You are on page 1of 2

Ruj Kami: KEA/02/23 23 MAC 2023

Pengurus Mydin Pelangi Indah


PTD 120470,
Persiaran Pelangi Indah,
Taman Pelangi Indah,
81800 Ulu Tiram,Johor Bahru
Johor

Tuan ,

PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM DAN BEKERJASAMA DALAM


AKTIVITI AGIHAN BUBUR LAMBUK , KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN KEPADA
ASNAF SEMPERNA BULAN RAMADAN 1444H

Merujuk Perkara di atas kami ingin memohon untuk mengadakan program dinyatakan bagi meraikan dan
mengimarahkan bulan Ramadan 1444H

2. Untuk Makluman pihak tuan setiap tahun pihak kami akan bekerjasama dengan mydin dalam
program di bulan Ramadan,sehubungan itu Keris Emas Amal ingin sekali lagi menjalinkan kerjasama
dalam mengadakan program tersebut bagi menghidupkan bulan Ramadan di samping dapat mengajak
masyarakat di sekitar mydin untuk mengimarahkan program tersebut

3. Justeru itu kami bercadang untuk mengadakan program tersebut pada Ahad ,9 April 2023
bersamaan 18 Ramadan 1444H di lampirkan tentatif program untuk rujukan pihak tuan.

4. Sehubungan itu, pihak kami juga ingin memohon sedikit sumbangan dari pihak tuan bagi
menjayakan lagi program tersebut dan sebagai galakan kepada masyarakt sekitar mydin untuk sama-
sama mengambil bahagian.

Di harap permohonan kami dipesetujui dan mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan.

Terima kasih,

Yang Benar

MOHD SOLEHIN B MOHD SAID


Ketua Lajnah dan pendidikan Agama
Keris Emas Amal
TENTATIF PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK,KHATAM
AL QURAN DAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF

Hari:Ahad
Tarikh:9 April 2023 bersamaan 18 Ramadan 1444H
Tempat:Mydin Pelangi Indah

10:00 Pg - 2:00 Ptg Gotong royong Dalam penyediaan bubur lambuk


(Pengagihan bubur lambuk akan di buat selepas
solat zohor di pentas utama mydin pelangi indah)

3:00 Ptg - 3:20 Ptg Pendaftaran perserta untuk program Khatam dan
sumbangan kepada asnaf

3:30 Ptg - 4:30 Ptg Tadarus Al-Quran secara berkumpulan

4:30 Ptg - 5:00 Ptg Solat Asar secara Berjemaah

5:00 Ptg - 5:40 Ptg Acara Khatam di mulakan

5:40 Ptg – 6:15 Ptg Tazkirah Ramadan

6:15 ptg – 6:40 Ptg Sumbangan Kepada Asnaf

6:40 Ptg – 7:15 Mlm penyediakan untuk berbuka puasa dan majlis
bersurai

You might also like