You are on page 1of 6

KUMPULAN PENGGERAK PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA

(PIBKS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

TAJUK:

KERTAS KERJA CUCI-CUCI dE TUBA ISLANDS, &


PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI KEDAH
di
PULAU TUBA, LANGKAWI KEDAH

Dengan kerjasama

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH


JABATAN ALAM SEKITAR
KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
BANK SIMPANAN NASIONAL KEDAH – PERLIS
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)
1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini disediakan untuk memohon pertimbangan serta kelulusan pihak yang
berkenaan bagi peruntukan kepada program Cuci-Cuci dE Tuba Islands, dan
Pelancaran Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah di Pulau Tuba, Langkawi
Kedah.
1.2 Kertas konsep ini disediakan adalah untuk memberi penjelasan tentang pelaksanaan
Cuci-Cuci dE Tuba Islands dan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah
Program ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, Bank Simpanan Nasional,
korporat, badan bukan kerajaan, warga IPT, warga sekolah dan orang awam (Pulau
Tuba) di Negeri Kedah.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Hari Cuci-Cuci dE Tuba Islands dan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah
diadakan ke arah mentransformasikan program kesedaran alam sekitar kepada
masyarakat awam terutamanya para pelajar dan masyarakat Pulau Tuba bagi
mendapatkan impak yang lebih besar, bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada
bumi sebagai sebuah ’Negara Lestari’ (Sustainable Nation) .

2.2 Sambutan Hari Cuci-Cuci dE Tuba Islands dan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri
Kedah adalah menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang awam,
komuniti setempat, pelajar universiti , pelajar sekolah dan kanak-kanak, perunding,
industri serta swasta serta agensi kerajaan. Cuci-Cuci dE Tuba Islands dan Hari
Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah ini merupakan salah satu cabang dalam
mempromosikan alam sekitar melalui kempen pendidikan dan kesedaran alam
sekitar dengan kerjasama pelbagai pihak dan secara tidak langsung menggalakkan
pelancongan di Pulau Langkawi.

2.3 Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Kedah
mencadangkan Hari Cuci-Cuci dE Tuba Islands dan Hari Alam Sekitar Peringkat
Pulau Langkawi, Kedah 2021 diadakan Pantai Pulau Tuba, Langkawi dan akan
dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Pengarah
Pendidikan Negeri Kedah dan atau sesiapa yang berkenaan.

2.4 Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Kedah
berhasrat mendapatkan komitmen dan sokongan secara langsung dalam pelbagai
bentuk seperti sumber dana, bantuan logistik, promosi, publisiti, tempat/fasiliti,
tenaga urusetia, pengangkutan, makan minum, penginapan dan kebajikan dari
Kerajaan Negeri Kedah melalui Exco Pelancongan Seni dan Budaya, Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar,
Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA), Bank Simpanan Nasional serta semua agensi dan
jabatan serta beberapa kementerian.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan masyarakat Pulau Tuba, Langkawi dan rakyat Malaysia yang berperanan
untuk memimpin dalam memastikan alam sekitar kekal terpelihara seiring dengan
hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk menjadikan Pulau Langkawi bersih dan lestari.

i. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai ;

ii. Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas;

iii. Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara Kerajaan


Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan,
sekolah, Universiti, para pelajar dan penduduk Pulau Tuba, Langkawi di dalam
pengurusan alam sekitar ; dan

iv. Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan


kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha
pemuliharaan alam sekitar dan kebersihan.

4.0 TEMA

5.1 Tema Program Cuci-Cuci dE Tuba Islands, Pulau Langkawi, Kedah 2021 - Climate Action

5.0 SASARAN PESERTA

5.1 Sasaran peserta program adalah, pelajar-pelajar universiti, sekolah , orang awam,
Guru Muda Seluruh Malaysia, Pengetua dan Guru Besar Negeri Kedah, guru-guru
seluruh Langkawi dan penaja serta tetamu adalah 500 orang / pengunjung.

6.0 KONSEP PELAKSANAN PROGRAM

6.1 Program ini mencakupi 2 elemen utama iaitu Kesedaran dan Kerjasama :

a. Kesedaran
Program berbentuk kesedaran (awareness) komuniti setempat dijalankan secara
’hands on’ mengenai tanggungjawab komuniti dalam memastikan kelestarian
bumi.

b. Kerjasama
Program yang berbentuk khidmat komuniti ini lebih menjurus kepada pelibatan
bersama selain Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah
Langkawi, Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Negeri
Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Bank Simpanan Nasional
serta semua agensi dan jabatan termasuklah Kerajaan Negeri Kedah.
6.2 PELAKSANAAN PROGRAM

6.2a Lokasi Program


Pantai Pulau Tuba, Langkawi

6.2b Tarikh
Tarikh yang dipilih adalah 27 November 2021.

6.2c Perasmian akan dilaksanakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Rozaini bin Ahmad,
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.

6.2d Aktiviti / Pengisian Program


a. Majlis Perasmian Program Hari Cuci-Cuci dE Tuba Islands, Pulau Langkawi,
Kedah
b. J-Robik
c. Program Tanam Pokok
d. Kempen Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan
e. Pameran Pelbagai Agensi & Jualan

6.3 PENGANJUR UTAMA

Bank Simpanan Nasional, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Pendidikan


Negeri Kedah, Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta
(PIBKS) Daerah Langkawi, Kerajaan Negeri Kedah melalui Exco Pelancongan Seni dan
Budaya, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab Mengenai
Alam Sekitar, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.
PROGRAM CUCI-CUCI DE TUBA 2021

Tarikh: 27 November 2021


Tempat: Pulau Tuba
Masa: 8.30 pg hingga 12.00 tgh

12 NOVEMBER 2021
1 Penginapan (RM 150 X 40 Bilik) RM6,000.00
2 Makan Tgh (RM20 X 100) RM2,000.00
3 Makan Malam (RM30 X 100) RM3,000.00
RM11,000.00
13 NOVEMBER 2021
4 Sarapan Pagi (RM6X400) RM2,400.00
5 Makan Tengahari (RM15X400) RM6,000.00
6 Sarapan Pagi VIP (RM8X100) RM800.00
7 Makan Tengahari VIP (RM18X100) RM1,800.00
RM11,000.00
Peralatan
8 PA System (1 Set) RM1,800.00
9 Kemah (RM600 X 2 unit) RM1,200.00
10 Kerusi (RM3 x 200 unit) RM600.00
11 Banner (RM200 x 2 unit) RM400.00
RM4,000.00
Alatan Penyucian
12 Penyakar Sampah (RM12X15 unit) RM180.00
13 Sarung Tangan (RM3X300 Pasang) RM900.00
Plastic Sampah Heavy Duty (RM10X40
14 pack) RM400.00
15 Cangkul (RM35X10 unit) RM350.00
16 Scape (RM29X10 unit) RM290.00
RM2,120.00
Pengangkutan
17 Bot (RM80X7Buah x 2pergi/balik) RM1,120.00
18 Motor (RM30X10 Buah) RM300.00
RM1,420.00
Keperluan Lain
19 Air Minuman (Mineral RM8 x45) RM360.00
20 Tuala Good Morning (RM3X300) RM900.00
21 First aid box + Hand Sanitizer RM500.00
RM1,760.00
Hadiah
22 Cenderahati VIP (RM100X10) RM1,000.00
RM1,000.00
Pakaian
23 T-shirts (RM28X300) RM8,400.00
RM8,400.00

JUMLAH KESELURUHAN RM40,700.00

You might also like