You are on page 1of 1

Membaca merupakan satu kemahiran asas yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh

murid-murid bagi membolehkan mereka mengikuti dan menguasai mata pelajaran yang lain
seperti Sains, Matematik dan lain-lain. Walau bagaimanapun, hasil daripada kajian-kajian
yang dijalankan menunjukkan bahawa kebanyakan murid di sekolah rendah masih belum
dapat menguasai kemahiran membaca. Jadi, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan
penggunaan perisian asas membaca terhadap pencapaian asas membaca murid-murid
peringkat prasekolah Kajian tindakan ini telah dijalankan bertujuan untuk melihat
keberkesanan membaca perkataan-perkataan mudah murid prasekolah. Kumpulan sasaran
yang terlibat dalam kajian ini ialah murid prasekolah yang belajar di salah sebuah Sekolah
Kebangsaan di daerah Johor Bahru, Johor. Pengkaji telah menggunakan instrumen borang
penilaian perisian dan temubual, untuk mengumpul maklumat dan data iaitu ujian sebelum
intervensi serta ujian selepas intervensi. Intervensi telah dijalankan sebanyak kali dalam
masa 3 minggu. Pada permulaannya peserta kajian diminta untuk membunyikan huruf-huruf
abjad pada kad huruf dan membunyikan perkataan yang lengkap. Dua kaedah pengukuhan
telah dijalankan untuk memantapkan kemahiran membaca peserta kajian. Dalam aktiviti
pertama, peserta kajian dikehendaki membunyikan huruf-huruf abjad berdasarkan teknik
asosiasi yang diperkenalkan menggunakan kaedah fonetik. Dalam aktiviti kedua pula,
peserta kajian akan dipertontonkan dengan perisian web sedia ada untuk membaca
perkataan dengan betul. Aktiviti penilaian akan dijalankan untuk memastikan peserta kajian
telah menguasai bacaan perkataan-perkataan yang telah diajar. Setelah intervensi
dijalankan, peserta kajian telah lulus dalam ujian selepas intervensi dengan memperoleh
markah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian asas membaca
berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian asas membaca murid-murid
peringkat prasekolah. Selain itu, hasil kajian ini telah memberikan implikasi kepada
pengajaran guru dan pembelajaran murid.

You might also like