You are on page 1of 2

SEK.KEB.

SUNGAI SUMUN
36300, SUNGAI SUMUN
PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-6489678
____________________________________________________________________________

Ruj :

Tarikh : 25 Januari 2017

En. Mohd Sabri bin Tajuddin

SK Sungai Sumun

Tuan/Puan ,

SURAT LANTIKAN PENTAKSIRAN PBS TAHUN 1 HINGGA 6/2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai PENTAKSIR


SEKOLAH untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) SK Sungai Sumun
berkuatkuasa mulai Januari 2017 hingga Disember 2017 bagi mata pelajaran KSSR Tahun 1, 2,
3, 4, 5 dan 6/2017 dan kelas berikut : -

2.1 Kelas 1 AKTIF mata pelajaran BAHASA INGGERIS


2.2 Kelas 2 BESTARI mata pelajaran BAHASA INGGERIS
2.3 Kelas 4 DINAMIK mata pelajaran PEND. JASMANI
2.4 Kelas 5 EFISYEN mata pelajaran PEND. JASMANI

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menjalankan segala prosedur kerja
yang berkaitan dengan pentaksiran bagi memastikan kurikulum ini berjalan dengan lancar.
Perlu diingat bahawa bagi KSSR Tahun 1 (Semakan 2017), tuan/puan perlu menyimpan segala
eviden-eviden yang telah dilaksanakan oleh murid di dalam Fail Perkembangan Murid yang
telah disediakan.

3. Jadual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah seperti berikut: -

Perkara Tarikh
Perlaksanaan PBS – Membina instrumens/eviden mengikut Dokumen Sepanjang tahun
Standard Prestasi Serta Dokumen Standard Kurikulum Prestasi.
Mengumpul dan memastikan skor dan tahap pencapaian murid Sepanjang tahun
direkodkan ke dalam Borang Rekod Offline yang telah disediakan.

Diharapkan dengan perlantikan ini, tuan/puan dapat melaksanakan tugas tersebut dengan
sebaiknya dan penuh dedikasi serta tanggung jawab mengikut panduan yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

………………………...

(FAZLINAH BINTI ALI)

Guru Besar

SK Sungai Sumun

You might also like