You are on page 1of 1

PENGUASAAN KATA ADJEKTIF JENIS UKURAN DAN CARA MELALUI

TEKNIK “PERMAINAN KERETA API”

Oleh:
Ily Sofianny Anak Nosin
SK ST GEORGE PUNAU
g-98299216@moe-dl.edu.my

Abstrak
 
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif jenis ukuran dan
cara dalam melengkapkan ayat melalui teknik “Permainan Kereta Api”. Kumpulan sasaran
kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 3A SK St George, Punau iaitu tiga orang lelaki
dan tiga orang perempuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soalan ujian
pra dan ujian pasca, analisis dokumen serta borang senarai semak pemerhatian. Keadah
intervensi yang digunakan ialah menjawab soalan pada lembaran kerja dengan berpandukan
bahan bantu mengajar yang disediakan pada setiap stesen “Permainan Kereta Api”. Data
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus dan min. Tinjauan sebelum intervensi
dijalankan mendapati bahawa murid lemah dalam penguasaan kata adjektif dan menunjukkan
sikap kurang minat untuk dalam mempelajari kata adjektif. Setelah intervensi dijalankan,
hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan skor min daripada 37.33% kepada 79.33%.
Impaknya, intervensi yang dilakukan melalui pembelajaran stesen “Permainan Kereta Api”
amat memberangsangkan. Implikasinya, guru perlulah kreatif dalam mempelbagaikan kaedah
dan teknik pengajaran untuk mnenarik penglibatan murid dalam sesi pengajaran yang
disampaikan.
 
Kata kunci: kata adjektif, Permainan Kereta Api, penguasaan, minat

You might also like