You are on page 1of 2

___________________________________________________________________________________________________________

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN MALUDAM
Kampung Hulu Maludam, Tel: -
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Betong, Faks: Tiada
95700 BETONG, E-mel: skmaludam@gmail.com
SARAWAK

Ruj. Kami:
Tarikh: 23 Mac 2022

NAMA GURU

Sekolah Kebangsaan Maludam


D/A Pejabat Pendidikan Daerah Betong,
95700 Betong,
SARAWAK.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR SUBJEK UNTUK PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SESI 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai Pentaksir Subjek untuk melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) SK Maludam berkuatkuasa bermula Mac 2022 sehingga Februari 2023 bagi mata
pelajaran seperti ketetapan berikut:

SUBJEK KELAS
REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT) 5 AMANAH, 5 IKHLAS, 6 AMANAH, 6 IKHLAS
TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) 6 AMANAH & 6 IKHLAS

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diperlukan untuk menjalankan segala
prosedur kerja yang berkaitan dengan pentaksiran bagi memastikan pentaksiran berjalan dengan lancar. Pihak tuan juga
diingatkan bahawa eviden perkembangan murid perlu disimpan dan didokumentasikan di dalam Fail Perkembangan
Murid atau Fail Pengurusan PBD Guru MP.

4. Jadual pelaksanaan PBD adalah seperti berikut:

PERKARA TEMPOH
Pelaksanaan PBD – Pembinaan instrumen penilaian / eviden mengikut
Sepanjang Tahun
DSKP.
Mengumpul, membuat perekodan dan pelaporan tahap penguasaan
Mengikut ketetapan yang
murid ke dalam tapak pelaporan yang disediakan oleh BPK. Laporan
dikeluarkan oleh jabatan.
intervensi juga perlu disediakan jika perlu.

5. Oleh yang demikian, pihak sekolah berharap pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama bagi melancarkan
proses pentaksiran berkenaan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ISMAIL BIN HASSAN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Maludam

s.k: 1. Fail Induk


2. Fail Pengurusan PBD

___________________________________________________________________________________________________________
MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
“Fly Kenyalang Fly, Fly High”
___________________________________________________________________________________________________________
MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
“Fly Kenyalang Fly, Fly High”

You might also like