You are on page 1of 4

::.

PANDUAN RINGKAS KEMASUKAN PENTAKSIRAN PAJSK LAMAN WEB


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM).::

1. Layari laman web/URL berikut: https://pajsk.moe.gov.my/index.php


2. Pada bahagian sekolah “MENENGAH” pilih butang “SEKOLAH” serta log
masuk menggunakan ID yang telah diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.

3. Guru penasihat Homeroom boleh mulakan kemasukan pentaksiran pada


bahagian-bahagian seperti yang telah ditandakan dibawah;

Sila rujuk sijil PAJSK yang telah


diedarkan!!!

Pentaksiran Kokurikulum | Pentaksiran Ekstra Kurikulum | Kemasukan


Markah CGPA 2020
4. Menu PENTAKSIRAN KOKURIKULUM

✓ Pilih TINGKATAN , KELAS atau masukkan no. kad pengenalan pelajar


kemudian tekan butang Cari.

✓ Sila pastikan ketiga-tiga borang aktiviti (Kelab Persatuan/Sukan


Permainan/Badan Uniform) diisi dengan lengkap berpandukan slip cetakan
sijil PAJSK yang telah diedarkan.
✓ Setelah semua maklumat telah diisi dengan lengkap, sila klik butang Simpan.
✓ Ulang isi kepada semua ahli Homeroom sehingga selesai.
5. Menu PENTAKSIRAN EKSTRA KURIKULUM

✓ Pilih TINGKATAN , KELAS atau masukkan no. kad pengenalan pelajar


kemudian tekan butang Cari.

✓ Klik menu Papar untuk memulakan pengisian borang Pentaksiran


Ekstrakurikulum. Sila rujuk cetakan sijil PAJSK yang telah diedarkan.
✓ Setelah semua maklumat telah diisi dengan lengkap, sila klik butang Simpan.
✓ Ulang isi kepada semua ahli Homeroom sehingga selesai.
6. Menu KEMASUKAN MARKAH CGPA 2020

✓ Pilih TINGKATAN pelajar pada sesi Tahun 2020 atau masukkan no. kad
pengenalan pelajar kemudian tekan butang Cari.

✓ Sila rujuk markah CGPA pada sijil PAJSK yang telah diedarkan. Tekan butang
Simpan apabila markah telah selesai diisi.
✓ Ulang isi kepada semua ahli Homeroom sehingga selesai.
✓ Guru-guru Homeroom juga digalakkan untuk menyemak semula markah
pentaksiran pelajar Homeroom masing-masing pada menu-menu yang telah
disediakan. Terima kasih.

|SELESAI|

Disediakan oleh: Unit Kokurikulum MRSM Pendang 2022

You might also like