You are on page 1of 5

DEA 2332 / K02

KOLEJ VOKASIONAL KUCHING


SARAWAK

UNIT ELEKTRIK
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAMME
KOD KURSUS /
DEA 2332
COURSE CODE
SEMESTER /
02 (DUA)
SEMESTER
NAMA KURSUS /
SUPERVISORY ELECTRICAL WORK
COURSE NAME

STANDARD
KANDUNGAN / 02 MELAKUKAN PEMBAHAGIAN KERJA
CONTENT STANDARD

Pelajar-pelajar akan boleh:

1 Mengenal pasti skop kerja dan objektif mengikut manual operasi kerja dan
prosedur operasi standard.

HASIL 2 Mengenalpasti tugas kerja dan aktiviti mengikut prosedur operasi standard.
PEMBELAJARAN 3 Menentukan fungsi kerja orang bawahan mengikut prosedur operasi standard.
KURSUS /
COURSE OUTCOMES 4 Menyesuaikan keupayaan orang bawahan mengikut prosedur operasi standard
5 Mengaplikasikan kemahiran kepimpinan mengikut huraian kerja.
6 Memantau kemajuan kerja mengikut manual operasi kerja dan prosedur
operasi standard.

NAMA PELAJAR /
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
STUDENT'S NAME

NO. KAD
………………………………………………………………………………………….
PENGENALAN /IC NO.

TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….

TS. LINANG ANAK ABI


Profesional Technologist
DEA 2332 / K02

NAMA KURSUS DEA 2332 SUPERVISORY ELECTRICAL WORK

STANDARD
02 MELAKUKAN PEMBAHAGIAN KERJA
KANDUNGAN

1. DESKRIPSI TUGAS

Bagi seseorang yang mempunyai Diploma dalam bidang elektrik, jawatan yang biasanya
ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah Penolong Jurutera (Elektrik) Gred
JA29. Antara deskripsi tugasnya ialah bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja elektrik yang
merangkumi kerja-kerja pendawaian, pengawasan terhadap pelaksanaan sesuatu projek
penyelenggaraan atau pembangunan Kerajaan yang berkaitan dengan perkakasan/peralatan
elektrik serta menentukan kerja-kerja tersebut dilaksanakan dengan teratur.

Deskripsi tugas tidak terhad kepada yang dinyatakan di atas sahaja. Ianya boleh berubah-ubah
mengikut kehendak tempat kerja dan gred jawatan. Contoh deskripsi tugas Juruteknik Elektrik
J17 sekolah berasrama penuh:
1. Mengurus, memeriksa, menyelia dan menyelenggara kerosakkan fizikal
di bangunan/kawasan, asrama dan kuarters.
2. Mengurus, memeriksa, menyelia dan menyelenggara kerosakkan elektrik
di bangunan/kawasan, asrama dan kuarters.
3. Mengurus, memeriksa, menyelia dan menyelenggara kerosakkan peralatan mekanikal
di bangunan/kawasan, asrama dan kuarters.
4. Mengurus, memeriksa, menyelenggara dan member perkhidmatan peralatan siaraya.
5. Mengurus, memesan, menerima, memeriksa dan melupuskan barang/peralatan dibawah
Juruteknik Elektrik.
6. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

TS. LINANG ANAK ABI


Profesional Technologist
DEA 2332 / K02

2. STRUKTUR PECAHAN KERJA (WORK BREAKDOWN STRUCTURE)

Didalam tajuk ini, kita akan pelajari bagaimana pembahagian proses dipanggil struktur pecahan
kerja (WBS). WBS adalah persembahan hirarki untuk sebuah projek. Ia menunjukkan
bagaimana untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan pada permulaan dan
akhiran projek. Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk menentukan aktiviti-aktiviti
yang merangkumi sebuah projek yang telah digunakan dengan meluas. Konsep WBS ini mudah
dan cepat difahami dan dipelajari.

la mengambarkan projek sebagai hirarki sasaran, objektif, aktiviti, sub-aktiviti dan pakej kerja.
Hirarki pecahan aktiviti-aktiviti ini bersambungan sehingga keseluruhan projek ditunjukkan
sebagai sebuah rangkaian yang mempunyai aktiviti-aktiviti yang jelas berasingan dan tiada
tindanan antara satu sama lain.

Setiap aktiviti mempunyai hanya satu tujuan, tempoh masa, dan mudah diuruskan; anggaran masa
dan kos mudah dikira, dan tanggungjawab untuk matlamat projek perlu jelas diagihkan. WBS
membantu aktiviti-aktiviti perancangan, belanjawan, penjadualan dan kawalan untuk pengurus
projek dan kumpulannya.

3. CIRI-CIRI WBS YANG BAIK

Aktiviti-aktiviti yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:


 Status dan penyudahan aktiviti mudah diukur
 Ia mempunyai peristiwa (event) mula dan tamat yang tetap
 Ia mempunyai tugasan-tugasan yang mudah diurus (manageable), boleh diukur
(measurable), dan tidak bergantung kepada tugasan aktiviti lain
 Ia biasanya membentuk satu siri aktiviti-aktiviti yang berterusan dari mula hingga akhir.

Dalam membuat keputusan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin termasuk dalam projek, beberapa
perkara perlu dipertimbangkan seperti:
 Jadual pembekalan bahan-bahan
 Aktiviti-aktiviti sub-kontraktor yang memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti projek

TS. LINANG ANAK ABI


Profesional Technologist
DEA 2332 / K02

 Kebolehsediaan peralatan
 Latihan dan kakitangan sedia ada

Jika ini semua memberi kesan kapada aktiviti-aktiviti projek dan juga masa penyudahan projek,
maka perlulah dimasukkan di dalam WBS sebagai aktiviti.

4. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA WBS

Langkah 1 : Bahagikan projek kepada beberapa objektif utama


Langkah 2 : Agihkan setiap objektif kepada beberapa aktiviti yang mesti dilaksanakan untuk
menyempumakan objektif tersebut.
Langkah 3 : Untuk setiap aktiviti, bahagikan kepada beberapa sub-aktiviti kecil.
Langkah 4 : Peringkat terendah sub-aktiviti didalam hirarki merupakan pakej kerja asas yang
perlu dilaksanakan untuk menyempurnakan projek.

Contoh : Langkah untuk membina WBS dalam perancangan melaksanakan satu persidangan.

Bahagikan projek kepada objektif utama.


1.1. Bentuk program
1.2. Tentukan tarikh dan tempat persidangan
1.3. Merekabentuk dan melaksanakan rancangan pemasaran

Bahagikan objektif utama kepada aktiviti-aktiviti.


1.1. Bentuk program
1.1.1. Tentukan tarikh persidangan
1.1.2. Dapatkan penceramah
1.1.3. Sediakan nota-nota untuk persidangan

TS. LINANG ANAK ABI


Profesional Technologist
DEA 2332 / K02

Rajah 1: Carta WBS

5. KEGUNAAN WBS

WBS amat berguna untuk perancangan aktiviti yang lebih mendalam dan semasa peringkat awal
perlaksanaan projek. Salah satu penggunaannya ialah untuk melihat secara global dan terperinci
projek tersebut. Dengan cara ini, ianya merupakan asas kepada perancangan masa, kos dan
perlaksanaan, dan juga untuk kawalan serta laporan.

Semasa perancangan berjalan, WBS akan digunakan untuk menghasilkan satu rangkaian kerja
untuk projek tersebut. Rangkaian kerja ini merupakan alat kawalan utama yang digunakan oleh
pengurus projek untuk menilai banding antara perancangan dan progres sebenar projek serta
mengambil tindakan hasil dari penilaian tersebut. WBS mudah dipelajari dan paling kurang
kecenderungan membuat kesilapan. Ianya merupakan satu persembahan secara gragikal yang
mudah difahami bagi yang kurang arif dalam projek tersebut.

TS. LINANG ANAK ABI


Profesional Technologist

You might also like