sarawak

TURUT HADIR :

1. Encik Mohd Ridwan Bin Ahmed LPM

1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua KPN dan berharap semua dalam keadaan
sihat walafiat dalam menghadapi hari – hari yang mencabar mendepani wabak Covid -19

2.0 Ucapan alu-aluan pegawai meja

En.Mohd Ridwan juga mengalukan kedatangan semua KPN dalam mesyuarat atas talian dan
mendoakan kesejahteraan semua warga KPN dan sentiasa bersedia mendepani hari – hari
mendatang dalam menghadapi cabaran wabak Covid -19
3.0 Perbincangan Garis Panduan Pelaksanaan Kerja Projek Sains Sukan 4572/3 semasa PKP3

merujuk kepada Cadangan Prosedur Operasi Standard Perlaksanaan Kerja projek Sains Sukan
4572/3 Tingkatan 4 semasa PKPP dan Pasca PKP tahun 2020 :

3.1 Merujuk No.3, calon mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan secara individu dan mengekalkan jarak sosial 1 meter.
3.2 Merujuk No. 5, Kotak pencatat yang disediakan boleh menggunakan tali tape putih
merah, gelung rotan, kon ,dan apa-apa yang bersesuian dengan lokasi amali
dijalankan
3.3 Merujuk Arahan Kepada Guru No.4, tapak perlaksanaan kerja projek mestilah
mengikut ukuran yang ditetapkan (berkeluasan 5m x 10m) walaupun perlaksanaan
kerja projek tidak dijalankan di padang.
3.4 Merujuk Arahan Kepada Guru No.5, perlaksanaan kerja projek haruslah mengikut
keperluan dan kesediaan guru berdasarkan tempat dan peralatan sekolah masing-
masing.
3.5 Sebagai langkah keselamatan dan pematuhan SOP Covid-19, Calon perlu membawa
telefon bimbit sendiri dengan kebenaran pihak sekolah
3.6 Calon perlu membawa tuala sendiri untuk kebersihan diri
3.7 Surat Kebenaran Ibu bapa untuk melaksanakan kerja projek disediakan oleh pihak
sekolah

4.0 Perbincangan Kertas Projek ( Arahan kepada calon )

4.1 Merujuk Panduan perlaksanaan tugasan 2.4.7 , calon yang berperanan mengambil
gambar tidak perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

4.2 Merujuk Panduan Penulisan laporan 3.3.2, calon boleh melabel dan menamakan
mana-mana sendi sinovial pada gambar yang mereka sediakan.

5.0 Perbincangan Kertas Projek ( Panduan Pemeriksa )

5.1 Merujuk pelaporan calon 3.3.2 Melabel dan menamakan dua jenis sendi sinovial
pada mana-mana gambar di 3.3.1, calon perlu memberikan nama khusus kepada
sendi sinovial yang dipilih
5.2 Merujuk pelaporan calon 3.3.3 Menjelaskan kestabilan dan pengaruh stabiliti pada
setiap fasa, calon boleh memberikan jawapan kestabilan yang tinggi / stabil / tidak
stabil / kurang stabil .
5.3 Merujuk pelaporan calon 3.3.4, pelajar boleh memberikan jawapan seprti berikut :

i Fasa 1 – Inersia
ii Fasa 2 - Inersia / Aksi -reaksi
iii Fasa 3 - Inersia / Aksi -reaksi , pecutan.
Jawapan yang dipilih perlu disokong dengan penerangan.
5.4 Merujuk pelaporan calon 3.3.5, jawapan pelajar boleh dibuat dalam bentuk
penulisan atau jadual.
5.5 Merujuk pelaporan calon 3.3.3,3.3.4,3.3.5, calon hendaklah menggunakan istilah
‘saya’ merujuk kepada calon yang melaksanakan kerja projek tersebut.
5.6 Merujuk pelaporan calon 4.0, calon yang membuat rujukan di internet perlu
menyertakan pautan internet tersebut dan tak perlu menyediakan lampiran.

6.0 Hal – Hal lain

6.1 Sekiranya ada calon yang memakai tudung labuh, minta calon tersebut untuk pin
kan untuk menampakkan sendi sinovial yang mereka pilih
6.2 Penggunaan spike tidak diwajibkan asalkan menggunakan kasut yang sesuai dengan
keadaan kawasan kerja projek dijalankan
6.3 Pengerusi menekankan bahawa 4573/3(PP) hanya untuk guru sahaja.
6.4 Pengerusi berharap semua KPN merancang jadual dan berbincang dengan Unit
Pentaksiran JPN masing -masing agar kita dapat melaksanakan kerja projek dengan
lancer mengikut masa yang ditetapkan

7.0 Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua KPN dan
berharap Kerja Projek Sains Sukan Tingkatan 4 ini akan berjalan dengan lancar

Disediakan oleh Disemak oleh

MOHD SUFIAN BIN TOKIMAN KHAIRUL AZLI BIN MOHAMED

Disahkan Oleh

MOHD RIDZUAN BIN AHMAD

You might also like