You are on page 1of 14

2

SULIT 011

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

sejak ketika hingga sebelum

meskipun kerana agar jika

Pak Mat telah membina beberapa buah rumah rakit untuk kaki pancing.

Kami tiba di rumah rakit itu ________________________ hari hampir malam.

Kami mendaftar terlebih dahulu ______________________ menginap di situ.

Pak Mat pula sentiasa melayan kami ______________________ kurang sihat.

Lihat halaman sebelah

SULIT
3

SULIT 011

Kami berharap _________________ dapat bersantai di rumah rakit ini lagi.

Rumah ini begitu selesa didiami walaupun terapung di air.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

Lihat halaman sebelah

SULIT
4

SULIT 011

Jawapan : Menara Berkembar Petronas terletak di ibu negara.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Baiklah. Kita pergi selepas


kakak menyiapkan kerja
kakak.

Adam Salmah

Lihat halaman sebelah

SULIT
5

SULIT 011

[ 2 markah ]

Lihat halaman sebelah

SULIT
6

SULIT 011

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lihat halaman sebelah

SULIT
7

SULIT 011

Menemui saudara Cherang yang saya ingati. Saya berharap semoga saudara sihat
sejahtera.

Saudara,
Surat saudara telah saya terima pada 15 Januari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan
atas ingatan saudara.
Baru-baru ini saya telah mengikuti Program Peningkatan dan Penguasaan Penulisan
Bahasa Melayu. Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Julau.
Peserta program ini terdiri daripada calon UPSR dari sekolah-sekolah di sekitar daerah
Julau. Kami dibahagikan kepada tiga peringkat kumpulan, iaitu murid yang cemerlang, murid
yang sederhana, dan murid yang lemah. Sebelum dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan
tertentu, peserta disaring terlebih dahulu mengikut tahap penerimaan seseorang murid. Saya
diletakkan dalam kumpulan murid yang sederhana.
Kami didedahkan dengan pelbagai teknik penulisan yang betul. Teknik yang diajarkan
itu sangat berkesan. Teknik tersebut telah meniupkan semangat saya untuk menulis karangan
Bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Sambutlah salam hormat daripada saya
untuk saudara sekeluarga. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Geling

a. Penulis menerima surat daripada sahabatnya pada ____________________ .

[ 1 markah ]

b. Apakah tujuan penulis membalas surat Cherang?


Lihat halaman sebelah

SULIT
8

SULIT 011

[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Peserta program merupakan calon UPSR dari


sekolah-sekolah di sekitar daerah Julau.

Penulis diletakkan dalam kumpulan murid yang


Betul
sederhana.

Peserta dibahagikan kepada tiga peringkat


Salah
kumpulan umur.

Penulis mengucapkan terima kasih atas ingatan


Cherang.

[ 2 markah ]

Soalan 24

Baca petikan surat kiriman rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Lihat halaman sebelah

SULIT
9

SULIT 011

Tuan,

Pesanan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Razlan bin Ismail telah terbaca iklan dalam akhbar
tentang buku-buku terbaharu terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku, iaitu:

a). Modul Gemilang Bahasa Malaysia UPSR x 1 buah = RM9.80

b). Modul Gemilang Matematik UPSR x 1 buah = RM9.80

c). Esei Pilihan Cemerlang UPSR x 1 buah = RM15.60

3. Bersama-sama ini, saya sertakan kiriman wang pos bernombor D0654321 sebagai bayaran
buku-buku berkenaan.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran buku tersebut. Hal ini
demikian kerana peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal bulan September ini.

5. Untuk makluman pihak tuan juga, buku-buku yang saya senaraikan di atas telah habis di
pasaran.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lihat halaman sebelah

SULIT
10

SULIT 011

Razlan Ismail
..................................
(RAZLAN BIN ISMAIL)

a. Perkataan menyegerakan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


________________________________.

[ 1 markah ]

b. Mengapakah syarikat berkenaan diminta menyegerakan penghantaran buku-buku


tersebut?

[ 2 markah ]

c. Apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan tersebut?

Lihat halaman sebelah

SULIT
11

SULIT 011

[ 2 markah ]

d. Sekiranya anda ialah pengurus syarikat berkenaan, apakah tindakan anda terhadap
surat penulis? Mengapa?

[ 3 markah ]

Lihat halaman sebelah

SULIT
12

SULIT 011

Soalan 25

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semangat Kejiranan

Cuaca redup memasang pukat, Ambil joran umpan terpisah,


Menangkap ikan anak tenggiri; Kelkatu menjadi korban;
Adat hidup bermasyarakat, Jika ada jiran yang susah,
Usah pentingkan diri sendiri. Segera bantu ringankan beban,

Dari kota ke tanah seberang, Sungguh manis rasanya madu,


Bawa ciku serta pulasan; Lebah di taman menyimpan bisa;
Jika kita membantu orang, Masyarakat harmonis bersatu padu,
Usah pula minta balasan. Negara aman makmur sentiasa.

Kiri kanan orang bertepuk, Diubah suai daripada LYA Kuantan

Tanda mesra melambai tangan;


Semangat kejiranan perlu dipupuk,
Hidup sejahtera mesra berpanjangan.

a. Apakah persamaan antara pembayang pantun perenggan pertama dengan perenggan


keempat?

Lihat halaman sebelah

SULIT
13

SULIT 011

[ 2 markah ]

b. Apakah saranan pengarang dalam rangkap pertama pantun di atas?

[ 1 markah ]

Lihat halaman sebelah

SULIT
14

SULIT 011

c. Padankan pernyataan dalam rangkap pantun dengan nilai yang tersirat dengan betul.

Jika membantu usah minta balasan Bekerjasama

Usah pentingkan diri sendiri Ikhlas

[ 1 markah ]

d. Terangkan maksud rangkap terakhir pantun di atas.

[ 3 markah ]

011 © Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau SULIT


15

SULIT 011

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Julau SULIT

You might also like