You are on page 1of 6

PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI LAMAN MRCS

COMMUNITY

Sebelum bermula

1. Pastikan guru pemimpin telah mendaftar dan mengaktifkan akaun di MRCS Community
(https://mrcscommunity.org.my/).
2. Seorang guru pemimpin dari sebuah sekolah perlu dijadikan Admin Sekolah dengan mengisi
Borang Pelantikan Admin Sekolah.
3. Hantarkan Borang Pelantikan Admin Sekolah melalui Google Form
(https://bit.ly/mrcschooladmin).
4. Tunggu Super Admin untuk menetapkan akaun guru pemimpin berkenaan sebagai Admin
Sekolah. Guru pemimpin tersebut akan menerima notifikasi melalui emel.

Pendaftaran ahli kadet dan junior

1. Layari laman MRCS Community (https://mrcscommunity.org.my/).


2. Klik ‘Log in’ untuk log masuk.

3. Masukkan emel dan kata laluan anda.

Disediakan oleh Majlis Belia Kebangsaan BSMM 1


PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI LAMAN MRCS
COMMUNITY

4. Klik menu di sebelah kanan atas. Pilih ‘School Admin Portal’.

5. Klik ‘Import Cadets & Juniors’ bawah menu Community.

6. Klik ‘Download Template’ untuk memuat turun templat pengisian.

7. Padamkan contoh data dalam row 2 hingga 5.

Disediakan oleh Majlis Belia Kebangsaan BSMM 2


PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI LAMAN MRCS
COMMUNITY

8. Mengikut contoh, masukkan data ahli seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel,
jantina dan kewarganegaraan.

Tips untuk pengisian:


• Dapatkan nama, nombor kad pengenalan daripada sistem maklumat murid seperti
APDM. Boleh isi dalam semua huruf besar.
• Emel boleh guna emel peribadi murid ataupun emel yang dibekalkan oleh sekolah
seperti DELIMa.
• Boleh masukkan formula berikut di cell F2 untuk pengisian jantina secara automatik
berdasarkan kad pengenalan:
=IF(ISODD(RIGHT(C2,1)),"male","female")
• Drag cell tersebut supaya formulanya disalin ke seluruh lajur.

9. Save file tersebut. Pastikan formatnya tidak berubah, iaitu .csv.

10. Di paparan Import, Klik ‘Add File’.

11. Pilih fail .csv yang telah disimpan.


12. Semak data yang diimport, pastikan bilangan tepat dan tiada kesilapan data.

13. Klik ‘Review & Pay’.

Disediakan oleh Majlis Belia Kebangsaan BSMM 3


PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI LAMAN MRCS
COMMUNITY

14. Semak keterangan bayaran, klik ‘Proceed to Payment’.

15. Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki. Terdapat pilihan perbankan internet, kad
kredit/debit dan e-dompet.

16. Lengkapkan proses pembayaran.


17. Paparan akan kembali ke sistem selepas pembayaran berjaya.

Disediakan oleh Majlis Belia Kebangsaan BSMM 4


PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI LAMAN MRCS
COMMUNITY

18. Sila tunggu lebih kurang 10 minit untuk membenarkan proses import selesai. Klik ‘Cadets &
Juniors Members’ untuk melihat semua ahli yang didaftarkan bawah unit sekolah.

19. Murid boleh log masuk sistem menggunakan alamat emel yang didaftarkan dan nombor kad
pengenalan tanpa sempang sebagai kata laluan sementara. Murid akan diminta untuk
menetapkan kata laluan baharu pada log masuk kali pertama.

Langkah untuk mendapatkan e-sijil dan e-kad keahlian Kadet dan Junior

1. Murid log masuk sistem menggunakan emel yang didaftarkan dan kata laluan sementara.
2. Murid menetapkan kata laluan baharu.

Disediakan oleh Majlis Belia Kebangsaan BSMM 5


PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI LAMAN MRCS
COMMUNITY

3. Di sebelah kanan atas, klik menu dan pilih ‘My Account’.

4. Klik ‘View Cert’.

5. E-sijil dan e-kad keahlian akan dipaparkan. Boleh cetak jika perlu.

Disediakan oleh Majlis Belia Kebangsaan BSMM 6

You might also like