You are on page 1of 1

KENDURI KAHWIN

Kenduri kahwin juga dikenali sebagai walimatul urus dalam adat masyarakat Melayu.
Perkataan walimah bermaksud kenduri semata-mata. Tetapi dari sudut amalannya, ia
bermaksud kenduri kahwin yang diadakan oleh pihak pengantin perempuan atau pihak
pengantin lelaki. Biasanya kenduri kahwin dalam kalangan masyarakat Melayu dianggap
sebagai acara kemuncak untuk kedua mempelai yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu
seperti meraikan kedua-duanya yang ditabal menjadi raja sehari, memperkenal kedua mereka
kepada sanak saudara dari kedua pihak dan matlamat akhirnya juga merupakan tujuan
kenduri itu digalakkan oleh syarak untuk menghebahkan pasangan pengantin kepada
masyarakat setempat sebagai sebagai bukti jalinan hubungan yang halal.
Alwi bin Sheikh Alhadi (1962) mengatakan bahawa ketika kenduri kahwain berlangsung,
pengantin akan disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin pula terdapat kerusi yang
dihias cantik khas sebagai tempat duduk pengantin. Biasanya warna baju mempelai adalah
sepadan dengan warna pelamin. Jika baju berwarna hijau, warna pelamin juga akan
kehijauan.
Ibu bapa, nenek, bapa dan emak saudara, adik-beradik akan bersalam dengan pengantin.
Mereka diperkenalkan kepada saudara-mara. Sekuntum bunga telur akan diberi sebagai
cenderahati. Jiran, rakan sekampung, rakan sepejabat atau kilang turut bersalaman. Pada
masa inilah kata-kata nasihat dan perancang serta doa diberi agar hubungan pengantin akan
kekal hingga ke akhir hayat.
Selepas bersanding, acara seterusnya ialah makan beradap. Selepas itu, sesi potong kek dan
sesi bergambar bersama-sama keluarga akan diadakan.
Hukum Mengadakan Walimatulurus
Masyarakat Melayu beranggapan bahawa kenduri kahwin bukan sahaja menjadi amalan
tradisi, malah di dalam pelaksanaannya, sebagai perkara wajib yang tidak dapat dielakkan.
Hukum mengadakan walimatulurus (iaitu menjemput orang ramai ke majlis walimatulurus)
adalah sunat muakkad. Malahan, Rasulullah SAW sendiri mengadakan walimatulurus.

 Dari Anas bin Malik RA. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “Lakukanlah walimah
meskipun hanya dengan seekor kambing.” (HR. Muttafaqun alaih)
 Dari Buraidah RA. berkata bahawa ketika Ali bin Abi Thalib melamar Fatimah RA,
Rasulullah SAW bersabda,”Setiap pernikahan itu harus ada walimahnya.” (HR.
Ahmad)

You might also like